Rakan-rakan Yang Pergi Angkara Covid-19

Covid is real!! Please, and please take care ye korang semua. Dalam masa seminggu dua ni memang ramai sangat kematian dikalangan rakan-rakan dan juga ahli keluarga kengkawan mama. 3 orang rakan sekerja mama meninggal dunia, 2 rakan sekerja yang berlainan anak syarikat ada 2 orang meninggal.. 3 orang dari ahli keluarga rakan sekerja juga ada yang meninggal dan ramai lagi yang sedang kuarantin dan menerima rawatan akibat Covid-19. 2 antaran yang meninggal dunia disahkan bebas covid. Maksudnya mereka suffer prolong covid sehingga meninggal dunia

Tepek gambar perkampungan abadi kita nanti. Ni di sek 20 Shah Alam


3 orang rakan meninggal dunia angkara covid19

Sedihnya kehilangan kenalan begitu saja.. Malahan, mama sendiri melihat video jenazah salah seorang, Betapa pilunya melihat keadaan beliau. Dengan keadaan kain yang menutupi jenazah berdarah-darah dan luarnya ditutup dengan plastik hitam. Allahu dugaan besar buat ahli keluarga. Ketiga-tiga yang pergi ni mama lihat mereka ada persamaan. Mereka pendian, tak banyak cakap, jujur dan orang yang baik2

Mama share sikit kronologi mereka sebagai ingatan mama.

6/8/2021

Abg R - Meninggal pada hari Jumaat tarikh yg sama dgn Z. Pendiam dan malu-malu bila buat lawak. Selalu bawa makanan sedap2 kalau ada jamuan. Dulu dia part time bawa teksi mama selalu guna servis dia. Mula-mula dia menjadi contact rapat kepada Abg A dan akhirnya disahkan +ve bersama seluruh ahli keluarga beberapa hari selepasnya. Masa kuarantin di rumah keadaan dia tetiba jatuh ke stage 5 dan ambulan datang dan tiarapkan terus. Masa tu dia dah separa sedar padahal siangnya elok dia berborak etc macam biasa. Sampai hospital terus intubate sehingga la dia meninggal minggu depannya. Paru-baru, buah pinggan dan organ dalaman dia semua rosak


Z - Meninggal pada hari Jumaat tarikh yg sama dgn abg R. sangat pemalu, mama selalu tegur dia, saja usik2 dia sebab dia pemalu sangat. Tapi sepatah aje dijawab selalunya haha.. Dia jangkit daripada adiknya. Meninggal dunia ketika tidur pada tgh hari jumaat tu. Dia ada sakit lelah. Pagi tu mak dia ada gerak dia, dia kata dia ngantuk. Kes BID.


7/8/2021

Anak abang H - Abg H seorang yg paling sibuk jika ada kematian dikalangan staff. Anaknya kritikal pada hari R & Z meninggal tapi bapanya still prihatin dengan urusan pengebumian staff abg R dan Z, Tiba-tiba petang sabtu perginya satu-satu anak lelaki yang berusia 27 tahun.


12/8/2021

Abg A - Sangat sopan buila bercakap. Meninggal di malam jumaat. Selalu panggil mama dengan panggilan PUAN walaupun dia dah 50 tahun dan mama selalu suruh dia panggil nama aje. Dia yg terjangkit dulu dan berkemungkinanan jangkitkan pada abg R. Abg A ni rasa bersalah sgt pada abg R dan sempat minta maaf berkali2 pada abg R. Dia intubate selepas 2 minggu masuk hospital, ada sedikit jangkitan kuman di paru2.


Isteri abg S - Sangat pelembut  dan sopan santun bila berkata2 Meninggal di malam jumaat tarikh sama dgn Abg A.


Itu antara kisah kawan-kawan mama yang menjadi korban covid. Semoga Allah mengurniakan syurga buat mereka. Masih terbayang0-bayang mereka di depan mata sebab diorang selalu berjumpa mama atas urusan kerja. Urusan berkaitan dengan duit ni memang agak kritikal tapi mereka semuanya orang yang jujur dan selalu pantas fulllfill permintaan mama.


Ramai lagi kengkawan mama yg sudah pulih dari covid, dan tak kurang juga yang sedang melawan covid sekarang. Semoga mereka terus kuat dan terus sihat. Dari pengalaman mereka mama dapat lihat anytime boleh jatuh dari stage 1-5, 1-3 dalam sekelip mata. Memang semua ni tak terduga. 


Ramai juga yang hadapi prolong covid seperti susah bernafas, batuk2 dan tak kurang juga dari segi psikologi seperti malam terbangun dari tidur setiap sejam, rasa murung, sedih dan sebak secara tetiba. Allahu, besar consequence dari covid walaupun dah sembuh. 


So, pls gais, jaga diri baik2. Walaupun dah ada byk kelonggaran sekarang ni, mama still advise kita semua marilah kekalkan SOP yang ketat. Tahan dulu diri dari pergi dine in kat kedai makan dan pergi shopping2. Ini bukan masanya. Sayangi diri dan ahli keluarga ya.. Kepada semua yang terjejas dengan covid mama dioakan semoga semuanya dipermudahkan buat korang ye. amin.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Innalillahi wainnailahi rojiunn.. penuh duka dan airmata setiap hari sejak kita diujiNya dengan pendamik ini, semoga semua ini akan segera berakhir..aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman. Kematian itu pasti. Mereka yang hidup harap ambil iktibar dan banyakkan buat kebaikan kerana tidak tahu bila ajal tiba.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Salam takziah buat seluruh keluarga arwah yang telah tiada.. Sesungguhnya hidup dalam zaman covid ni serba x kena dibuatnya.. Hidup dalam ketakutan je kadang2 tu.. Bila2 masa nyawa bole dicabut.. Semoga kita yg masih hidup dilindungi dari oenyakit2 berbhaaya ni

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainnailahi rojiunn..semoga kesemua arwah ditempatkan di kalangan para solihin dan tenang di negeri abadi...amin...

    ReplyDelete
  5. semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  6. kejadian yang nenginsafkan.

    dulu saya tidak terfikir Covid boleh membawa kematian.

    tetapi varian baharu ini agak ganas

    boleh membunuh tanpa kira usia dan tahap kesihatan

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat seluruh kaum keluarga yang terlibat. Selagi tak kena dekat family sendiri, memang ada yang tak percaya kan mama. Apa apa pun, semoga arwah semua ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  8. COVID19 is real! Dalam syarikat cida sudah lebih 10 orang meninggal dunia. Kawan 1 tempat belajar ada yang meninggal dunia. Awal dulu kita dengar kebanyakkan warga emas. Varian baru ni tak kenal usia. Takziah pada ahli keluarga kesemua arwah. Jaga SOP

    ReplyDelete
  9. Salam Takziah. Covid memang real cuma ada yang masih rasakan benda tu tak real. Tak faham kenapa. Bahaya covid ni serang organ penting.

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwaiinailaihirajiuun. Syukurlah abe kie pulih drp covid tahap 4...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihirojiunnn.. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang beriman dan ahli syurga.

    Mama ammi pun meninggal 3 minggu sudah sebab covid. :(

    ReplyDelete
  12. Innalillah. Sedihnya mama kehilangan begitu ramai kenalan dalam masa yang singkat. Varian baru ni memang lagi dahsyat kesannya. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah angkat virus Covid ni secepat mungkin.

    ReplyDelete
  13. Salam Takziah buat semua ahli keluarga arwah!
    Al Fatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ
    Alfatihah...
    salam takziah buat keluarga mereka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post