Thursday, August 5, 2010

Kabulnya Doa Nelayan Yang Soleh


Diambil dari IluvIslam..


PADA suatu hari, seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur telah Berjaya menangkap seekor ikan.Namun seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan tersebut daripada tangannya dan memukulnya. Maka Abu Jaafar pun berkata,

“Ya Tuhanku, engkau telah menciptaku dalam keadaan yang lemah dan dia dalam keadaan yang gagah perkasa sehingga dia dapat menganiaya aku. Turunkanlah pengajaran untuknya.”

Setibanya pengawal itu di rumahnya, dia pun menggoreng ikan tersebut. Ketika dia meletakkan ikan di atas hidangan, tiba-tiba tangannya tertusuk duri ikan itu. Tangannya menjadi parah dan ulat memakan tangannya. Lama kelamaan tangannya terpaksa dipotong kerana sudah tidak tertahan. Pada suatu malam, dia tidur dan bermimpi mendengar satu suara yang berkata,

“Kembalikanlah hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini.”

Setelah dia tersedar, barulah dia teringat akan ikan yang pernah dirampasnya daripada Abu Jaafar. Maka dia pun pergi menemui Abu Jaafar dan memberinya 10 ribu dirham dan mohon halalkan ikan yang diambilnya. Sebaik Abu Jaafar memaafkan dan menghalalkannya, dengan izin Allah, serta merta ulat-ulat itu jatuh dari tangannya dan sembuh seperti sedia kala.


Kesimpulannyer, kat dunia lagi tuhan dh tunjukkan bahawa mengambil barang / hak org lain adalah dumurkai Allah.. so jgn le kita mengambil hak org lain ye..

7 Responses so far.

  1. ye betul, skang Allah bayar cash..

  2. yee..memg pon..huhuhuu~hukum karma kn

  3. nza says:

    Allah sntiasa brsama org2 yg briman....

  4. Nice entry friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

  5. molmolla says:

    kalau nak kan boleh minta :)

  6. azremy says:

    jangan niaya org lemah,,ingat cckitt

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..