Review K-Drama Kingdom

Review K-Drama Kingdom. Selepas habis tengok cerita ni baru tau rupanya Kingdom ni based on comic series The Kingdom of the Gods by Kin Eun-hee. Ooo dari komik rupanya. Kingdom ni mama tengok sebelum cerita Mr Queen lagi. Reason mama tengok sebab jalan cerita dia ada kelainan. Ada zombie pada zaman dahulu iaitu Joseon Period. Ini lah first time mama tengok cerita zaman dulu Korea tau. Review K-Drama Kingdom.







Bila tengok cerita ni memang sakit perut sebab takut haha. Sedikit menyesal pun ada sebab mama ni tak berapa gemar citer zombie ganas. Agaknya sebab muak tengok cerita The Walking Dead yang mama tengok dengan En hubby sampai 10 season kot. Tapi memang respek zombie dalam citer ni memang aktif, laju dan menakutkan. Overall cerita ni OK sangat


Gambar dari sianwiki.com. Kingdom Season 1


Mama terus tonton 2 season sebab cerita dia bersambung. Satu season baru ada 6 episod so, sekejap aje habisnya..


Season 2


Review K-Drama Kingdom

Untuk drama Kingdom ni mama bagi rating 8/10. Cerita dia bagi season 1 agak slow tapi jalan cerita memang best. Bila masuk season 2 terus laju cerita dia dan excited nak tengok ending. Masa season 2 terserlah kredibiliti hero sebagai seorang putera mahkota dan ada juga babak sedih sampai menangis mama huhu.. Ini detail drama ni. 

Drama: Kingdom

Episod: 6 (each season 1 & 2)

Tarikh Tayangan: 2019 

Genre: Horror, zombie, thriller, historic

Pelakon: Ju Ji-Hoon (Lee Chang), Bae Doo-Na (Seo-Bi), Ryoo Seung-Ryong (Jo Hak-Joo), Kim Hye-Jun (Queen0, Kim Sang-Ho (Moo-Young)

Sinopsis Kingdom

Penyakit misteri yang menyebar membuat orang ketakutan ketika raja sedang sakit. Putra Mahkota Lee Chang (Ju Ji-Hoon) telah pergi menyiasat perkara misteri ini. dan dia sangsi sebab ternampak sesuatu yang menyeramkan dan menyelinap ke istana Raja. Dia melihat raksasa bayangan melalui pintu dan mencium bau busuknya, tetapi dia dikawal dari bertemu Raja.

Untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Raja, Putera Mahkota Lee Chang dan Moo-Young melakukan perjalanan ke klinik Jiyulheon di Dongnae yang jauh untuk berjumpa doktor. Semasa mereka tiba, mereka mendapati klinik itu sudah runtuh dan mayat ditemui di bawah bangunan. Putera Mahkota Lee Chang dan Moo-Young kemudian mengetahui bahawa satu-satunya orang yang selamat dari klinik tersebut adalah anggota kakitangan perubatan Seo-Bi ​​( Bae Doo-Na). Ketika mereka akhirnya menemui Seo-Bi, dia memberitahu mereka bahawa orang mati yang mereka lihat di klinik tidak mati dan mereka akan segera bangkit untuk membunuh.




Queen.. boleh tahan gak jahatnya walau muka nampak innocent

Queen iaitu mak muda Putera mahkota inginkan anak yang dikandungnya menjadi raja,dan bukan putera mahkota. Queen Jo (Kim Hye-Jun) dan ayahnya Ketua Majlis Mesyuarat Negara Jo Hak-Joo (Ryoo Seung-Ryong) melarang orang berjumpa Raja. Ada perkara yang mereka sembunyikan dan ada agenda tersembunyi.


perang..


Plot cerita ni menarik dengan politik dan juga thriller dan horror akibat zombie. Setiap watak ada kekuatan tersendiri. Geram gak bila lihat pemerintah sibuk dengan politik, padahal zombie-zombiw tu dah makin hampir. Putera mahkota ada kredibiliti dan berlainan dengan pemerintah lain yang gila kuasa, dia lebih pentingkan rakyat. 

gambar dari imdb


Masa ni sedih sangat. Walaupun Moo-Young, pengawal Putera Mahkota ni ada buat salah tapi Putera Mahkota tetap maafkan dia dan harap dia terus hidup. 

Overall, citer ni memang worth untuk ditonton. Ada yang pernah tengok tak citer ni?


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Selalu mesti pasal rebut takhta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la Na.. bila tgk citer lama korea mmg gitu politik diorang kan

      Delete
  2. Lama tak layan Korea citer zaman maharaja memang best... kalau dah mulakan tak boleh nak stop he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis la kalau dah start.. jadi macam saya la bonde haha

      Delete
  3. ada plan juga nak tengok drama ni sebab ada Ju Jihoon lepas tu terus cancel bila tahu cerita dia ada zombie. seram..hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Sue dah tengok dah cerita nie Adda. Memang best. Kak Sue pula, kebetulan memang suka KDrama cita lama-lama pasal raja-raja macam nie..

    ReplyDelete
  5. Ni pun nak masuk list. Ada nampak haritu tapi lupa tengok.

    ReplyDelete
  6. Tak sabar tunggu seasons 3.. Cerita paling ohsem yang Sha suka walaupun berseasons..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post