Peguam Syarie Shah Alam Hafizah Haron and Associate. Berpengalaman dan Diyakini

Membina sebuah keluarga dengan ikatan yang sah amatlah dituntut dalam Islam. Mempunyai keluarga sakinah mawaddah adalah impian setiap rumahtangga. Namun begitu bukan semua berjaya mencapai tahap itu. Kadangkala Allah datangkan ujian atas kasih sayangnya dengan masalah rumahtangga yang akhirnya meruntuhkan mahligai yang dibina. Peguam Syarie Shah Alam Hafizah Haron and Associate. Berpengalaman dan Diyakini.


Peguam Syarie Shah Alam Hafizah Haron and Associate. Berpengalaman dan Diyakini

Apabila ini berlaku, seringkali terutamanya si isteri terasa malu untuk berkongsi masalah dan tidak tahu dimanakah tempat untuk mengadu nasib serta apakah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk menuntut hak mereka sendiri terutamanya berkenaan harta sepencarian dan nafkah. Tidak perlu malu dan mengasingkan diri. Sebagai wanita kita perlu tahu hak seorang isteri dan perjuangkanlah hak-hak itu demi kepentingan anak-anak dan diri kita sendiri. Langkah yang terbaik adalah mendapatkan nasihat dan bantuan dari dari peguam syarie.


Harta Sepencarian & Nafkah


Sekali pandang nampak macam kedua-dua ni sama. Tapi sebenarnya ada perbezaan ketara antara harta sepencarian dan nafkah.


Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh suami dan isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Harta sepencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlaku perceraian, poligami atau selepas kematian salah satu pihak.

Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.


Nafkah pula adalah tanggungjawab suami untuk mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada isteri, anak dan orang- orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan. Dari segi undang-undang terdapat 3 jenis nafkah iaitu nafkah isteri semasa perkahwinan, nafkah idah dan nafkah anak selepas penceraian. Nafkah bukan saja diberi semasa tempoh berkahwin, tapi seorang isteri masih ada hak menerima nafkah walaupun selepas bercerai.
 
Kerana itu, amat penting bagi wanita yang diceraikan untuk rujuk peguam syarie bagi mengetahui hak dan perkara apa yang boleh dituntut yang melibatkan harta benda. 


Siapa Itu Peguam Syarie

Peguam Syarie merupakan peguam yang mempunyai bidangkuasa untuk mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah. Peguam syarie mempunyai sijil amalan guaman yang sah dari Majlis Agama Islam dan serba tahu berkaitan dengan undang-undang islam khususnya undang-undang kekeluargaan islam. Peguam syarie boleh memberikan nasihat dan menerangkan perkara-perkara berkaitan perceraian, perkahwinan, wasiat, faraid, harta pusaka dan jenayah syariah


Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates, Perunding Keluarga & Harta Pusaka

Bagi yang berada di Selangor dan KL mama rekemen untuk dapatkan khidmat nasihat dari Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates. Hafizah Haron, seorang peguam syarie bertauliah dan berpengalaman meliputi isu kekeluargaan Islam bermula sebelum daripada perkahwinan, semasa dan juga selepas perkahwinan. Beliau adalah peguam syarie bertauliah dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Syariah Undang Undang Perbandingan UKM dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam UKM.

Tetuan Hafizah Haron & Associates merupakan Firma Guaman Syarie yang berpusat di Shah Alam, Selangor. Firma guaman Hafizah Haron berpengalaman luas menguruskan kes-kes harta sepencarian, hadhanah (hak penjagaan anak), faraid, wasiat dan nafkah. Mereka sentiasa bersedia mewakili klien dalam setiap tuntutan atau permohonan di Mahkamah Syariah dan lain-lain perkara berkaitan bidangkuasa yang diberikan ke atas mereka sebagai Peguam Syarie yang beramal di Mahkamah Syariah. 


