Selamat Ulangtahun ke 15 komik Lawak Kampus - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, January 26, 2018

Selamat Ulangtahun ke 15 komik Lawak Kampus

Korang kat sini biasa tak dengan komik Lawak Kampus? Mama dulu pun tak tak tau pasal komik ni kalau anak mama tak ajar mama beli komik ni. Bulan December Yang lalu rupanya Ada edisi terhad sempena Ulangtahun komik ini. Selamat Ulangtahun ke 15 komik Lawak Kampus. Tak sangka rupanya komik ni dah berusia 15 tahun. Patutlah Ada banyak dah keluaran Yang combine Jilid dah. Sekali lagi mama ucapkan Tahniah Dan Selamat Ulangtahun ke 15 komik Lawak Kampus.

Komik Lawak Kampus menceritakan hitam putih kehidupan pelajar di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar. Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.

Anak mama pula dah mula follow komik ni sejak 2 tahun yang lalu iaitu semasa berumur 8 tahun. Dari mana dia tau tentang komik ni pun mama tak tau haha..

Muka bangga dapat beli lawak Kampus edisi terbaru. Kalau tak asyik nyanyi nak gi popular aje Cari komik ni. Katanya ada kawan yang dah beli edisi terbaru ni

Tu beratur Di rak banyaknya edisi ke 31 ni kan. Cantik pula disusun macam ni

Inilah hadiah menarik untuk komik Lawak Kampus isu 31. Ada button badge merangkap keychain. Ada beberapa pilihan gambar tapi Syafi suka Yang ni. So, gembiralah anak mama dapat komik idaman dia.

Antara watak dalam komik ni seperti berikut. Selalu juga syafi share apa yang dia baca dengan mama. Kadang-kadang kita yang tak tau sangat ni haa kan aje la hihii

Vanness

  • Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Dia sering ditegur oleh kawan-kawannya dan pihak guru disebabkan kenakalannya. Vanness selalu dihendap oleh Xena. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet. Nama Vanness diambil sempena nama pelakon Taiwan, Vanness Wu.

Froggy

  • Seekor katak hijau seperti manusia yang sangat baik hati, pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Seperti Vanness dan Unknown, Froggy merupakan antara 'signature character'[Penjelasan diperlukan] keseluruhan siri Lawak Kampus. Froggy mempunyai keluarga yang terdiri daripada orang-orang terkenal seperti Tom Cool (Tom Cruise), Tony Stork (Tony Stark/Iron Man), dan lain-lain. Dalam Lawak Kingdom #2, pakciknya Tony Stork mereka sut besi ala Iron Man versi Froggy menyebabkan seluruh warga sekolah mengerumuni Froggy tentang hubungan Froggy dengan Tony Stork. Dia juga mempunyai kebolehan melihat hantu dan perkara-perkara ghaib. Dalam Lawak Kampus Jilid 28, Froggy telah berkawan dengan Uncle Donald Trump sambil mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai Presiden kepada Trump.

Aditas

  • Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah dan sering dilihat ponteng sekolah bersama-sama dengan Vanness. Namun begitu, dia selalu membantu kawan-kawannya tetapi dengan cara yang merepek dan lucu. Selain kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di sekolah hinggakan pada tahap memasuki acara sukan di sekolah lain. Nama Aditas diambil sempena jenama sukan terkemuka, Adidas.

Si Kosong

  • Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Berambut biru dan berbibir tebal. Si Kosong sering mendapat markah kosong dalam peperiksaan, justeru dipanggil 'Si Kosong'. Dia sanggup membuat apa sahaja untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan seperti rasuah, ugutan, perkara-perkara tahyul dan lain-lain dengan cara dan hasil yang sangat lucu dan merepek. Walaupun begitu, apabila mendapat markah penuh, dia menjadi beremosi pada tahap Si Kosong pernah hampir mati akibat terkejut. Dia mempunyai 'sock puppet' (boneka stoking) sebagai teman yang lebih bijak daripada Si Kosong.

