Anjing dan babi menurut islam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 3, 2017

Anjing dan babi menurut islam

 Salam jumaat penuh keberkatan. Anjing dan babi menurut islam. Selalu juga kita ditanya mengapa umat islam tak boleh pegang anjing dan babi. Juga bagaimanakah cara menyucikan najis jika terpegang anjing dan babi. Antara entry mama yg top mendapat almost 60k view di blog ni adalah
Jika-terpegang-anjing-dan-barangan-dari-babi.
Boleh klik Dan baca juga link Tu ye.. harini mama nak share sekali lagi info tentang Anjing dan babi menurut islam. Semoga menjadi panduan Kita bersama

Gambar ambil dari google



1. Kenapa dan mengapakah umat Islam di haramkan memakan khinzir, atau menyentuh khinzir.
Pengharaman memakan daging khinzir oleh umat Islam telah disebut oleh Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 173. Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging khinzir, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat merbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya Syariat Allah S.W.T. yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

2. Adakah mencukupi jika saya menyentuh khinzir atau bahagian daripada khinzir, kemudian saya mencuci anggota badan yang tersentuh khinzir itu hanya dengan sabun sahaja?
Seluruh bahagian anggota khinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah(najis berat). Anggota badan yang terkena najis tersebut hendaklah dicuci sebanyak tujuk kali basuhan air dan mula-mulanya dengan air yang bercampur tanah (tanah liat) sebanyak 1 x.

3. Kenapa dan mengapakah umat islam di haramkan menyentuh anjing.
Pengharaman ke atas anjing termasuk memakan dagingnya, menyentuh atau memegangnya. Ada pun pengharaman ke atas binatang ini tidak disebut oleh Allah S.W.T. di dalam Al- Quran tetapi ada disebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W. Anjing juga dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat). Pengharaman ke atas anjing diqiaskan kepada pengharaman ke atas khinzir kerana sifatnya yang kotor dan menjijikkan.

4.  Bilakah masanya perlu samak jika tersentuh anjing?
Jika anggota yang tersentuh itu adalah kering sama kering, maka tidak perlu disamak, cukup sekadar membasuh anggota yang terkena najis dengan sabun.. Tetapi jika sebaliknya (basah sama basah atau kering sama basah) maka wajib disamak iaitu kaedahnyanya sama seperti perkara no. 2 di atas.

5. Bilakah dan bagaimanakah keadaannya yang membolehkan umat islam menyentuh anjing. Bolehkah umat Islam memelihara anjing?
Umat Islam diharuskan memelihara anjing sekiranya digunakan untuk tujuan tertentu seperti polis menggunakan anjing untuk mengesan, pemburu menggunakan anjing untuk memburu, petani memelihara anjing untuk menjaga kawasan tanaman dan sebagainya. Tetapi harus diingat bahawa kaedah penjagaan ke atas binatang tersebut hendaklah mengikut cara yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Sumber mufti selangor

24 comments:

  1. thanks for sharing...informasi yang lengkap

    ReplyDelete
  2. Wahhh 60k view. Tahniah kak.

    Terima kasih atas perkongsian. Dpt refresh semula hukum hakam yg dh belajar dulu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah ye MP....
    Itulah indahnya Islam, setiap larangan tu bukan saja dilarang, tp terkandung hikmat yg tersendiri. Syukurnya kita dilahirkan Islam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah banyak ilmu dapat dalam blog ni..Syukur

    ReplyDelete
  5. Hi, my bahasa da lupa, but boleh faham 18% your posting. Where I am lots of Muslims keep pet dogs.I guess it depends on the country.
    Best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  6. In syaa Allah.
    Mudah2an menjadi panduan kepada kita semua.

    ReplyDelete
  7. JM ada dgr ceramah dari sorang ustazah ni..dia pernah tanya la sorang non muslim cina berkenaan daging babi ni..non muslim tu ckp antara daging tersedap di dunia adalah daging babi..semua bahagian pada seekor babi tu sedap d makan termasuk darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya Babi nibrasanya sedap. Kawan cina mama pun bgtau gitu. Kalau dh mkn Babi dh X pandang ayam dah haha..brother Wong yg street dakwah Tu pun ckp mcm tu

      Delete
  8. tengok khinzir pun saya dah geli geliman...

    apa lagi kalau terpegang..

    anjing pun sama..

    ReplyDelete
  9. Tq semua sudi dtg Dan baca semoga sama2 dapat kebaikkannya

    ReplyDelete
  10. sy x igt samada sy dpt dr ceramah or buku. katanya, Allah memang sengaja jadikan anjing dan babi itu sebagai ujian kpd manusia terutama kpd muslim. daging babi adalah daging tersedap manakala anjing haiwan bijak.

    ReplyDelete
  11. pernah baca tentang isu ini... info berguna untuk semua umat Islam

    ReplyDelete
  12. Dua dua ni memang banyak manfaatnya yang orang kafir gunakan

    tapi keburukannya tak pula di ambil kira

    ReplyDelete
  13. Yang peliknya tu, ada juga orang suka pegang, dengan alasan lepas pegang boleh samak.

    ReplyDelete
  14. Info yang amat berguna mama. Tq...

    ReplyDelete

Words of wisdom