Pergi Yang Tidak Kembali - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Monday, May 20, 2019

Pergi Yang Tidak Kembali

Semalam keluarga disebelah ayah Syafi telah kehilangan seorang ahli keluarga di bulan mulia ini. Alfatihah buat auntie Hjh Habibah binti Hj Ahmad

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Nampak mama dengan Syafi Tak dalam.gambar ni hihi..

Kakak Kepada mak mertua mama Ni adalah seorang yang sangat baik dimana di di kalangan anak2 nya Ada 3 doktor. Semasa ayah Syafi sakit dulu semasa kami berulang alik HKL kami selalu tumpang tidur di rumahnya di kampung Baru. Bilik tu menghadap pemandangan KLCC. What a view.


Sememangnya Waktu tu dia Dan anak2 dia banyak membantu kami. In fact yang menyampaikan result keputusan penyakit ayah Syafi Masa tu pun anak dia sendiri.. Masa tu anak dia di PPUM.

Mama ingat lagi Masa mama Dan ayah  Syafi menikah dulu dia antara yang mengalirkn airmata gembira Dan welcome mama dalam family Ni dgn hati terbuka..

Sempat dia menunaikan umrah sebelum Ramadhan haritu. Semoga Syurga buatmu aunty Bibah. 


Tahun ni banyak ujian kesihatan dikalangan keluarga...adik ipar mama sekarang berada di ICU Dan baru harini dapat pula berita anak sedara positive influenza B. Semoga Allah memberikan kesihatan buat mereka.

14 comments:

  1. Innalillah... Takziah sis sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, aamiin..
    Takziah diucapkan kepada keluarga dan saudara-mara arwah..

    ReplyDelete
  3. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

    ReplyDelete
  4. Innalillah.. salam takziah Adda..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.

    Salam takziah untuk seisi keluarga.

    Moga ahli keluarga yang kurang sihat akan sembuh secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. tak nampak pulak mama dengan syafie dalamtu. Takziah kak adda, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  7. ramai yang pergi di bulan mulia ni...moga Allah tempatkan mereka di kalangan hamba yang bertaqwa..ameen ameen

    ReplyDelete
  8. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Al-Fatihah buat arwah.
    Takziah diiucapkan buat seluruh ahli keluarga.

    ReplyDelete

Words of wisdom