Xena

  • Pelajar perempuan yang gemuk, berwajah hodoh, yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Gila bayang terhadap Vanness dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat perhatiannya walaupun sering ditolak oleh Vanness. Ketika kecil Xena merupakan budak yang comel tetapi menjadi gemuk dan kurang cantik disebabkan ayahnya yang terlalu menambah dietnya ketika membesar.

Cikgu Noodle

  • Merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinyalah yang kacak dan disukai ramai. Dia tidak disukai oleh semua murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang agak feminin dan mahukan perhatian. Dia sering mengeposkan 'kegiatan kebajikannya' di laman sosial untuk mendapat 'like' (suka) daripada murid-muridnya tetapi sering berakhir dengan cara yang lucu. Malahan, Guru Besar ragu-ragu sekiranya Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya.

Bepop

  • Pelajar yang wajahnya penuh jerawat, namun mempunyai ramai kawan. Lawak yang dihasilkan Keith untuk Bepop sering berkaitan jerawatnya. Bepop sentiasa mencari jalan untuk menghilangkan jerawatnya tetapi selalu ditipu oleh produk-produk kosmetik yang tidak laku. Hasilnya sama ada jerawatnya semakin besar atau semakin banyak. Dalam 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, yang mana jerawat Bepop ialah sarang alien (makhluk asing) yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh diperhatikan dalam Lawak Kampus Rebound #2.

Ami dan Yumi

  • Ami dan Yumi merupakan adik-beradik kembar perempuan. Ami mempunyai rambut lurus ke bawah dan jarang berada dalam komik manakala Yumi mempunyai rambut ke sebelah kanan dan selalu dibuli oleh Si Kucing. Nama mereka diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi. Mereka sering dikaitkan dengan masalah golongan remaja perempuan masa kini seperti shopaholic (kaki membeli-belah), fesyen, dan lain-lain.

Budak Genius

  • Seorang murid lelaki yang berkepala besar dan 'genius' di sekolah tetapi sombong dan menyakitkan hati. Tidak disukai ramai disebabkan perangainya yang bongkak dan menunjuk-nunjukkan kepandaiannya. Menurutnya, Budak Genius pernah menemu duga calon pengasuh dengan karya-karya ilmu terkemuka ketika kecil dan selalu mengemukakan teori-teori saintifik yang merepek. Budak Genius juga mempunyai kebolehan telekinesis dan pyrokinesis.

Si Beruang

  • Tinggal dalam hutan. Pada awal kehadirannya, ia dilihat sebagai haiwan yang buas. Tetapi apabila siri ini berlanjutan, Si Beruang menjadi watak sokongan, misalnya membantu watak yang sesat di hutan, dan sentiasa dilihat membantu Ami dan Yumi sama ada secara mental mahupun fizikal. Si beruang juga bekerja sambilan dalam pelbagai bidang dan melakukannya dengan 'profesional'.

Boss

  • Pengusaha kantin yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya mahukan keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk, mi gergasi dan lain-lain. Tatkala berlakunya kes keracunan makanan di sekolah, pihak sekolah langsung tidak terkejut disebabkan sikap Boss dalam pengurusan makanan.

Sharkhead

  • Murid lelaki yang berkepala oblong, bergigi jongang, dan rambutnya dibentuk tegak seperti sirip jerung, justeru dipanggil "Sharkhead"(Kepala Jerung). Dia sering dilihat bersama Mickey.

Mickey

  • Budak berambut perang dan nakal. Sering dilihat bersama Sharkhead dan selalu mengacau Vanness, Aditas, Bepop dan ramai lagi.

Si Kucing

  • Kucing Yumi yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan karakter Lawak Kampus disebabkan personalitinya yang biadab, gila gajet, dan intelektual yang tinggi. Si Kucing pernah dikehendaki oleh pihak berkuasa kerana menggodam rangkaian kerajaan negara dan mencuri maklumat rahsia dan beberapa kali menghasilkan sut Iron Man, menyebabkan Yumi runsing akan perangainya. Si Kucing juga bekerja sambilan sebagai pengusaha sushi, juruteknik komputer dan lain-lain hanya untuk mencari wang membeli gajet terkini.

Bapa Xena

  • Guru disiplin di sekolah dan juga ayah Xena yang suka memanjakan anaknya.

