Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, January 9, 2018

Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya

Makan adalah keperluan hidup.. sekurang-kurangnya Dalam sehari mesti Kita makan at least 3 Kali, betul tak? Kita semua ada gaya yang tersendiri semasa makan. Ada yang makan penuh sopan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil berborak sampai tersembur pun ada  haha... Sebenarnya gaya makan kita di meja makan ada memberikan gambaran sikap kita tau. Sesiapa yang sedang bercinta tu bolehlah menilai Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya tapi ni sekadar panduan saja, bukan 100% betul tau. Jom kita baca Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya.


Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya


Makan dengan tenang :
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!


Asyik belek makanan :
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan :
-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak :
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!


Makan sambil kerap tengok jam :
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut :
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!



Itu sajalah perkongsian mama hari ni. Jangan tengok orang aje, cuba tengok cara sendiri yg makan pula. Kategori manakah kita?

24 comments:

  1. Kita ni suke mkn sambil borak..hubby pon sama.. :)

    ReplyDelete
  2. info yg menarik..

    ReplyDelete
  3. pergh.. sedap tol makanan lam gamba tuh.. ^-^
    eh.. cun info.. hehe..
    saya antara orang yang suka sembang time makan, kalau member x layan lantak la kat drang.. :-D

    ReplyDelete
  4. makan tp mulut ngomel jerk...

    ReplyDelete
  5. kalau mkn sambil blogwalking mcm maner plak ye. hehehe

    ReplyDelete
  6. kalo ita suke berborak...
    tp, hubby makan dengan tenang... ahahhahaha...

    ReplyDelete
  7. norly ngn hubby sgt kontra, norly suka mkn sambil borak, tapi hubby mkn dgn tenang jek...pelik kan?cane kami leh bersatu..hahaha

    ReplyDelete
  8. kalau mkn sambil main mata macamana..:-)

    ReplyDelete
  9. Salam puan, selamat pagi dan salam perkenalan dari saya blogger baru

    Memang betul tu

    Apa yang kita buat semuanya berkaitan

    Kalau kita ada sikap acuh tak acuh

    Sampai bila pun kita terbawa bawa

    ReplyDelete
  10. Alamak.. Tak ada pula gaya saya makan diatas..

    ReplyDelete
  11. Makan Sambil Borak :

    ini habit dan fav Bonde... Dekat pejabat, dekat restoran, dekat cafe, dekat kfc, dekat Mek D dekat rumah memang makan sambil borak #bondesenyumriang.. teruk rasa perangai tapi betul ayat ni jangan buat saya marah hagin 1 badan ha ha ha ha.

    ReplyDelete
  12. lina suka berborak ngan suami kalau makan...dah terbiasa gitu..ku tak cakap mcm peik je hihi

    ReplyDelete
  13. Ana makan sambil borak. Hehe. Tapi mcm ada betul juga kajian tu. :)

    ReplyDelete
  14. boleh pakai nih tips untuk kegunaan masa depan..hihi..

    ReplyDelete
  15. haha ray kalau makan rilek je. paling enjoy time makan hehe

    ReplyDelete
  16. Makan dengan berselera dan bersyukur. Hehe

    ReplyDelete
  17. LZ jenis makan cepat sebab banyak perkara perlu diselesaikan lepas makan, hehehe ;-)

    ReplyDelete
  18. GV suka makan sambil tgk tv/lappy. Huhu. GV masuk kategori makan sambil tgk jam, just jam tukar jadi tv atau internet. hihi. :D

    ReplyDelete
  19. kalau saya..makan lelaju hehe dah terbiasa kejar masa. Sebab nak tengok anak

    ReplyDelete
  20. kalau baca entry ni teringat kat seseorang tu tandanya apa mama? hehehe

    ReplyDelete
  21. kc jenis yang makan sambil borak tu. and yeah.. suka merajuk kc ni hahahaha.

    ReplyDelete

Words of wisdom