Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor

Walaupun kami bermalam di Kluang untuk satu malam saja, tapi kami sempat juga beli makanan dari Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor untuk dinner malam tu. Macam biasa, kami tapau dan makan bersama-sama keluarga yang kami lawat tu. Seronok makan beramai-ramai dan bersama cucu baru mama kat Kluang tu (mama dah jadi nanny tau! hehe) . First time jumpa dia sebab dia lahir masa PKP tau. Sekarang dah setahun 7 bulan dah umurnya. Comel dan bijak si Umar tu.


Kedai ni menjual makanan nasi arab dan mama suka deco kedai yang macam di fadang fasirun tu. Baca ni juga:



Menu Pilihan di Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor

Inilah menu pilihan kami sekeluarga. Disebabkan semua hantu kambing, maka kami beli menu kambing aje.

Nasi Arab Kambing Roasted, Ni macam typical nasi arab tu. Sedap kambing roasted tu.

Nasi Arab Kambing Taghin Daghin ni rasa dia macam sup tapi pekat sikit.

Nasi Arab Kambing Hanith Hanith ni macam masak merah tapi rasa dia macam sup merah. Eh, faham tke korang.. haha..

Yum.. yum.. jemput makan


Menu dan Harga di Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor

Berikut ialah Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor.











Pengalaman Makan Nasi Arab Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor

Alhamdulillah semua makanan dia sedap dan potion dia pun banyak juga. Kami beli 10 set nasi arab kambing dan kami total yang kami bayar ialah RM205. Harga masih mampu bayar la kan.

Semasa menunggu pesanan siap, mama jeling-jeling aje deco dalam kedai ni. Alahai bestnya makan bersila dengan keluarga. Tapi apakan daya kami dah janji nak makan dengan makcik mama di rumahnya. Maybe next time la kot.


Maklumat Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor


Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang Johor

Alamat: 6, Jln Idaman 1, Taman Idaman, 86000 Kluang, Johor
Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 11 pagi - 11 malam
Telefon: 011-1771 5044


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. nampak sedap tu. lama dah tak makan nasi arab. btw, kite follow ya. amat dialu-alukan singgah blog kite

    ReplyDelete
  2. Uish... tengahari ni, dapat pekena nasi arab memang sedap.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. jom ad, kat shah alam pun byk kedai nasi arab

      Delete
  4. bestnya menu kambing.
    wak orang Kluang pun belum pernah samai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo wak org kluang ye, dekat dah tu kalau nak makan nasi arab tu

      Delete
  5. Memang cantik la deko ala-ala negeri fadang fasir. Portion besar dan rasa sedap berbaloi juga. Tertarik pula saya tengok Piza Milo dalam menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sal, mama tgk aje dari luar. mmg terigin nak dine dalam tu. fefeeling fadan fasirun haha. manis kot rasa pizza milo tu kan

      Delete
  6. Nama menu yang Adda tulis pelik sedikit.
    Suka nasi Arab walaupun kadang-kadang tiada kuah.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh dekat Taman Idman Je ye. Bolehlah pergi nanti sebab suami plan bulan 12 nak balik Kluang nak tgk rumah sendiri.... TQ sharing kak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post