Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Monday, May 27, 2019

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api. Bila puasa ni mulalah mengidam macam-macam makanan yang kita jarang makan. Contohnya seperti Ayam masak lemak cili api ni. Tak ingat Ramadhan keberapa lauk ni dimasak. Sedap juga untuk berbuka puasa.. Jom mama sharekan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Memandangkan mama malas nak menaip jadinya mama copy resepi dari Azie Kitchen je la ye. Sama je cara buatnya tu cuma mama tak perap ayam tu. Mungkin kalau buat style Azie Kitchen lagi sedap kut. Boleh cuba nanti..

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 

Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.

Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit. 

Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.

Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. 

Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau. 

Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu. 

Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 

12 comments:

  1. ray lg suke kuah lemak kaler putih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. mama suka yg kuning2 nampak meriah hihi

      Delete
  2. sedapnya lahai.. msk lemak cili api tak pernah tak memikat

    ReplyDelete
  3. sedap tu..fav juga..tp menu ni blum masak lg utk berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. Baru buat semalam..buat pedas skit..sedap makan..

    ReplyDelete
  5. Aduhh mbak itu ayam cili api keliatananya sangat - sangat mantap cukup paten kalau aku coba pas lebaran pasti enak banget apalagi kumpul bareng maknnya, i like very good....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dgn ikan yg baru dilancing tentu sedap kn

      Delete
  6. Sedapnya mamapp.. Sha baru buat gulai lemak semalam tapi ikan bawallah..

    ReplyDelete
  7. Sedap dapat tu.. nyummm nyummm

    ReplyDelete
  8. Wah nampak sedapnya klu tambah cili lgu

    ReplyDelete
  9. aduhai..sedapnya...belum merasa lagi masak lemak cili padi ayam bulan puasa ni

    ReplyDelete

Words of wisdom