Resepi Ayam Masak Bawang Mamak Style

Resepi Ayam Masak Bawang Mamak Style. Ayam bawang adalah favourite mama suami isteri especially kalau pergi kedai mama Khulafa Bistro kat seksten 14 Shah Alam tu. Memang sedap sangat dan akhirnya mama cuba buat sendiri ikut Resepi Ayam Masak Bawang Mamak Style ni. Jadi dan rasa dia memang macam yang mama suka sangat tu. So mama nak simpan kat sini supaya mudah nak refer nanti.


Resepi Ayam Masak Bawang Mamak Style

Resepi asal dari blog Mamak Haji. Tapi mama ada ubah juga ikut citarasam mama. Mama guna 4sudu serbuk kari, 2 sudu sos cili dan 2 sudu cili kisar. Selebihnya memang lebih kurang macam resepi asal mamak haji ni. Jom tengok resepi.





BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam berat dalam 1.6 - 1.8kg, potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
1 sudu besar Sos Tiram.
1 sudu besar Sos Cili.
1 sudu besar Sos Tomato.
2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 sudu besar pes bawang putih-halia.
1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
2 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA MEMASAK:


1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari yg telah goreng di atas hidangan anda.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Sekali pandang mcm rendang...
    nieyl tak penah lagi makan atau masak resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ramai sebenarnya x tau.. tapi mama mmg suka sgt tau nieyl

      Delete
  2. Pertama dengar resipi begini. Tengok bahan ok mudah sahaja.

    ReplyDelete
  3. kalau korang pegi mamak, biasanya dia jual ayam ni quarter, rasa dia pula macam kari+manis bawang+aroma daun pandan.. Haa.. korang bayangkan la macam mana ye..

    ReplyDelete
  4. First time dengar ayam masak bawang style mamak. Selalu kat mamak kita beli ayam goreng + kari. mama dah buat kita kena makan makanan mamak lah esok :(

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap.. msti bertambah nasik kalo mkn ni!

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap nie Adda, nanti boleh lah Kak Sue cuba juga..

    ReplyDelete
  7. Macam tak pernah rasa lagi masakan ayam masak bawang ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa...akak baru makan ayam masala pk zain masak semalam...

    ReplyDelete
  9. lama tak dine in kt mamak dengan member. tengok post ni rasa menitik2 air liur huhuhu

    ReplyDelete
  10. ayam macam sedap jer..

    ada peluang mahu juga cuba

    ReplyDelete
  11. Resepi yang menarik, boleh la teman cuba masak nanti... terima kasih kongsikan resepi nie...

    ReplyDelete
  12. mama dh agak ramai tak tahu ayam bawang ni. tapi mama anak beranak mmg suka lauk ni. puas ati bila masak sendiri rasa dia pun sama mcm kat kedai yg mama suka beli tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post