Cara-cara Set Up Akaun IGLinks Hanya Dalam Masa 5 Minit?

Cara-caraSet Up Akaun IGLinks.io Hanya Dalam Masa 5 Minit? Ramai sungguh kenalan mama termasuklah geng-geng blogger dan influencer yang mama kenali mempunyai akaun Instagram. Malahan tak keterlaluan jika mama katakan Instagram adalah platform wajib yang ada pada seseorang influencer tu. Ini kerana kita boleh memaksimumkan sepenuhnya akaun Instagram dan menjana pendapatan melaluinya. Korang pernah dengar tak tentang IGLinks? Kat sini mama nak share Cara-caraSet Up Akaun IGLinks Hanya Dalam Masa 5 Minit.

IGLinks mama. Paparan ini akan keluar jika korang klik link di profile IG mama. Cantik, simple, mudah dan praktikal. Kalau korang nak minipage macam mama ni sila baca sampai habis ye.

Mengapa IGLinks?

Seperti semua sedia maklum, kita boleh masukkan link melalui profile dalam Instagram, Seringkali ini menjadi dilema kerana sebagai seorang seorang influencer, kita ada banyak media social link yang ingin kita masukkan tetapi malangnya hanya satu link saja boleh diletak di profile. Kerana itulah mama memilih IGLinks.io.  

IGLinks, Semua Link Dalam Satu Page

Mari mama share kebaikan IGLinks. Ini adalah berdasarkan pengalaman mama sendiri. Antara perkara yang mama sendiri rasai selepas menggunakan IGLinks  diringkaskan seperti di bawah:
  • Interface yang ringkas dan straighforward - kita boleh pilih layout yang diingini.
  • Boleh himpunkan kesemua link media social dalam satu minipage - rasa lega sangat kerana kesemua link media social mama sudah boleh dihimpunkan dalam satu page
  • Mudah bagi follower untuk hubungi kita melalui link yang diingini - Ini memudahkan interaksi dan mereka tidak perlu bersusah payah mencari link media social yang diingini untuk menghubungi kita.
  • Sesuai digunakan bagi akaun bisnes dan affiliate - Sesiapa yang ada akaun bisnes dan affiliate sangat sesuai menggunakan IGLinks kerana boleh klik link dan terus Whatsapp 
  • Perkhidmatan percuma - IGLinks ini tidak perlu bayar apa-apa. Namun begitu, korang boleh juga menggunakannya secara berbayar dengan harga berpatutan jika perlukan perkhidmatan tambahan seperti template tambahan, analysis, dsb.
Pilihan Plan dan Harga


Bagaimana Set Up Akaun IGLinks Hanya Dalam Masa 5 Minit?

Sangat mudah untuk set up akaun IGLinks. Tak sampai 5 minit dah siap. Korang boleh lihat langkah demi langkah yang mama sediakan di bawah:

1. Masuk link ini http://www.iglinks.io/
Klik Get Started For Free

2. Masukkan email address & password dan sign up untuk akaun baru.

3. Masukkan link address yang diingini. 
Mama letak nama instagram mama untuk kesinambungan..

4. Sekarang adalah masa untuk design minipage kita. Korang boleh masukkan title, gambar, text dan link di sini. Korang juga boleh pilih layout yang disukai.

5. Masukkan kesemua link media social kita.
Yeyy, akaun IGLink kita dah berjaya dibuat. Mudah saja kan. 

Cara Masukkan IGLinks ke dalam Instagram

Sekarang kita sudah ada akaun IG Link sendiri. Sudah tiba masanya untuk letak IGLinks kita ke dalam Instagram pula. Caranya mudah saja.

1. Di website IGLinks, korang pergi ke Dashboard dan copy address IGLinks kita.
2. Log in ke akaun Instagram, klik edit profile dan paste link tadi.
3. Siap!
Yeay, dah siap. Mudah saja kan. Jadi, mudahlah lepas ni follower mama nak berhubung dengan mama nanti.


IGLinks, Mudah dan Praktikal

Bagi yang ada kesukaran dan keliru macam mana nak masukkan dan optimumkan page IGLinks.io korang boleh rujuk gambar ni:

Cara masukkan link dan edit page supaya IGLinks kita boleh digunakan secara optimum.

Amacam, mudah saja cara untuk set up akaun IGLinks ni kan. Kalau berminat boleh klik link IGLinks.io yang mama berikan di atas. Takkan ada masalah untuk set up sendiri akaun IGLInks sebab terlalu mudah. Korang boleh mula dengan FREE plan saja sebab plan tak berbayar ni pun dah cukup menarik. Selamat mencuba!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. Tq share mamapp. Ada masa nak explore dan cuba.

    ReplyDelete
  2. This article is awesome! Also, IGLinks.io now has new themes, they are so prettyyyy!! Whoever is interested should check them out =)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post