Moreh Cheesy Golden Egg Coney A&W

Moreh Cheesy Golden Egg Coney A&W. Bulan Ramadhan ni mama selelunya masak. Cuma hari cuti Nuzul Quran tu kami keluar mencari persiapan raya dan mama serta en hubby beli aje makanan untuk berbuka kami. Selepas berjaya beli baju raya tetiba mama ternampak ada promosi kat A&W. Beli 2  Cheesy Golden Egg Coney  dengan harga RM10. Secara automatik mama terus masuk kedai dan beli Cheesy Golden Egg Coney A&W untuk moreh la kononnya.  


Inilah rupa kejadian Cheesy Golden Egg Coney A&W tu. Bukan macam coney biasa yang ada sos daging kat atasnya. Sebaliknya ada cheese dan serbuk salted egg yolk di atasnya, Mama beli beef satu dan checiken satu.

Terasa sedap juga di tekak mama ni. Walalupun sebenarnya deria rasa dan deria bau mama belum 100% pulih tapi mama boleh rasa masin2 dan lemak2 coney cheesy golden egg ni. Simple yet tasty. Baca ni Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab


Besar saiz sosej A&W ni. Terlebih kenyang makan satu

Ni la banner depan kedai yang membuatkan mama masuk kedai dan beli. Impulse buying. Berkesan juga taktik marketing macam ni kan haha..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Boleh tahan juga ya, nanti boleh Kak Sue cuba jugak nie..

    ReplyDelete
  2. Secara automatik ye mama masuk A&W tu :D
    Nampak sedap & menarik pula promonya... tapi itulah jarang masuk A&W :(

    ReplyDelete
  3. banner tu memang menggoda. saya minat salted egg, cuma tak suka sosej. kalau tak nak juga cuba

    ReplyDelete
  4. hishhh kenapa saya lalu dpn resto ni tak nampak pun banner ni? keee... sy yg x perasan? hmm

    ReplyDelete
  5. Baru makan minggu lepas. Memang sedap. Sosej dia pun besar.

    ReplyDelete
  6. Poster besar macam itu siapa je tak tergoda mama. Kalau saya pun saya tergoda. Lama dah tak maka A&W sebab susah nak nampak . Dia macam ada dekat tempat rare haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post