Agira

  • Anak kepada Pengerusi Sekolah yang menjual DVD cetak rompak.

Anthony

  • Seorang pelajar lelaki yang kacak dan romantik yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan di sekolahnya tetapi dianggap tidak normal olah pelajar lelaki kerana menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena.

Unknown

  • Satu watak yang hanya dikenali sebagai 'Unknown' (Anu). Identitinya menjadi kegilaan semua karakter siri Lawak Kampus. Unknown seringkali menjadi perhatian ramai sama ada dalam komik atau di dunia sebenar. Malah Stiv Jobs (Steve Jobs) mendapat inspirasi daripada Unknown dan logo Apple ditukar kepada bentuk kepalanya. Dalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10,000 fans (peminat) di Facebook, babak ini boleh dilihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'. Selain Vanness dan Froggy, Unknown menjadi 'signature character' bagi keseluruhan siri Lawak Kampus.

Tiger

  • Seorang pengawas di sekolah ini. Pada awal kehadirannya Tiger dilihat sebagai pengawas sekolah biasa tetapi apabila siri ini berlanjutan dia sering melakukan helah silap mata sama ada ketika spotcheck (pemeriksaan mengejut) atau pertunjukannya sendiri. Dia juga mempunyai kaitan dengan makhluk asing malah dia pernah mengeluarkan seorang makhluk asing dari topinya ketika pertunjukannya.

Budak Kaya

  • Seorang pelajar baru yang sangat kaya dan mudah dikenali oleh meja emasnya yang istimewa. Identitinya menjadi misteri kerana wajahnya tidak ditunjukkan. Seorang yang sangat baik hati walaupun sangat kaya dan sanggup membantu kawan-kawannya dari segi kewangan. Budak Kaya pernah meminjamkan 'khemah'nya untuk Aditas dan abangnya tetapi 'khemah' itu merupakan sebuah rumah agam, lantas mengejutkan Aditas dan abangnya. Malahan, dia sangat kaya hinggakan RM 100 dijadikan tisu, membeli iPhone 6 emas bagi setiap seorang dari kelasnya dan menghadiri sekolah dengan menaiki helikopter atau kapal angkasa. Budak Kaya mempunyai seorang butler yang melayaninya.
Rujukan: Wiki



12 comments:

  1. Favourite komik Hana ni! hahaha dulu rajin gila baca komik ni ^^

    ReplyDelete
  2. Wahhh nak beli jugak edisi terbaru!! Siap ada free gift!! *mata love love

    ReplyDelete
  3. Wah ada edisi terbaru, nie kalau Adik n Abang anak akak tau nie mau mintak beli juga nie. Depa memang ada koleksi Lawak Kampus juga..

    ReplyDelete
  4. wow banyak juga komik lucu yang ada
    belum pernah baca satupun

    ReplyDelete
  5. Adoi. Tak follow langsung bab-bab komik nihh... Komik Kampus pulak ek. Untuk adik2 junior la agaknya. Mungkin saya dah tua :D

    ReplyDelete
  6. Komik best ni mama. Sebab kaella pun kalau tengh bosan camtu, komik ni juga yang kaella baca

    ReplyDelete
  7. Samalah kak .Saya pun tak tau pasal komik ni selagi bukan anak-anak yang pilih untuk rewards mereka bantu kerja rumah masa cuti sekolah beberapa tahun lalu.
    Kawan-kawanlah agaknya kasi pinjam baca masa di sekolah.

    ReplyDelete
  8. uishhh nih yg latest ker?
    nak kena cari nih
    saya pun suka lawak kampus
    suka watak Bipop Jerawat dgn Xena anak pengetua..hahaha

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak beli dan baca.. Tapi memang bestlah siri ini.. Release tension owh..

    ReplyDelete
  10. Suka juga baca lawak kampus...kelakar

    ReplyDelete
  11. pernah baca komik ni masa zaman budak sekolah dulu.

    ReplyDelete
  12. membesar dengan komik ni. ulang baca pun still rasa kelakar. kena beli nampaknya edisi ulangtahun ke15. tambah koleksi

    ReplyDelete

Words of wisdom