Ramadhan Kareem. Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih

Ramadhan Kareem. Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih. Sekejapan dah nak masuk bulan Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan tahun ni. Disini mama nak share Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih. Semoga ibadah puasa kita semua diterima oleh Allah. Di kesempatan ini mama ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada tersalah dan tersilap. Doakan mama sentiasa sihat ye..

Post ni juga adalah post lama mama tau. Mama saja up balik utk remind diri mama. Boleh kita baca sama-sama. 


Niat Puasa Ramadhan Dan Niat Buka Puasa

Jom kita berniat puasa Ramadhan sama2. Selamat beribadat semua

IMG_20200423_182103_copy_539x643
Niat Puasa Dan Niat berbuka Puasa

Niat Puasa Harian


Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini keran aAllah taala


Niat Puasa Sebulan:

Nawaitu sauma syahri ramadhana kullihi lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah taala

Doa buka puasa

Allahumma lakasumtu wabika aamantu wa'alarizqika afthort birohmatikaya ar hamarrahimin


Cara Melakukan Solat Terawih

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Mari sama-sama refresh cara melakukan solat terawih. Walaupun solat di umah saja tapi masih boleh dilakukan berjemaah bersama keluarga Dan rakan-rakan..

Niat Solat Sunat Terawih

IMG_20200423_182211_copy_539x668

● Niatnya solat seorang (tidak berjemaah) :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

IMG_20200423_182421_copy_539x732

Zikir memulakan dan antara  Solat Terawih


● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

IMG_20200423_182454_copy_539x601

Bacaan Zikir Dan doa selepas  Solat Terawih



Solat Sunat Witir

IMG_20200423_182255_copy_539x238

Niat Solat Witir


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

IMG_20200423_182539_copy_539x684

Bacaan sebelum Dan selepas  solat witir



IMG_20200423_182343_copy_539x365
Doa qunut dibaca dalam solat witir terakhir bermula malam ke 15 ramadhan



IMG_20200423_182512_copy_539x527

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..


Semoga di bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.. Bersama-sama kita menghayati Ramadan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah SWT dengan mengharapkan keampunan-Nya.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. selamat menyambut Ramadan.

    jom tingkatkan mutu puasa kali ini

    ReplyDelete
  2. Selamat Bepuasa Mama PP, Ramai yang ulang kaji semula Bab Puasa dan bulan Ramadhan ni... terima kasih diatas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Selamat menunaikan ibadah puasa mamapipie dan keluarga. Semoga ramadhan kali ni lagi baik dari sebelum ni :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan mama. Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Adda, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Salam ramadan 1442 H
    Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. selamat menyambut puasa kak..

    ReplyDelete
  8. hari ni dah 7 ramadan... 7 hari lagi nnt dah mula baca qunut

    ReplyDelete
  9. yes sesi ulang kaji... terima kasih Mama..

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan Adda.. baru sempat menyinggah sini..

    ReplyDelete
  11. selamat menjalankan ibadah puasa

    ReplyDelete
  12. Thank you sharing nya mam 🤗. Ini membantu kalo ingin mengajarkan anak2 latihan sholat tarawih. Dan lagi terkadang saya harus sesekali membaca cara2 dan doa ttg tarawih dan witir, terkadang bisa saja lupa kan. Apalagi doa2 nya.

    ReplyDelete
  13. Semoga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik kita & Allah ampunkan semua dosa kita. Aminn.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post