Percubaan Beli Frozen Food kat Shopee

Percubaan Beli Frozen Food kat Shopee. Dah lama sebenarnya mama dengar ada frozen food dijual di Shopee. Antaranya satay frozen kawan kepada kawan mama. Mama pernah jumpa dan order dari adik tu secara direct. Memang sedap satay dia. Dan bila mula PKP dia mencuba jual kat Shopee dan order yang diterima dari JB hingga ke pantai timur pun katanya selamat sampai dalam keadaan baik. Tapi mama yang selalu sceptical ni sampai sekarang tak pernah order lagi dari dia.


Alkisah, kawan mama yang selalu mama order kuih frozen telah disahkan positive covid, maka tiadalah stok di rumah. So, mama pun cuba beraniikan diri beli melalui Shopee.. Baca ni juga:


Tak banyak mama order cuma roti bom, karipap, popiah dan cucur badak. Almaklumlah percubaan dulu. Kalau lulus boleh order lagi.

Sengaja mama pilih seller yang menetap dab berlokasi di Selangor dan mendapat komen yang positif. Alhamdulillah semua barang diterima dengan selamat, still beku masa terima tu. Mama dah selamat masak guna air fryer dah semuanya kecuali popiah. Semuanya sedap2 belaka. Memang seronok ada air fryer ni, semua dump dalam tu, bila tiba masanya dah siap aje.. Tak perlu guna minyak pun.

Nampaknya boleh dipercayai juga la beli frozen food melalui online ni. So, selepas ni boleh lah mama order lagi. OK tu je la nak citer kali ni.. tataa korang..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

31 Comments

Words of wisdom

  1. Saya tak pernah cuba lagi beli frozen food dari Shopee.

    ReplyDelete
  2. Selalunya bukan seller yang bermasalah, tapi courier. Alhamdulillah cepat sampai. Pilih negeri yang sama itu memang bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tq sal.. mam tgk review byk gak order dari negeri lain, tapi kena add onn cool box tu

      Delete
  3. mungkin dalam negeri sama seller blh pos, kalau lain2 negeri takda kot.. haritu ada org jual durian crepe dlm shopee mungkin dia cod kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain negeri pun ada unaizah. mama tgk ramai aje yg oder tau

      Delete
  4. Menarik ni. Senang juga beli frozen food kat shopee. Yang penting kena cari yang dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. to be safe, ye.. macam mama la masih ragu2. kalau dh confident boleh try dari negeri lain pula

      Delete
  5. alhamdulillah, betul tu mama yang penting kita baca review seller dulu kan, kak ana pun tak pernah beli frozen dari shopee ni lagi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, review seller dulu kalau ramai kata terima barang dgn baik so boleh la try

      Delete
  6. Tak pernah beli lagi frozen food. Boleh cuba juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try beli dari seller dekat2 dulu mcm mama

      Delete
  7. Berapa hari sampai tu? Masih sejuk lagi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama rasa dia ada runner hantar sendiri. tak guna pos. mana2 yg luar klang valley baru dia pos itupun sekali cool box

      Delete
  8. pernah beli frozen daging perap, alhamdulilah nasib masa sampai masih sejuk beku lagi..

    ReplyDelete
  9. Dah lulus ni, boleh ulang beli lagi kan mama :)

    ReplyDelete
  10. Pernah beli kulit popiah frozen je dari Shopee. Alhamdulillah selamat. Seller siap letak ice pack lagi.

    ReplyDelete
  11. Belum ada pengalaman beli makanan frozen dekat shopee , kalau seller bagus pos tak pendam parcel alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap xde kes perap mcm ni la.. susah nanti

      Delete
  12. Betul itu cuba dahulu. Hehe lepas ini ada keyakinan untuk tambah jumlah belian.
    Apapun saya suka cara COD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau cod boleh check brg dulu sebelum bayar kan

      Delete
  13. dana pun macam akak, risau barang tak sampai atau lewat sampai...
    menarik jugak ya kalau boleh order di shopee... kadang kita nak mengudap-ngudap, nak buat minum petang ke kan... nak buat sendiri kurang rajin heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tau xpe. dana akak tau mmg rajin, tapi kak ni sejenis malas nak buat kuih2 ni hihi

      Delete
  14. penah jg terfikir yg jual frozen food ni mcm nn diorg hntr brg? ya.. betul jg tu. mungkin diorg ada runner sendiri. kalau gn courier biasa alamatnya hancurlah makanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada juga yg gunakan khidmat courier tapi mama tak pasti courier special utk food atau courier biasa

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post