Bila Anak Sedara Tolong Edit Job Skincare

Assalamualaikum semua, sambil mama taip post ni tersenyum-senyum mama seorang diri, mengenangkan peristiwa hari Isnin lepas. Alkisahnya mama terima job tak berbayar, saje mama tetiba rajin ambil job ni sebab produk dia menarik. Sedang mama ambil gambar produknya tu tetiba anak sedara mama berumur 9 tahun turut sama melihat-lihat dan memberi komen bernasnya. Beginilah lebih kurang dialog kitaorang.


R: Mama buat apa tu, ada kerja eh.. (dia panggil mama dengan panggilan mama)
Mama: Iye, mama tengah nak ambil gambar ni
R: Kenapa mama tak buat macam mummy selalu buat kat TT? (mummy tu mak dia)
Mama: Aik macam mana mummy buat? 
R: Mummy ambil gambar pastu photoshop tukar backgound Cantikk///
Mama: Mama malas la. Mama suka ambil gambar pastu terus guna, malas nak edit2. Mama tak pandai.
R: Mari acha tolong mama ye. Acha pun pandai buat macam mummy. 
Mama: Okey boleh aje.  Acha guna apps apa?
R: Capcut dgn Qualiti (apetah tu mama pun tak sure apanama appsnye)

Then mama biarkan dia ambil gambar. Tertonggeng-tonggeng beriya-dia photoshoot, Lepas tu dalam setengah jam juga lah dia edit gambar tu. Siap suruh mama pilih backgound lagi,


Dan hasilnya.. jeng.. jeng.. jeng..







Tada..

R: Mama, tengok ni dah siap. Cantik tak? (Dengan muka penuh pengharapannya)
Mama: (Dengan muka serius dan confident padahal tak tahan nak tergelak). Waaa, cantiknya acha edit gambar.. Pandai la acha. Siap ada miau 2 ekor. Comel sangat. Acha wasap mama tau. TQ
R: (Dengan bangganye..) OK.

Terus dan tu juga dia wasap mama dan beredar dengan muka bangga hidung ke atas kembang kempis. Lepas pastikan dia tak dengar terus mama gelak guling-guling sampai en hubby tamya kenapa.. 

Penat mama tahan gelak tau. Alahai anak, udah le tak kena job beauty dgn miau tu, hada labo dah jadi hada labor pula. Dah macam produk bersalin pula gayanya. Padahal mama dah eja bebetul semasa dia tanya nama produk. Apapun comel juga miau oyen tu muka pandang produk tu haha..



Inilah gambar sebenar yang mama ambil yang dia tak berkenan dan byk komenmya tu.. OK je kan. Tapi di mata dia tak OK. Haha kelakar betul la.. Tepek sini sebagai kenangan..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Geli hati pulak tengok hasilnya. Apa kaitan kucing dgn skincare tu hehe. Takpe yg penting effort tu :D

    ReplyDelete
  2. adoi la. ingatkan produk kucing ke.. kucing tu comel dah. niat tu dah bagus dah..nak membantu kan...

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. macam2 je la.. boleh jadi influencer dah tu

    ReplyDelete
  4. Ala comel letak gambar miao dekat skincare. Baguslah mama tak gelak depan dia, nanti dia jadi takut nak cuba apa-apa

    ReplyDelete
  5. hahahaha... comel je... tp mmg jauh dari maksud asal... sbb kucing dgn skincare... tak ngam langsung.

    lepas ni boleh gilap lagi bakat Acha! boleh jadi graphic designer berjaya 1 hari nnt

    ReplyDelete
  6. hahahaha...ammi pun gelak guling sorang2 tengok. ada miowww..yg penting hada labor room ye

    ReplyDelete
  7. Amboi kecil lagi sudah pandai sunting gambar.
    Bagus Acha tolong mamanya.

    ReplyDelete
  8. Hahahahhahaha! Comel plak kucing tu.. Kira kreatif jgk ni mama.. ;)

    ReplyDelete
  9. Hihi, kira pandailah jugak Acha edit gambar guna apps jika dibandingkan dengan orang dewasa.. Dia belajar melalui pemerhatian daripada mummy dia, jadi tak mustahil satu hari nanti Acha pandai edit video pulak..

    ReplyDelete
  10. itu lah...dh kenapa ada 2 ekor miauwwww....hahhah...good try anak...at least dia confident tinggi ye...

    ReplyDelete
  11. Hahaha..comel je dia edit ada meoww

    ReplyDelete
Previous Post Next Post