Koleksi 4 Resepi Aneka Lamb Dan Daging Grill

Koleksi 4 Resepi Aneka Lamb Dan Daging Grill. Harini mama nak kongsikan Koleksi 4 Resepi Aneka Lamb Dan Daging Grill yang memang nampak sedap dan masakan pun style sihat. Ye la bakar dan grill ni boleh kurangkan miniyak so badan boleh jadi lebih sihat insya Allah. Jom kita tengok.


Koleksi 4 Resepi Aneka Lamb Dan Daging Grill






4 resepi yang mama nak kongsikan ialah Resepi Lamb Grill & Cheezy Chicken Grill, Resepi Grill lamb black pepper., Resepi Daging Bakar Danok dan Resepi Bulgogi @ Korean Grilled Beef.


Resepi Lamb Grill & Cheezy Chicken Grill


Bahan2:
6keping Lamb shoulder
4ulas bawang putih-ditumbuk
2sb sos tiram
2sb sos black paper
1sb kicap
1sb seasoning maggi
1sk serbuk pati ayam
1sb Italian mix herbs
1sk serbuk lada hitam
3helai daun bay
Garam

Cara²:
1.Perap lamb dengan semua bahan2 di atas semalaman atau sekurang²nya 2 jam. Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk.
2.Panaskan non-stick pan, masukkan sedikit minyak zaitun kemudian grill atas pan. Balik²kan hingga masak. Jgn masak terlalu lama utk elakkan over cooked.

Black paper sauce
Bahan²:
1biji bawang holland- dadukan
3ulas bawang putih- cincang
1helai daun bay
3sb serbuk lada hitam
1sk serbuk pati ayam
2sb sos tiram
4sb kicap manis
1sk Italian mix herbs
1cawan susu full cream
1sk tepung jagung- larutkan dgn sedikit air
1sb mentega

Cara²:
1.Panaskan mentega di dalam sauce pan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan susu dan semua bahan2 lain kecuali larutan tepung jagung. Kacau hingga sebati dan tutup api.
2.Masukkan sos ke dalam blender, kisar hingga lumat, kemudian masukkan semula ke dalam sause pan. Masak hingga mendidih dan tambahkan larutan tepung jagung tadi. Sentiasa kacau hingga sos menjadi pekat. Tambahkan kicap manis jika perlu hingga warna sos menjadi gelap. Siap!

*Cara masak ayam dan bahan perapan sama dgn lamb.
*Semasa menghidang ayam, letakkan kepingan keju di atasnya ketika ayam masih panas.
*Kalau ada bahan yg kurang dalam sos black paper tu sila adjust sendiri sbb kita masak main campak2 je tadi.he he..

Kredit resepi : Suzana Othman (Group MAHN)


Resepi Grill Lamb Black Pepper.

Bahan-bahan
4-5 slice lamb/kambing( yanti suka pilih slice yg besar2 sbb puas nk makan nnti..)
8-10 sudu sos black pepper( yanti guna jenama kimball & suka lebihkn...😉)
4 sudu minyak
2 sudu tepung jagung
5-6 sudu air
* sedikit serbuk lada hitam, gula & garam.

Cara buat:
1) bersihkn kepingan2 kambing tadi, lumurkn dgn asam limau spy bau hanyir hilang.
2) bersihkn dgn air, & toskan..
3) lumurkan / masukkan semua bhn tadi dlm mangkuk kambing & perapkan selama sejam @ lebih.
4)time proses pemerapan tu kena tutup ye...nnti syaitan jilat pula.kambing tu .., yanti wrap & simpan dlm petiais.
5) bakar tu jgn garing sgt, nnti daging jadi keras... so, biarkan ada juice sikit2....daging still lembut. Yanti bakar dlm pemanggang ajaib je.... senang! 10-15 min dh siap.
6) oppss..., sblum lupa.. kalu ada sos2 yg melekat kat dlm pemanggang tu jgn buang. Tambahkn air dlm secawan & biarkn mdidih.. dah pekat, tuang je atas kambing bakar tadi... wallllaaaa..... dah siap!!!! Nk makan hari2 pun tak pe..., sbb makanan sunnah. Nabi suka makan kambing...

Cdt yanti tawau


Resepi Daging Bakar Danok


Bahan-bahan:
➡️ Daging 1kg
➡️ Bawang putih 12 ulas
➡️ Bawang merah 4 ulas
➡️ Kicap manis 8 sudu besar
➡️ Sos tiram 4 sudu besar
➡️ Garam
➡️ Ajinomoto ikut citarasa
➡️ Serai 4 batang

Cara Membuatnya
➡️ Cuci daging.
➡️ Kisar semua bahan lain
➡️ Gaulkan bahan kisar dengan daging
➡️ Perap sekurangnya 2 jam
➡️ Letakkan sedikit minyak dalam periuk magic
➡️ Bakar di dalam periuk magic sehingga masak

Cdt farhana zainudin


Resepi Bulgogi @ Korean Grilled Beef


Bahan:-
500g daging (potong berkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1sk cuka
3sb gula
4sb kicap manis
1sb sos lada hitam
1sk soya sauce
1sb minyak bijan
1sk cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

Bahan hiasan:-
daun bawang(hiris pjg dlm 2cm)
bijan (sangai)

Cara-cara:
1) Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan. Kacau rata.
2) Masukkan daging. Kacau sampai semua daging bersalut.
3) Perap 3 jam.
4) Guna nonstick fry pan. Grill/bakar letak sekeping sekeping. Masukkan sekali bawang yg dihiris masa bakar.
Siap!! angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan.

Kaedah masak lain yg mudah dan agak berkuah tapi rasanye same je..
Pakai nonstick fry pan. Just masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dlm fry pan. Masak sampai daging masak.. tabur daun bawang dan bijan.

Sedap dimakan dengan nasi panas2 @ wrap dengan salad letak kimchi sikit

Kredit resepi: Nurul Suhada Mazlin

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post