Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021, Senarai Sekolah, Link dan Tarikh Permohonan

Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021. Tahun 2020 memang mencatatkan sejarah sebab anak-anak yang ambil peperiksaan seperti UPSR tidak dapat menghadiri peperiksaan seperti tahun sebelumnya akibat pandemik Covid 19, termasuklah anak mama. Namum begitu ada format lain untuk pemilihan ke sekolah SBP dan sekolah berasrama. Sini mama nak share Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021, Senarai Sekolah, Link dan Tarikh Permohonan dibuka.


Dalam list di bawah ada yang mama dah apply dan ada yang sedang diisi. Semoga ada rezeki anak mama bersekolah di sekolah berprestij. Pemilihan sekolah amat penting kerana ia akan mewujudkan environment untuk anak kita. Kalau environment berprestij maka secara tak langsung ia akan membentuk sahsiah anak itu nanti. Korang setuju tak? Jom mama Share

Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021


1. Sekolah Khusus (SBP/SMKA)

Bagi sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama:
  • Tarikh permohonan online: 7 Sep - 2 October 2020
  • Link daftar permohonan : https://spskt1.moe.gov.my
  • Perlu menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Tarikh semakan menduduki PKSK: 7-23 Oktober 2020
  • Tarikh peperiksaan PKSK : 12-23 Oktober 2020
  • Semakan keputusan tawaran : 15 Jan 2021


2. MRSM

Bagi Maktab Rendah Sains Mara:


3.  Sekolah Seni Malaysia (SSeM)


  • Tarikh permohonan online : 21 Ogos 2020 sehingga 20 Oktober 2020.
  • Sesiapa murid Tahun 6, 2020 yg mempunyai bakat dalam bidang Tari, Teater, Muzik dan Visual dialu-alukan untuk memohon.
  • Permohonan boleh dibuat dalam link di bawah. Syarat dan kelayakan ada dalam link tersebut. https://essem.moe.gov.my/








4. SABK 

Untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan- penempatan di bawah JAIS/KAA (Kelas Aliran Agama) di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Bagi murid yang ingin mendaftar ke bersekolah agama
  • Tarikh permohonan : seblm 20 September 2020(di uruskan oleh pihak sekolah Kebangsaan)
  • Calon boleh memohon hanya 1 sek aliran KAA dan 1 SABK sahaja.

5. Sambest/MITS (JAIS)

Bagi Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, untuk murid yang ingin bersekolah agama di Selangor
Maklumat dari sekolah agama. Yang ni mama apply sama dgn SABK melalui sekolah juga.


6. SABK bawah MAIWP - Smista / SMA MAIWP

Utk murid yg bersekolah agama terutama nya di KL. Ada kuota utk luar KL(tidak pasti jika ada perubahan utk kemasukan 2021). Sila layari website MAIWP utk maklumat terkini. https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/


7. Sekolah Sukan Malaysia

Tiada maklumat terkini (jika berminat, sila ke website dr masa ke semasa) atau bertemu guru PJK sekolah


8. Sekolah Swasta 

Sila layari website sekolah yang terlibat seperti
- Kolej Yayasan Saad, Melaka [ Baca sini Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) Tahun 2021 ]
- Maahad Integrasi Tahfiz Madinatul Huffaz, Gombak https://tahfizmadinatulhuffaz.com/v3/
- Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor, Sabak Bernam https://www.facebook.com/MITTIS.SB/


Kebanyakan maklumat ni mama dapat dari pihak sekolah dan ada yang mama cari sendiri. Sebagai panduan ibu dan ayah yang sedang mencari sekolah menengah untuk anak-anak tahun 2021 nanti. Semoga bermanfaat.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga murah rezeki pada yang memohon

    ReplyDelete
  2. Ammi belum hantar lagi permohonan SBP sebab cikgu skolah kata dorang sedang siapkan TP utnuk dimasukkan dalam permohonan tu nanti.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan ibubapa yg nk memohon nnt..

    ReplyDelete
  4. Ada 10% bahagian bersemuka tu yang susah agaknya.

    ReplyDelete
  5. Kalau lah dulu rabia apply masuk asrama mesti best

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post