Jika terpegang anjing & barangan dari babi, apa yang patut kita buat?

Jika terpegang anjing & barangan dari babi, apa yang patut kita buat?







Artikel ini diambil dari blog Ustaz Nor Amin.. Jika terpegang anjing & barangan dari babi, apa yang patut kita buat?


Assalamualaikum ustaz, ada org pernah beritahu sy, kita tak perlu samak tangan apabila pegang anjing, dengan syarat kedua-dua tangan dan anjing itu dalam keadaan kering

Saya terpegang kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir, apabila teringat info seperti yang di atas, saya pun tak samak la tangan saya sbb saya yakin tangan dan kasut tersebut kering. Betul tak tindakan saya ni?
 

Jawapannya






Terlebih dahulu saya berikan maksud istinjak sebagai pengetahuan tambahan. Maksud istinjak ialah dalam Bahasa Arab disebut sebagai Dibagh bermaksud pensuci mengikut pandangan Mazhab Syafie.

Mengikut ahli fiqh, samak dan perlaksanaannya dapat dibahagikan kepada samak terhadap kulit binatang iaitu selain binatang yang diharamkan, peralatan dan perkakasan dan terhadap sesuatu yang bersentuhan dengan najis mughallazah. Dari Ibn Mughaffal, ia berkata:

“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”




Cara Samak

Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), ba dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.

Samak menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk menyamak najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa samak najis anjing dan babi, kerana samak mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah samak dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk menyamak najis Mughallazah (anjing dan babi).



Barangan Yang Diperbuat daripada Kulit Babi






Wajib samak orang yang telah menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi seperti contoh kasut, beg, dompet dan sebagainya. Babi merupakan najis yang paling berat iaitu najis Mughallazah. Cara menyucikan najis ini beza dengan Najis Muqaffafah dan Najis Mutawasyitah. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)

Ada pendapat yang mengatakan “kalau kering kedua-duanya tidak perlu samak”. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulamak berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu disamak, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka ia juga wajib di samak. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib di samak kerana ia merupakan najis yang paling berat.

Kenapa Islam suruh umatnya samak apabila tersentuh babi yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :

“Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."


Kesimpulannya

Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Samak adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib disamak kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib disamak dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

27 Comments

Words of wisdom

  1. oohh... dapat 1 ilmu baru hari ni..
    terima kasih berkongsi..

    meh la join contest & GA kakyong[dot]com
    http://www.kakyong.com/p/contest-dan-special-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. sama2 kite mengingatkan semula :)..
    thanks kak yong nanti saya nak jenguk ga kakyong. cam best je

    ReplyDelete
  3. sya penh terbeli jam kulit babi..
    abg saya pula terbeli ksut..
    pengajaran bagi dri sndr semua..berjaga2 masa berada dibumi arab.egypt.dubai n mana2 negeri disini sbb fenomena sni ade je orang arab bela anjing.bnyk barang2 diperbuat dari kulit babi.xde stated pon diperbuat dr ape..kne hati2 selalu..

    ReplyDelete
  4. rak sangka kt arab lg byk brg2 camni kan.. jam pon ada ke? saya penah gak terpegang kasut kulit babi kt parkson

    ReplyDelete
  5. baik atas penjelasannya mengenai samak dan taharah,,tetapi yang muskil sekarang adalah ada tak dalil yang mengatakan kalau memakai barangan dari kulit babi kena samak, yang ada hanya dalil samak kalau terkena air liur anjing....boleh jelaskan syukran

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum Ustaz saya nk tyn 3 soalan yang pertama>anjing jika kering saya pun kering xpe x klo disentuh??soalan yg kedua>najis anjing trkena pada kereta dan saya siram dgn air kemudian saya terkena pecikan air semasa siram najis?soalan yg trakhir bulu anjing yg gugur pastu kering tetapi saya pegang tangan saya ketika itu basah wajibkah saya samak?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. salam.. kalau misalnya cover telefon yang kulit babi macam mana? kan pernah terpegang basah2.. baju2 kita pakai, telekung solat kita pakai semuanya tu camne?tolong lah jawab soalan saya ni di alang_firah90@yahoo.com

    saya ada beli fon free flipcase, lepas 7 bulan pakai, kawan saya suruh check samada ianya kulit babi ke x, sy check x nampak pun titik tiga. saya ragu2, sy x pakai dah cover tu, tadi saya dapat info yang kalo ragu2, cuba bakar skit kulit tu, kalau ada bau cam rambut terbakar, itu confirm kulit babi.. nanti balik kerja nak try buat.. harapnya bukan kulit najis tu.. kalo ianya kulit tu, nauzubillahminalminzaliq, minta penerangan dari anda untuk menjawabnya camne cara nak samak semua ni?

