Kajian automotif Bosch: Hanya satu peratus pemandu wanita tahu menyelesai masalah tanpa bantuan

Wanita lebih cenderung meminta pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan apabila kereta meraka rosak

Petaling Jaya, Malaysia – Satu kajian oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan hanya satu peratus wanita mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48 peratus. Kaji selidik yang dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah satu penyebab utama kenderaan rosak.
“Kajian kami menunjukkan bahawa 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri. Masalah tersebut bukan sahaja menimbulkan kesulitan malah mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada semua pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian” kata Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.





Kaji selidik itu juga mendapati 84 peratus wanita akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12 peratus dalam kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.

“Menurut kaji selidik itu, sejumlah besar wanita masih tidak mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah kereta rosak akibat kerosakan pada bateri kenderaan. Di Bosch, kami berhasrat untuk memperkasakan pemandu terutamanya wanita untuk memiliki pengetahuan mengenai kenderaan dan boleh mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan pada bateri kerana 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri,” kata Pang

Lima tanda bateri kereta rosak:  
·       Aci engkol perlahan  
Bunyi aci engkol pada enjin  lembap dan ambil masa lama untuk dihidupkan
·       Lampu amaran papan pemuka
Apabila kuasa bateri lemah, lampu amaran pada papan pemuka muncul
·       Perlu bantu mula (Jump start) bateri
Gantikan sekiranya bateri kenderaan telah dibantu mula melebihi tiga kali dalam tempoh seminggu
·       Bekas bateri bengkak
Bateri kereta yang terdedah kepada jumlah haba berlebihan mungkin membengkak dan boleh menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek
·       Bau seperti telur busuk
Bateri kereta mengandungi asid sulfurik, ia akan mengeluarkan bau seperti telur busuk sekiranya berlaku lintar pintas, beku atau terlebih cas. Pastikan bateri diperiksa secepat mungkin kerana berkemungkinan berlaku kebocoran asid sulfuric yang boleh merosakan bahagian kenderaan yang lain


29 percent of women drivers, compared to 22.6 percent of men, are still using lead-acid batteries as opposed to maintenance-free ones, as the survey revealed. “More drivers now prefer maintenance-free batteries, compared to lead-acid batteries which require constant and regular maintenance on the driver’s part. Maintenance-free batteries have more advantages as they typically have higher cranking power and charge capacities, recharge faster, and last longer. Drivers are able enjoy a stress-free driving experience without worry about battery water levels at different states of charge,” added Pang.

Kaji selidik itu juga mendedahkan sejumlah 29 peratus pemandu wanita berbanding 22.6 peratus pemandu lelaki masih menggunakan bateri asid plumbum (bateri sel basah) berbanding bateri bebas penyelenggaraan (bateri sel kering).

“Lebih ramai pemandu kini memilih untuk menggunakan bateri sel kering berbanding bateri sel basah yang memerlukan penyelenggaraan. Bateri sel kering memiliki kelebihan kerana mampu memberikan lebih kuasa, mengecas lebih pantas dan mampu tahan lebih lama. Pemandu dapat menikmati pengalaman memandu tanpa tekanan tanpa perlu bimbang mengenai air bateri” tambah Pang

Bateri Bosch boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Kereta Abang Man pun pakai bateri kering Adda, senang..

    ReplyDelete
  2. Bateri sel kering lagi mudah pengurusannya dari yang basah.. Sha pun baru belajar..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis Mamapipie.

    Orang perempuan yang memandu kena belajar juga serba sedikit.

    ReplyDelete
  4. Hehehe...salah satunya saya la tu...lebih mengharap orang lain.

    ReplyDelete
  5. hehehehe syalah slh sorang yg tau bwk kete je tp psl kete hampeh

    ReplyDelete
  6. nak bertukar kpd bateri Bosch la plak!

    ReplyDelete
  7. kalau tanya airah memang tak tahu la husband yang selalu uruskan semuanya haha

    ReplyDelete
  8. saya golongan wanita yang 99% tu. hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post