Setel Jab Booster - Pfizer Kuasa Tiga

Minta maaf tau seminggu lepas walaupun masih ada post kat blog ni tapi mama sebenarnya sangat sibuk. Semua post tu auto publish. Minta maaf mama tak sempat nak balas kunjungan kengkawan yang singgah sini. Bila ada masa nanti mama blogwalk slow2 ye.


Mama dah terima vaksin booster hari Isnin lepas. Risau gak sebab minggu sebelum tu memang sangat busy, minggu booster lagi la triple busy dengan mama organize management meeting untuk company lagi. Mujur juga tak clash tarikh meeting dengan tarikh booster mama. Mama ambil booster hari Isnin dan tarikh meeting hari Rabu-Khamis. Memang berdoa banyak agar kesihatan mengizinkan mama untuk organize meeting Rabu dan Khamis tu..

Baca ni juga:




Demam Tapi Tak Demam

Sebelum ni vaksin pertama dan kedua mama adalah Pfizer. Untuk booster pun mama dapat Pfizer. So dah jadi PPfizer kuasa tiga dah dia. Memandangkan sudah ada pengalaman side effect vaksin Pfizer, maka mama jadi lebih bersedia. Proses ambil vaksin pun alhamdulillah berjalan lancar. Kali ni mama pergi sorang aje ke klinik sebab en hubby ada program traning kat office dia. Selepas jab terus rasa tangan area pergelangan lenguh. Masa tu kat bahu tak lenguh langsung. Pelik pula kali ni. Esoknya baru terasa lenguh bahu.


Alhamdulillah, rasa mengantuk dan lemau badan memang ada tapi pada hari ketiga iaitu hari meeting mama tu,  ia dah berkurangan. Cuma rasa sakit dan lenguh di tempat injek sehingga ke pergelangan tangan tu seminggu baru hilang. Effect yang mama rasa pada 3 hari pertama yang ketara adalah perasaan mengantuk tu, dan juga badan rasa panas sampai mama mandi banyak kali dan tidur pun tak pakai selimut walaupun dalam aircond. Rasa macam panas demam sebab tak berpeluh.


Kepala dan badan rasa macam melayang, memang rasa macam demam tapi bila check suhu tak demam hihi. 36.6 aje. So, barulah mama faham statement "demam tapi tak demam" yang ramai kawan mama hadapi. Ada satu effect baru yang mama rasai iaitu sakit di bahagian ketiak. Risau gak kot ada bengkak ke kan. Rupanya ramai juga yg experience sakit ketiak selepas booster dose ni. Lega sikit bila mama tahu mama bukan sorang aje yg experience macam ni.


Lagi satu side effect yang ketara pada mama adalah degupan jantung dan rasa berdebar yang agak kuat. Mama pernah chitchat dengan auditor mama dulu diorang kata jab vaccine ni mmg sebabkan rasa berdebar tu. Mama perasan selepas 2nd dose dulu mama dah ada rasa berdebar tu. Tapi selepas kali ketiga ni terasa berdebar yang lebih kuat. Dia bukan sepanjang masa tapi ada masanya tetiba dia kuat dan buat kita rasa macam tak selesa. Huhuu harap takde apa2.


Apapun alhamdulillah sekarang mama bertambah OK. Semoga vaksin ni menjadi ikhtiar kita melawan  Covid. Kat sini dah ramai ke yang ambil booster. Sekarang ni memang tengah musim booster kan.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. sama jugak. memang sakit tangan dan sakit kepala seminggu. huhu

    ReplyDelete
  2. Saya Khamis minggu ini

    P.S: Saya terlepas tangkap nombor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek silap nampak. Belum lepas. Hehe.

      Delete
    2. Aikkk tadi kat blog mana ya, pun silap jugak NA ahahahahahahadoi

      Delete
    3. haha xpe NA, nanti jenguk lagi dah hampir dah no tu. takpe EU NA tengah semangat tu

      Delete
  3. Macam macam rasa bila dapat booster ni. Mujurlah tak ada kesan yang teruk. Dah dapat booster bulan lepas, saya sinovac + pfizer :)

    ReplyDelete
  4. samq fhizer . akak demam on off jga 3 hari dan sakit bwh lengan
    adoii mc jga la 3 hari

    ReplyDelete
  5. nampaknya lepas booster kena elak minum kopi la supaya takde perasaan berdebar. nervous nak ambil booster nanti sebab memang takut jarum

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal, amam kurangkan kopi selepas booster hiks. alamak sal takut jarum ke..

      Delete
  6. saya pun waktu cucuk pfizer second dose rasa macam nak demam tak demam sampai doktor pun tegur balik nanti makan panadol sbb badan rasa panas tapi scan suhu normal je..

    ReplyDelete
  7. PH pun demam juga hari tu, 2 hari...
    Alhamdulillah itu saja kesannya.
    Apapun harap semuanya OK utk mama juga...

    ReplyDelete
  8. wahhh tahniah mama dah lengkap booster!

    ReplyDelete
  9. Semoga semuanya baik-baik aja ya untuk Adda. Memang rasa lega sikit kalau side efek tu sama dengan orang lain, maksudnya bukan kita saja-saja cakap lah kan Adda.. maklumlah sensitif sikit sekarang nie kalau bab yang satu nie..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah settle jugak ambil booster bulan Okt aritu.

    Side effect sama cam mama cuma tang berdebar tu alhamdulillah takde :)

    ReplyDelete
  11. Kannnn. Dulu 2 dos kira lengkap. Sekarang 3 dos baru dikira lengkap.

    ReplyDelete
  12. kan mama..yg booster ni, bdn kita macam demam tak demam..tak tahu nak explain macamana..yg dah kena, tahu rasa dia tu..

    ReplyDelete
  13. saya Mc 1 hari lenguh 1 lengan mcm lembik and sakit kepala masa tu..

    ReplyDelete
  14. saya rasa saya dah komen kat sini. tak tau hilang pergi mana. masuk spam kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduyai sal nasib baik sal inform, mama check kat spam byk gak komen yg tak publish bukan sal sorang je.. sori ye sal

      Delete
  15. Akak lembik kesan booster..sampai hari ni lembik..badan sakit2, mengantuk...kerap lapar..hishhh

    ReplyDelete
  16. tq semua. effect vaccine lain2 ikut badan memasing. apapun mama doakan semuanya baik2 aje lepas vaksin ye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post