    ReplyDelete
  9. Sy bekerja di rumah org2 tua cina smua mknan blh dikatakn daging babi....sy xpernah sentuh tapi sy menyuap dan kadang2 sup yg mgndungi babi terkena pada sy...perlu ka sy samak...konfius...

    ReplyDelete
  10. Kalau pegang beg dari kulit anjing pun kena samak ke?

    ReplyDelete
  11. Babi dan Anjing dah jelas haram "dimakan" dan "tersentuh" "terpegang", bukan berdosa macam pengurus arak. Apa nak heboh, samak je la. Mereka ni kan makhluk tuhan juga ...
    http://infosantai2.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. jika pernah terguna kasut kulit babi perlu ke samak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong sesiapa reply ini pls kerana saya juga terpegang dan terpakai. Saya terlupa saya terpakai jadi saya hanya samak tangan pada hari tersebut. 2 hari kemudi baru saya ingat saya terpakai. Since then saya dah terpegang semula kaki saya ofc sbb mandi semua dan tangan yg saya dah pegang kaki yg terpakai kasut babi itu juga dah pegang byk benda lain including my face(sbb bsuh muka), phone, handbag, katil kain cadar dan macam macam. Tolong saya. Saya masih belum samak kaki saya ini kerana saya berada di luar negara dan tak tau mana nak cari tanah. Kasut saya juga yg saya pakai pada hari saya terpakai kasut babi itu juga belum disamak. Tolong pls terima kasih.

      Delete
  14. terima kasih sudi baca. artikel ni mama amik dari blog Ustaz Nor Amin http://www.ustaznoramin.com/
    adalah lebih baik saudara saudari semua tanya pada yg lebih arif. pendapat mama kalau ada rasa was was tu baik samak je laa.. baru rasa kompiden kan

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...bagaimana jika terpegang gula2 mengandungi gelatin babi

    ReplyDelete
  16. wslm.. mama rasa ikhwan perlu bertanya ustaz yg lebih arif perkara ni. sebab mama x sure.

    ReplyDelete
  17. thanks for all these info sharing, sis

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum ...Mohon jawapan.saya baru saha menemui cawan di rumah saya diperbuat daripada babi. Cawan tersebut telah dibuang. Akan tetapi macam mana dengan barang yang lain yang kemungkinan menggunakan span dan sabun yang sama semasa mencuci. Bukan 1 atau 2 tpi semua nya perkakasan dapor. Apa perlu saya buat? Mohon sapa-sapa menjawab soalan ini.please.

    ReplyDelete
  19. salam.. kalau misalnya cover telefon yang kulit babi macam mana? kan pernah terpegang basah2.. baju2 kita pakai, telekung solat kita pakai semuanya tu camne?tolong lah jawab soalan saya ni di zarul.voc@gmail.com

    saya ada beli fon free flipcase, lepas 7 bulan pakai, kawan saya suruh check samada ianya kulit babi ke x, sy check x nampak pun titik tiga. saya ragu2, sy x pakai dah cover tu, tadi saya dapat info yang kalo ragu2, cuba bakar skit kulit tu, kalau ada bau cam rambut terbakar, itu confirm kulit babi.. nanti balik kerja nak try buat.. harapnya bukan kulit najis tu.. kalo ianya kulit tu, nauzubillahminalminzaliq, minta penerangan dari anda untuk menjawabnya camne cara nak samak semua ni?

    ReplyDelete
  20. Kepada saudara muzaid Dan MOMO mama suggest pergilah bertanya Ustaz Yang lebih tahu. Mama pernah dengar ceramah agama ttg ni tapi mama taknnak ulaa takut salah

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Silalah HH.. mama pun rujuk dari Ustaz juga cuma domain Ustaz noramin dah xde skrg tak tau kemana menghilang

      Delete
  22. Assalamualaikum, minta balas dengan segera persoalan saya.

