Review Korean Drama Doctor John

Review Korean Drama Doctor John. Cerita Doctor John ni sebenarnya mama takde plan langsung nak tengok. Tapi disebabkan dia lalu lalang dalam recommendation youtube buat mama try usha cerita ni dan baca review. Terkejut juga bila baca review semua orang puji dan rating pun tinggi. Selalu bila mama baca komen akan ada komen negatif tapi dalam Review Korean Drama Doctor John langsung takde tau.




Itu lah faktor yang buat mama nak tengok cerita ni. Sebab review yg 100% positive termasuk lah sorang doktor ada komen dia kata medical scene semua masuk akal sehinggakan bacaan monitor masa CPR pun betul. Agaknya takde elemen meraban tu yg mama teringin nak tengok tu.


Review Korean Drama Doctor John

Tajuk Drama: Doctor John 

Genre : Medical, Romance

Jumlah Episod: 32 (dalam 16 episod aje sebenarnya)

Tahun tayangan: 2019

Runtime: Friday & Saturday 22:00

Pelakon : Ji Sung (Cha Yo-Han),  Lee Se-Young (Kang Shi Young),  Lee Kyu-Hyung (Son Seok-Ki), Hwang Hee (Lee Yoo-Joon)

Sinopsis Korean Drama Doctor John

Drama ni berdasarkan novel Jepun On Hand of God. Kisah tentang Dr Cha Yo Han seorang doktor  yang berkarisma dan pakar dalam bidang anestesiologi. Dia nampak angkuh tapi passionate utk selamatkan orang sakit. Satu hari dia dituduh membunuh pesakitnya dan dipenjarakan.

Dr Cha ni nampak macam gila sikit Dan ramai yg x suka dia


Kang Shi Young adalah seorang yg putus asa menjadi doktor setelah kemalangan ayahnya. Dia nak migrate ke oversea tapi pakciknya  seorang yg in charge di penjara meminta tlg dia beberapa hari bertugas di klinik penjara. Kerana ramai doktor yang tak tahan bekerja di situ, salah satunya disebabkan Dr Cha. So, kat situ Dr Cha dan Shi Young bertemu buat pertama kalinya dan menyelamatkan nyawa salah seorang banduan.

Akhirnya setelah Dr Cha dibebaskan, mereka bertemu lagi di hospital dimana Dr Cha jadi ketua unit anestesiologi. Episod ke episod seterusnya menunjukkan bagaimana team doktor di unit tu menyelesaikan setiap sakit yang pelik2. Selain dari medical, uniknya cerita ni ia juga menunjukakn side doktor macam mana diorang struggle dan emosi diorang setiap kali melayan pesakit. 

Ada juga episod yang tunjukkan penyakit ala2 Covid, dan cara bagaimana mereka menyelesaikannya. Selain dari topik-topik medical, ada juga topik hangat mengenai euthanasia. Setiap episod mendebarkan dan buat kita ingin tahu.


Rupanya Dr Cha ni ada sembunyikan yang dia sebenarnya menghidap sejenis penyakit unik yang tiada penawarnya. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena tengok. Menarik juga bila tengok cerita ni. Kesimpulan dari cerita ni ialah kita percaya bahawa hidup ini penuh dengan penderitaan dan drama ini memberitahu bahawa, sakit adalah apa yang membuatkan kita merasa hidup.

Overall mmg best cerita ni. Mama tengok dalam masa 3 hari je tau. Cerita dia menarik dan pelakon semua ada kekuatan sendiri. Plot pun OK. Ada elemen romantik dan suspen. Mama bagi 9/10 bintang atas lakonan yang padu dan plot yang menarik.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Memang pernah tengok. Memang ok, ada ketika menyentuh hati.
    Tahu Dr Cha sakit apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng..jeng NA pun layan juga cerita ni ye. best kan susah nak cerikan dalam satu post sebenonya haha

      Delete
  2. Akak baru habis tengok semalam...baru nak karang review..hahahaa....but citer ni memang best giler...last2 dia bercinta ngan Kang Si- Young

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehh sama plak kita ye.. saya tgk citer ni lama daa.. tp memang best kan. tak boring langsung

      Delete
  3. yezzaaa best citer ni.. suka doktor tu..
    ha sila tgk dia dalam judge devil hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tak jd tu? boleh lah mama layan lepas habis semua episod ditayangkan. lakonan ji sung mmg mantap betul

      Delete
  4. best juga drama ni, suka tengok dia dianose penyakit untuk patient dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suspen sgt kan dan boleh belajar byk ttg medical juga

      Delete
  5. kalai lakonan mantap memang menghiburkan juga

    ReplyDelete
  6. dah tengok cerita ni. memang best. Doc John. :-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post