Resepi Ayam Masak Paprik - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Sunday, May 20, 2018

Resepi Ayam Masak Paprik

Mama meneruskan koleksi resepi mama hari ini.. Harini mama nak share Resepi Ayam Masak Paprik pula. Ayam masak paprik ni memang kegemaran mama sejak dari masa belajar lagi.. sedap sebab ada rasa masam-masam dan ada bau daun limau purut. Berselera nak makan. Jom tengok Resepi Ayam Masak Paprik.


Resepi Ayam Masak Paprik
 Gambar kredit to resepi.info

 

Resepi Ayam Masak Paprik


Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

(sumber dari whatsapp group)

11 comments:

  1. Sedapnya Adda, nak cuba masak juga lah nanti..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....
    Pokok limau depan rumah pun tgh melebat..boleh jd menu berbuka esok ni

    ReplyDelete
  3. hi mamaaaaaa. ray rindu la nak jenjalan kt blog mama

    ReplyDelete
  4. ni pun suka sebab senang.. kalo x ckup bahan pun kadang2 menjadi jugak sebab campak jela apa ada hehehe janji rasa nak dekat2 sama kita jadi la tu =D

    ReplyDelete
  5. aida kalau buat sure berkuah lebih-lebih.
    asben & anak-anak kalau makan, lebih kuah :)
    paprik ni dah jadi makanan melayu, kan.
    sgt glamer di malaysia paprik ni.

    ReplyDelete

Words of wisdom