Penglibatan Hafizah Haron Sebagai Peguam Syarie

Hafizah Haron aktif dengan penglibatan seperti di bawah

  1. Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
  2. Exco Persatuan Peguam Syarie Negeri Selangor (PGSMS) 2021-2023
  3. Peguam Klinik Guaman Syarie UM, UKM dan KUIS 
  4. Penyelidik Bersama Geran Dalaman Klinik Guaman Uitm 
  5. Ahli Jawatankuasa Kecil Pindaan Tatacara Negeri Selangor


Dengan pengalaman luas ini, Hafizah Haron sering dilihat muncul dalam dalam program bual bicara, sebagai ahli panel dalam memberi pendedahan berkaitan undang-undang keluarga islam.


Antara program dimana Hafizah Haron dijemput sebagai speaker



Perunding keluarga & harta pusaka, Peguam Syarie Hafizah Haron juga sudah beberapa kali muncul di kaca TV sebagai jemputan untuk berkongsi maklumat tentang khidmat nasihat kekeluargaan dan harta pusaka. Beliau pernah menjadi jemputan Selamat Pagi Malaysia berbincang tentang Cara tuntutan harta sepencarian Di Mahkamah Syariah.


Terbaru, beliau muncul di Astro Oasis dalam program Sebutan Syariah Musim 6 membincangkan topik hangat sekarang ni iaitu poligami dan nikah di negara jiran. Banyak juga feedback dalam siaran tu. Boleh tengok video di bawah ni:


Hubungi Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates

Dengan pengalaman luas dan penglibatan aktif Hafizah Haron sebagai peguam syarie maka boleh dikatakan Hafizah Haron & Associates adalah peguam syarie bertauliah yang diyakini dan kompeten. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Hafizah Haron & Associates seperti di bawah:


Hafizah Haron and Associate

Alamat: 15, Jalan Zapin 1, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor:

Call/Whatsapp: 018 982 7717

Email: hafizahharonassociates@gmail.com 

Media Social:


Jika ada masa boleh juga refer blog website 1 di www.blogsyarie.com. Banyak artikel yang memberi pengetahuan seperti :

  • Kepentingan hibah harta pusaka dalam islam
  • Dari Peguam Syarie: Hak Hak Wanita Selepas Penceraian
  • Hak penjagaan anak dalam islam di Malaysia.

Semoga bermanfaat..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. mcm familiar nama Hafizah Haron ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah nampak kat tv ke anies

      Delete
    2. bkn kat tv rs mcm penah terbaca artikel2 yg ditulis tp x igt kat mana

      Delete
    3. aku mala tidak tahu sama sekali, siapa beliau ini

      Delete
  2. Semoga bermanfaat utk mereka yg memerlukan khidmat peguam syarie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. mama doakan sesiapa yg sedang ada masalah dipermudahkan semua urusannya

      Delete
  3. antara isu yang hangat dari dulu sehingga kini...isu perceraian...moga mereka yang terlibat dapat pembelaan yang wajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2.. hanya yg pernah melaluinya saja yg tau kan

      Delete
  4. Kadang-kadang kita orang awam kurang faham hal teknikal perundangan itu yang kena buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt2 na sebab tu kita kena rujuk yg pakar

      Delete
  5. Sekarang memang peguam syarie banyak dapat kes kan..banyak masalah rumah tangga skrg ni especially penyondol

    ReplyDelete
    Replies
    1. si penyondol la byk punca masalah rumahtangga kak

      Delete
  6. Bukan calang calang ye peguam syarie ni. Perkongsian yang bagus buat mereka yang memerlukan peguam syarie untuk selesaikan masalah rumahtangga

    ReplyDelete
  7. sekarang ni memang banyak kes-kes perceraian, ramai wanita yang tak tahu hak-hak dorang selepas bercerai & nak rujuk kepada siapa untuk bertanya lebih lanjut. Ada tu malu pun nak tanya, diam je bila di permainkan oleh bekas suami..harap ada info macam ni boleh bantu wanita-wanita yang teraniaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali yg fiez cakap ni. diharap dpt membantu yang sedang dlm masalah

      Delete
  8. Rujukan yang baik kepada mereka yang memerlukan khidmat guaman dari peguam syarie. Thanks for sharing mamapipie..

    ReplyDelete
  9. Good sharing Adda, semoga beri manfaat untuk mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  10. macam pernah tengok muka peguam ni... semoga membantu sesiapa yang memerlukan..

    ReplyDelete
  11. Bagus ni untuk sumber rujukan mana tahu ada yang memerlukan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post