Makan Di IndoBowl Cafe Lake Fields Sungai Besi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, December 1, 2018

Makan Di IndoBowl Cafe Lake Fields Sungai Besi

Korang mesti selalu dengar jenama Indomie, kan? Mama sekeluarga memang suka Indomie goreng sebab rasanya memang sedap especially soy sauce dia. Tapi tak sangka Indomie yang kami makan tu rupanya boleh divariasikan menjadi pelbagai menu yang sedap! Kalau nak tau apa variasi menu tu korang kena pergi ke IndoBowl Cafe dan merasainya sendiri. Baru-baru ini mama dan sekeluarga pergi Makan Di IndoBowl Cafe Lake Fields Sungai Besi dan kami memang suka sangat hidangan disana. Nanti nak repeat lagi Makan Di IndoBowl Cafe Lake Fields Sungai Besi atau di branch USJ pun boleh juga. Tak decide lagi yang mana satu.  


Mambo jumbo seafood soto. Meriah sangat lauk dalam ni.. Sekali tengok mesti nak cuba kan.

Tentang IndoBowl Cafe


IndoBowl Cafe adalah restoran yang menghidangkan Street Food ala Indonesian. IndoBowl Cafe di inspirasikan dari kopitiam Indonesia. Ia mula dibuka sejak September tahun 2017 lagi. Kelahiran cafe berkonsepkan makanan jalanan Indonesia ini adalah antara pelopor restoran pertama berkonsep seumpanya di Malaysia. Makanan yang berteraskan dari jenama IndoMie ini boleh dinikmati dengan kepelbagaian menu dan perisa. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena ke sini dan merasainya sendiri.

Menu Pilihan di IndoBowl Cafe

Beberapa menu yang mama dan keluarga rasa dan rekemen antaranya seperti berikut. Hmm.. tengok gambar pun dah nampak sedap kan..

Jangan risau, bagi penggemar nasi kat sini pun ada juga hidangan nasi. Banyak juga hidangan berteraskan nasi kat sini contohnya Nasi Goreng Giler ni. Memang giler banyak bahan dalam nasi goreng giler ni. Ada sate, ayam, beef dan sotong. Dimakan bersama nasi goreng dan telur mata bersama sambal merah. Tersangat lah sedap u ols. Korang patut cuba nasi goreng giler ni. Giler sedap! Haha. Sepinggan ni boleh dimakan 2-3 orang. Banyak sepinggan besar ni. 


Mambo jumbo seafood soto ni pula memang kaya dengan bahan-bahan dalamnya. Sesungguhnya IndoBowl memang tak kedekut bahan dalam semua hidangannya. Seafood soto ni rasanya seperti sup soto dan kepedasannya tu takdelah pedas sangat. Bolehlah kalau budak2 nak makan. Boleh makan ramai2 sebab potion dia banyak.



Indomie Ayam Madura. Indomie Ayam Madura ni adalah mee Indomie yang sedap dimakan bersama ayam Madura Dan telur Mata. Ayam madura ni dimasak dengan kicap Madura Dan rasanya manis-manis. Sedap Dan sesuai untuk sesiapa Yang tak suka pedas.


Ini adalah Air Soda Gembira. Ada soda, Bandung Dan selasih dalamnya. Memang mrnggembirakan Hati Dan perut mama bila minum ni


Indomie salted egg chicken ini mama highly recommend pada korang. Ayah Syafi suka betul dengan menu ni. Ayam salted egg dia disediakan menggunakan salted egg tapi tak masin pun. Terasa rangup Dan rasanya pun sedap tau.


Selain Dari air soda gembira korang boleh juga minum es cendol. Sedap mama suka. Dalam ni ada cendol Dan jagung. 


Kalau korang nak tau Indomie Iga adalah most wanted menu Di IndoBowl cafe. So.. bila ke sini korang wajib beli menu ni. Iga Dalam Bahasa Indonesia adalah rusuk. Maka Indomie iga adalah Indomie Yang dimakan bersama rusuk lembu. Perapan sangat sedap dan daging tersangat lembut. Nanti mama nak repeat makan Indomie iga lagi..


Ini adalah Ropang atau singkatan dari perkataan roti panggang. RoPang atau Roti Panggang ni kaya dengan cheese dan ingredient didalamnya dan sesuai dijadikan sarapan pagi atau juga minum petang. Sesuai juga bagi sesiapa yang yang ingin makanan yang tak berapa berat. Ada dua jenis iaitu RoPang iaitu RoPang Chocolate dan RoPang Jagung. RoPang Jagung mempunyai inti jagung manis didalamnya manakala RoPang Chocolate berintikan sos chocolate dengan topping coklat chips serta cheese yang banyak. Sedap sangat! Ni Pula feveret Syafi..


Menu dan Harga di IndoBowl Cafe

Berikut adalah antara menu dan harga makanan yang dihidangkan di IndoBowl Cafe. Bagi, mama harganya berpatutan.

Menu nasi Dan sate Madura. Rasa sate Madura ni lain sikit Dari sate kita. Tapi tetap sedap.

Menu indomie. Kena order Indomie Mambo jumbo kalau datang ramai2. Baru puas hati semua boleh Rasa.

