Makan Nasi Lemak Lobster JB Johor

Semasa di JB sempat mama dinner Makan Nasi Lemak Lobster JB Johor. Nasi Lemak Lobster JB ni boleh dikatan popular di JB so bila dah sampai sana mama tak lepaskan peluang beli. Mama tapau makan kat homestay aje. Ye lah, musim covid ni seeloknya kita elakkan dari dine in. Lagi pula ahli rombongan mama ni ramai dan terdiri dari orang tua dan budak-budak kecil. Maka, eloklah tapau aje kan.

Baca ni juga:

 

Menu Pilihan di Nasi Lemak Lobster JB Johor

Ini antara menu yang kami order

Lobster size medium. Korang tcompare size lobster dengan bekas makanan, memang nampak besar walaupun size medium kan. Sedap juga rasa nasi lemak dan lobster ni. Lobster tu macam masak steam.

Nasi lemak Sotong. Sotong ni favourite anak mama, memang sedap dan crunchy. Sekor sotong ni boleh share ramai-ramai tau. Tengoklah sizenya


Lamb chop, biasalah untuk anak mama yang tekak mat saleh tu hihi.. Sedap juga dan potion dia pun besar.

Nasi lemak Ikan siakap. Besar kan ikan siakap tu. Mama share ramai-ramai ikan ni. Sedap, goreng tepung..


Nasi lemak Chicken chop. Sedap juga. Setiap lauk yang ada goreng tepung semuanya sedap2 tau. Crunchy krup krap bila makan


Nasi lemak Udang galah.

Harga bagi total nasi lemak , Lobster 2, udang galah 1, lamb chop 1, chicken 2, Nasi Lemak kosong 1, siakap, ketam nipah, spaghetti adalah sebanyak RM 228. Mama rasa berbaloi juga kan. Memang puas hati makan ramai-ramai semua dapat merasa lauk sikit-sikit.

Nasi Lemak dimasak menggunakan beras basmathi dan sambal pun berasa sedap. Nasi lemak dia memang lulus, bila campur lauk-lauk tu lagi la sedap jadinya.


Maklumat Nasi Lemak Lobster JB Johor

Berikut ialah Maklumat Nasi Lemak Lobster JB Johor

Pinjam gambar dari story adik ipar mama

Nasi Lemak Lobster JB

Alamat: 88, Jln Setia Tropika 1/7, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan: 12:30 tgh hari–11:30 malam (Dibuka setiap hari)



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. sedapnya tengok udang galah dengan ikan siakap tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya semuaaa.. Saya orang Johor pun tak pernah lagi try.. Haha.. Sebab tempat sy nak ke sana agak jauh sikit la... Kepingin lobster tuuu.. Sedapnyaaaa aihhh!

    ReplyDelete
  3. menggoda tang udang galah dengan sotong gorneg tu, siakap tu pun nampak ranggup bila di goreng gitu kak

    ReplyDelete
  4. sedapnya... ni semua seafood menu utama lauknya ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya..guna beras basmathi, lg berbaloi dgn harganya..

    ReplyDelete
  6. rasanya berbaloi harga tu utk makan satu family..uishh besar ha udang galah tu

    ReplyDelete
  7. Terliur tengok semua makanan...nampak sedap- sedap tu ha...

    ReplyDelete
  8. Besar udang galahnya. Hehe jarang dapat bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  9. sedapnya tengok lobster tu. berbaloi la harga kalau rasa memuaskan hati

    ReplyDelete
  10. ya Allah. terus jadi lapaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

    ReplyDelete
  11. wah..saiz lobster, sotong, ikan semua nampak besar. berbaloi lah dengan harga dia...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post