Wedding Gift Ideas Di Printcious

Cuti sekolah kali ni korang dapat banyak jemputan tak? Mama ada juga dapat beberapa jemputan kahwin dan sebolehnya memang nak pergi kerana ingin bersama-sama menumpang kegembiraan dan sama-sama memeriahkan lagi majlis mereka. Bagi pihak pengantin dan keluarga pula tentunya gembira menerima kunjungan tetamu yang mereka jemput kan. Cuma kadang-kadang sedikit pening  untuk memilih wedding gift untuk pengantin, especially yang murah dan best. Rupanya ada banyak Wedding Gift Ideas Di Printcious. Banyak sangat pilihan wedding gift di Printcious ni RM20++ pun ada. Wah, murah kan. Zaman sekarang ni tentu saja semua orang ingin berjimat. Kalau ada Wedding Gift Ideas Di Printcious yang bajet dan menarik tentu saja mama nak order je dari Printcious.


So, mama pun survey apa yang menarik di website Printcious. Mama terjumpa beberapa idea menarik sangat yang boleh kita beli dan hadiahkan kepada pengantin. Sure mereka suka dengan hadiah-hadiah ni sebab hadiah-hadiah ni lebih bersifat personalized. Jadi, hadiah ini akan lebih dengat di hati dan kehidupan mereka sebagai pengantin baru yang baru ingin memulakan kehidupan bersama. Jom tengok apa kah idea mabeles tu.. Boleh juga surf di sini ye Wedding Gift Ideas Di Printcious

1. Customised T-Shirts


Bayangkan kalau kita belikan mereka hadiah T-shirt ni. Mesti seronok mereka nak pakai. Sebab T-shirt ni ada wording yang saling berkaitan. Gambar di atas adalah contoh wording yang mama suka. Harga T-shirt ni cuma RM 39.90 selepas diskaun. Yang bestnya ada sampai 10 pilihan warna T-shirt dan size pun ada dari S hinggalah 2XL. So tak risaulah kalau kedua mempelai tu bersaiz terlalu besar atau terlalu kecil.Banyak lagi pilihan perkataan yang kita boleh pilih.

T-shirt ini 100% cotton dan warnanya tak mudah luntur serta tak mudah kecut atau koyak macam t-shirt lain. Mama pernah beli t-shirt yang mengembang semacam selepas di cuci. hurmm.. memang tak best huhuu.. Color yang boleh dipilih adalah hitam, biru gelap, merah, kuning, purple, kelabu dan oren.

2. Colour Mugs


Sweetest Couple Award Mug ni boleh dijadikan sebagai wedding gift juga kan. Lepas berkahwin tentu sekali akan berpindah dan duduk berdua. Bolehlah si pengantin guna mug ni di rumah. Setiap kali nak minum air mest senyum-senyum dan bermotivasi inginkan yang terbaik untuk perkahwinan mereka. Harga mug ini RM 25.90. Ada 7 pilihan warna mug yang boleh di pilih yang sesuai untuk perantin iaitu warna putih, hitam, hijau, Oren, Kuning, Merah dan Pink.

3. Square Cushions



Selain dari mug, kusyen 4 segi ni pun sesuai juga dijadikan wedding gift. Nampak gebu kusyen ni mesti best buat peluk2 masa tengok TV kan. Yang bestnya kita boleh letak nama pengantin di kusyen tu. So, hadiah ini akan lebih dekat dengan mereka kerana bersifar personalized. Harga kusyen Mr. and Mrs ni RM 54.90. Saiz kusyen adalah 42cm x 42cm. Boleh tahan besar juga kan.Printing ada di kedua-dua permukaan kusyen tu, untung kan. Material kusyen tu adalah Polyester.