Sambal merah, sambal hijau, sambal Mayan Dan kicap Madura adalah antara padanan Yang kebabom untuk dimakan bersama indomie ini. So far mama dah Rasa Sambal Merah Dan kicap Madura. Sambal merah dia tersangat lah sedap. Bila makan dengan Indomie memang lagi kaw.

Indomie chicken chop. Nampak mcm sedap kan.

Upgradelah minuman kita kepada giant mug utk lagi puas hati. 

Ropang.. roti panggang cuma rm5.90.dan mumbo jumbo seafood soto cuma RM 39.90. murah Kan.

Selain dari menu kat atas ni mama ada perasan terdapat juga lunch set untuk makan tengahari dengan harga serendah RM8.90. Set lunch ini didatangkan dengan Teh O Ais Percuma dan boleh pilih untuk makan Indomie atau nasi dengan pilihan lauk yang ada. Kalau tambah Es Cendo atau Soda Gembira kena tambah sikit duit. Sangat menjimatkan, kan.

Suasana restoran

Restoran takdelah begitu besar tapi space  di dalam restoran digunakan sebaiknya. Tak nampak crowded pun

Susunan frame bertemakan nama movie. Memang menarik sangat. Ambil gambar kat sini memang molek.


Pemandangan Kaunter Dan pintu masuk


Tengoklah.. Rupanya IndoBowl Cafe ini mendapat recommendation by Food advisor juga. Ia juga sudah dilawati oleh Program Jalan2 Cari makan TV3.


Pemandangan dari luar cafe. Bagi sesiapa yang suka makanan  open air boleh aje makan di outdoor restoran ni.

Pengalaman Makan di IndoBowl Cafe

So far, memang sedap masakannya. Staff pun friendly dan melayan setiap permintaan kami dengan baik. Ayah Syafi accidentally membuatkan meja jatuh dan rosak dan staff di situ sangat cool dan tak minta gantirugi pun. Hihii..

Indomie yang disediakan agak pedas sikit so kalau Syafi biasanya dia makan original. Mungkin selepas ni Kami  akan request yang tak  pedas untuk anak bujang mama tu. Apapun, Kami pasti Akan datang lagi sebab nak makan Indomie puas2 haha..

Maklumat Lanjut IndoBowl Cafe Lake Fields

Untuk sebarang maklumat korang boleh layari seperti berikut.

Alamat: 72 Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sg Besi 57000 Kuala Lumpur
Waktu perniagaan:  Dibuka setiap hari dari 11:00 pagi –11:00 malam

Laman web : www.indobowlcafe.com
Facebook : www.facebook.com/IndoBowlOfficial
Instagram : www.instagram.com/indobowlcafe
Tel : 019-542 6869


IndoBowl Cawangan USJ

Alamat: 66, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 019-542 6869

21 comments:

  1. Sedap nampak N.goreng giler dgn mambo jumbo seafood soto tu mamapp! Harga pun boleh tahan ok. Nanti bolehlah nak try jalan2 cari makan kt sini klu g area KL hehe. xpernah lg makan dekat cni :)

    ReplyDelete
  2. Sedapppppnya..terliur pulak rabia tgk ni..

    ReplyDelete
  3. semua nampak sedap especially jumbo mambo seafood tu..bestnya kalau bleh makan..sekarang ni kena pantang dulu...

    ReplyDelete
  4. Nasi Goreng Giler tu nampak menarik-narik selera.Geram pulak tengok.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak.. Kalau ada ke area tu, boleh try

    ReplyDelete
  6. diah suka soto tu sedap makan masa panas-panas

    ReplyDelete
  7. Hah biasa dgr indomie maggi segera ..ni ada restoran..mcm2 menu ada..nmpk menarik tu

    ReplyDelete
  8. Pelbagai betul menu dia.. bukan terhad mee je.. gandingan yang dibuat pun menarik..

    ReplyDelete
  9. Menu yang begitu menarik dan suasana kedai pun nampak seperti high class.. Tahniah mama kerana mama terpilih untuk menjadi top commentator dalam jurnal saya.. Jemput singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2018/12/top-commentator-november-disember-2018.html

    ReplyDelete
  10. Salted egg chicken chop tu yg plg ana suka. Mumbo jumbo pun best. Eh semua pun best lah.

    ReplyDelete
  11. Semakin viral cafe ni, teringin nak cuba

    ReplyDelete
  12. Cantik view cafe nih... menu dia pun banyaknya... harga ok je, tgk menu2 yg skak amik tu lahai... rasa lapar perut

    ReplyDelete
  13. Tengok gambar sahaja sudah mengundang selera untuk makan....

    memang sedap tu.

    ReplyDelete
  14. Semua nampak menyelerakan.. Sedapnya..

    ReplyDelete
  15. Ropang tuh menggoda diriku ini. huhuhu

    ReplyDelete
  16. menariknya makanan dia. boleh try ni

    ReplyDelete
  17. boleh la cuba..kadang tak ada idea nak makan kat mana tau area KL ni..

    ReplyDelete
  18. menarik sangat tengok makanan2 tu

    ReplyDelete
  19. Menarik tu... boleh la nanti teman try taste disini pulak...

    ReplyDelete

Words of wisdom