Keprihatinan Sesama Mukmin Adalah Jaminan Masuk Syurga

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Harini mama nak share tentang Keprihatinan Sesama Mukmin Adalah Jaminan Masuk Syurga. Pastikan korang lakukan kesemua kewajipan rukun islam dan iman juga tau, barulah boleh cium bau syurga. 

Baca juga:


Keprihatinan Sesama Mukmin Adalah Jaminan Masuk Syurga


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih


Kesimpulan Hadith:

Gambar hiasan. Suka tengok gambar ni..


1.  Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2.  Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.

3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga. 


Oleh itu, marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim. Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Thanks for reminder. Sama-sama lah kita beringat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mamapipie, atas perkongsian ini!

    ReplyDelete
  3. 𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑖𝑙𝑚𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑘𝑎𝑛

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan. Kena jaga hubungan dengan manusia dan dengan Allah jugak

    ReplyDelete
  5. kita semua masih harus belajar agar seperti Abu Bakar r.a tersebut. Semoga saja bisa melaksanakannya karena jaminannya adalah surga.
    Dan itu pastilah sangat berat untuk dilakukan

    ReplyDelete
  6. Good sharing Adda.. semoga kita sentiasa istiqomah berbuat baik untuk semua perkara..

    ReplyDelete
  7. bila covid kebanyakan yang kita amalkan dah tak lagi diamalkan.. ada yang jadi macam serba salah nak buat

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Kak Adda untuk satu perkongsian ilmu yang bagus..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post