4. Puzzles


Puzzle macam ini adalah pilihan yang sesuai juga untuk buat weeding gift especially kalau si pengantin suka buat puzzle dan merupakan seorang collector. Carilah gambar mereka berdua yang sesuai seperti gambar pre wedding atau gambar istimewa mereka untuk dijadikan puzzle. Tentu jadi aktiviti bersama yang menyeronokkan untuk menyiapkan puzzle wajah mereka sendiri kan. Contoh puzzle Wedding Save the Dateseperti gambar di atas ni cuma RM 29.90 (size A5). Ada beberapa pilihan saiz seperti di bawah;

   - A5 Size: 80 pcs (15cm x 21cm)
   - A4 Size: 120 pcs (20cm x 28cm)
   - A3 Size: 300 pcs (28cm x 39cm)
   - A2 Size: 500 pcs (38cm x 50cm)

 Puzzle ini menggunakan material cardboard yang di mount atas chipboard setebal 1.5mm. Ianya senang dilap jikalau kotor.


5. Canvas Print


Cantikkan canvas print ni. Sesuai juga dijadikan sebagai wedding gift. Tentu cantik sangat bila digantung di rumah pengantin. Pilihlah gambar yang paling mereka suka dan print di kanvas. Contoh Sweet Wedding Collagedi atas ni cuma berharga RM 56.90. Ada beberapa saiz yang boleh di pilih seperti di bawah;

Size:
    • 12" x 8" / 30cm x 20cm
    • (RM 56.90)
    • 18" x 12" / 45cm x 30cm
    • (RM 94.10)
    • 24" x 16" / 60cm x 40cm
    • (RM 134.90)
Kalau nak tambah standee macam di bawah pun boleh tapi ada extra charge la.



6. Ceramic Tiles

Ceramic tiles ni tentu cantik jika diletakkan didalam almari hiasan atau di atas meja kan. Tentu sekali lagi best sebab letak gambar pengantin di situ. Cantik dan memorable sangat kan. Contoh ceramic tiles Bride and Groomkat atas ni berharga cuma RM 24.90 bagi saiz 11cm x 11cm. Kalau nak size 15cm x 15cm harganya RM29.90 dan kalau nak saiz 20cm x 20cm harganya pula RM39.90. Kalau saiz besar pun masih lagi berpatutan kan.

kalau suka Frame, boleh add on frame seperti di bawah

Cantik juga ada frame macam ni. Ceramic tiles macam ni best sebab warna printing dia lebih kuat dan bila print atas ceramic dia akan jadi lebih shiny juga. Ada standee diberi so senang aje kalau kita nak letak atas meja dah siap ada standee.


Banyak juga mama dah bagi idea wedding gift. Tu baru ada 6 suggestion tapi mama sendiri pun dah rambang mata tak tau mana satu nak dibuat wedding gift. Semuanya menarik dan yang pentingnya murah aje kan. Untuk idea lain yang lebih mabeles bolehlah masuk ke link ini Wedding Gift Ideas Di Printcious



If you are looking for best wedding door gifts, don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming wedding event and would like to impress your guest, wedding photo booth rental is your best choice.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. dah cuba perkhidmatan printcious ni , memang memuaskan , yang paling best kita bleh reka cipta sendiri design ikut kesukaan dan kreativiti

    ReplyDelete
  2. Ceramic tiles pon ok jugak.. nmpak berseni sikit.. kan selalu guna frame berkaki je kan..😀

    ReplyDelete
  3. mcm2 boleh kita buat dekat printcious ni...yg best tu kita boleh reka sendiri tu..

    ReplyDelete
  4. t-shirt tu jarang org bagi kan.. tp good idea tu..

    ReplyDelete
  5. Cantik lah tshirt tu, klu jadikan hadua utk org kawin, unik tu. Tak pernah org bg kan.

    ReplyDelete
  6. Banyak kali jugak shopping dekat printcious nih

    ReplyDelete
  7. Semua hadiah menarik Kan. Yg mama list Kan ni semua mama suka tambang mato jadinya

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik.. Tambah bila kita boleh customized sendiri..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post