Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, May 24, 2018

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Di kala puasa ni tetiba mama teringin pula nak makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Sebenarnya dah beberapa tahun mama tak makan sebab pernah tertelan lumpur dalam siput sedut. Rasanya memang sangat tak OK. So, ni baru mama nak mula memberanikan diri untuk makan semula siput sedut. Jom tengok Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Nanti nak buat lah ikut resepi ni. Resepi ni mama dapat dari whatsapp.

Gambar ihsan dari majalah rasa

Wow nampak lazat lah.. tetiba terasa pulak di tekak ni.. Jom lah tengok macam mana cara nak buat Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api lagi bagus dari melayan selera anak tekak yang nak macam-macam ni.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cili padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.



9 comments:

  1. Ini fav Bonde ni... memang sedap sekali, tapi bulan pose ni tak dapat lagi makan menu ni.. sob sob sob

    ReplyDelete
  2. Antara fav SA gak ni...alahai terus rasa teringin sangat ha..bila kala plak nak beli and masak ni..

    ReplyDelete
  3. suka siput sedut tp tk pernh lg masak sdiri

    ReplyDelete
  4. Hehehhe... dah petang ni terliur pula tengok lauk gulai siput sedut ni.
    Mudah aje rupanya kalau ikut resepi tu.

    ReplyDelete
  5. Feveret Kak Sue n Adik, anak bongsu Kak Sue tu. Ada juga Adik mintak Kak Sue masakkan hari tu..

    ReplyDelete
  6. bab2 menyedut tu yg makan masa. biasanya abe kie ratah gitu je.

    ReplyDelete
  7. hehehe ni mak suka ni kita tak sangat sebab kadang sedut tak keluar2 hehe..

    ReplyDelete
  8. Suka makan tapi stress nak menyedut.. kikiki..

    ReplyDelete
  9. lusa in shaa Allah nak masak lagi ni.
    dah siap-siap oder kat jiran siput sedut yg dah siap bersihkan.

    ReplyDelete

Words of wisdom