    Saya telah menggunakan berus yg diperbuat daripada bulu babi/kinzir untuk barangan electronik. Persoalanya perlu atau tidak saya mensertu barangan itu, dikhuatiri rosak.

    ReplyDelete
  23. Saya mencuci cawan seramik 'fine bone china ' perlu ke samak kt bahagian muka yg trkena tgn saya..

    ReplyDelete
  24. Aslm.. sebarang kemusykilan mama suggest boleh rujuk di sini..

    http://al-ahkam.net/home/soaljawab?taxonomy_forums_tid=6&keys=babi

    semua soalan akan dijawab beserta dalil dan hukum mengikut mazhab.. semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  25. ini ada mama copy dari website itu. jika perlukan sebarang maklumat lanjut mama syorkan silalah bertanya pada ahli yang pakar

    Assalamu'alaikum
    Soalan saya begini:

    1) Apakah hukum menyentuh barangan yang dibuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti berus cat, kasut, beg dan sebagainya oleh sebab pada mulanya kita tidak mengetahui yang barangan tersebut diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir kerana tiada label dan hanya mengetahui setelah dengan lebih dekat?

    2) Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?

    Pertama: Hukum barangan kulit drpd khinzir.
    Jumhur fuqaha' (Syafi'iy, Maliki, Hanbali dan Hanafi) mengharamkan kulit khinzir walaupun sesudah disamak (tanning process) kerana ia tergolong dalam najis berat (mughalazzah)(Fatwa Prof.Mutawalli Sya'rawi (anta tasal wa Islam yujib).

    Fatwa Majlis Tertinggi Urusan KeIslamam Mesir dalam kitab: al Muntakhabu minas Sunnah jilid 9, menjelaskan haram menggunakan kulit khinzir walaupun setelah disamak kerana haramnya babi ialah pada lafaz umum ayat alQur'an iaitu haramnya khinzir kerana zatnya ('ain).

    Fuqaha' yg membolehkan ialah Imam Syaukani (Nailool Awthor), Zahiri (Ibn Hazm, alMuhalla) dan Imam Abu Yusof (madzhab Hanafi). Perselisihan fuqaha' ini disebabkan ada nas hadis yg saling berlawanan. Imam-imam yg mengharuskan memanfa'atkan kulit khinzir juga menggunakan dalil hadis yg kuat drpd Muslim. "Kulit apapun jika di samak, maka menjadi suci".

    Ulamak-ulamak yg mengharamkan kulit khinzir secara mutlak menggunakan kaedah nasakh (membatalkan) semua hadis yg membolehkan penggunaan semua kulit; manakala fuqaha' yg membolehkan kulit khinzir di samak menggunakan kaedah tarjih utk memperkuatkan hadis riwayat Ibn Abbas yg membolehkan sebarang kulit disamak dan di manfa'atkan.

    Kedua: Hukum bulu khinzir:
    Ia haram secara mutlak pada madzhab Syafi'iy, namun pendapat terkuat pada Imam-imam besar yg lain ia adalah suci (Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid); Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) dan Prof Qardhawi (halal & haram) juga berpendapat bulu babi tidak najis. Imam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa, Jld 21, pg 102) juga berpendapat semua bulu adalah suci.

    --------------------
    Mengenai soalan ke 2:
    Soalan: Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?

    Jawab: Tidak perlu menyamak kerana najisnya babi ialah jilatannya. Inilah pendapat terkuat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah (Rahbawi, solat 'ala madzhaahi arba'ah); jika anda memilih ijtihad Imam yg mengatakan kulit babi dan bulunya suci, maka tidak perlu berbuat apa-apa. Jika anda memilih pandangan Imam yg berpendapat haramnya kulit babi dan bulunya, maka jika bersentuh dalam keadaan sama-sama kering tidak perlu samak. Tapi untuk kesempurnaan dan menghilangkan was-was, maka basuhlah tangan anda.

    sekian
    thtl

    ------------
    Rujukan:
    1. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
    2. Bidayah al Mujtahid, Ibn Rusyd
    3. Prof Dr H Mahmud Yunus, Hukum Perkahwinan Menurut Empat Madzhab
    4. Prof Ali Hassan Ahmad, Universitas Islam Tapanuli, Indonesia, alHadithul Fiqhiyah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post