Zikir Di Tengah-tengah Kelalaian Manusia - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, March 11, 2022

Zikir Di Tengah-tengah Kelalaian Manusia

Assalamaualaikum semua. Selamat hari Jumaat penuh keberkatan. Hari mama nak ajak sama-sama kita menambah bacaan islamik berkenaan Zikir Di tengah-tengah Kelalaian Manusia.

Sambil tu boleh baca juga

 

Zikir Di Tengah-tengah Kelalaian Manusia


Setiap Muslim dituntut sentiasa berzikir mengingati Allah walau dimana  berada. Menjadi kebiasaan, kita akan sentiasa berzikir apabila berada di majlis zikir, majlis ilmu juga di masjid. 

Namun berzikir di tempat yang biasanya orang lupa Allah seperti di pasar atau shopping mall adalah amalan yang istimewa.


Abdullah Ibn ‘Umar RA berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

Maksudnya: Sesiapa yang masuk ke dalam pasar lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka Allah menetapkan satu juta kebaikan buatnya dan menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat. (HR Tirmizi No: 3428) Status: Hadis Hasan


Sekiranya para peniaga menjadikan pasar atau shopping mall sebagai tempat yang penuh dengan kebaikan seperti kejujuran dalam jual beli dan timbangan, tidak lalai dalam zikrullah, berniaga dengan maksud untuk mempertingkat ekonomi umat Islam, maka kesemuanya ini adalah kebaikan besar yang memperoleh ganjaran pahala.


Begitu juga para pengunjung dan pelanggan yang berurusan membeli keperluan harian mahupun diri, tetap berzikir dan menjaga batas-batas yang dibenarkan di khalayak, sewaktu orang lain lalai menjamu mata dan nafsu.


Imam Ibn Bathhal Rahimahullah berkata:

وَأمَّا إِذَا ذُكِرَ اللهُ فِى السُّوقِ فَهُو مِنْ أَفْضَلِ الأعْمَال

Adapun apabila dibacakan zikrullah di dalam pasar maka ia merupakan antara amalan yang paling afdhal. (Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Bathhal (6/249).


Ibnu Rajab menyebutkan keutamaan berzikir di tengah kelalaian manusia dalam mengingat Allah, antaranya:

1.  Zikir akan lebih rahsia. Amal sunah yang lebih rahsia, nilainya lebih besar. Justeru zikir di tempat seperti ini hendaklah dibaca perlahan, tanpa menggunakan tasbih.

2.  Amal tersebut lebih berat dilakukan kerana umumnya manusia akan mengikuti apa yang dilakukan masyarakat di sekitarnya. Semakin berat amal itu dikerjakan, pahalanya semakin besar.

3.  Berzikir di tengah kelalaian manusia akan menjadi asbab Allah tidak menurunkan azab kepada mereka. Ibnu Rajab menyebutkan:


Sebagian ulama salaf mengatakan: ”Berzikir mengingati Allah di tengah-tengah kelompok manusia yang lupa Allah, ibarat orang yang melindungi sekelompok masyarakat yang lemah. Andai kata bukan kerana keberadaan orang yang berzikir itu di tengah-tengah kelalaian manusia, nescaya mereka semua akan binasa.” (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 133).


Imam ath-Thiibi berkata: Barangsiapa yang berzikir kepada Allah (ketika berada) di pasar maka dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang Allah SWT berfirman tentang keutamaan mereka:

رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأبْصَارُ لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan solat, dan membayarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas” (an-Nuur: 37-38)


Jangan lupa zikir ketika kita berada di pasar atau shopping mall. Sambil shopping kita berzikit jom..


Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah



11 comments:

  1. Replies
    1. tq ciktie. semoga bermanfaat buat kita semua

      Delete
  2. betul tu. sambil shopping tu kena berzikir. Ini tak! Berebut2 nak kaut ikan mabong yg harga 10 sen seekor tu sehingga langgar SOP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abam. mama ada tgk video nya aduyaii sop semua kelaut nakkan mabong murah

      Delete
  3. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang basah bibir dengan zikrullah.

    ReplyDelete
  4. Ok terlupa buat. Nanti kena cuba zikir di keramaian orang.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing mama. Jom sama-sama amalkan

    ReplyDelete
  6. bagus peringatan ni.. selalunya lupa bila sakan berbelanja..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ingatan Adda..

    ReplyDelete
  8. saya lebih kerap berselawat ....ia juga termasuk dalam berzikir

    ReplyDelete

Words of wisdom