Cara-cara Menjana Pendapatan Sebagai Seorang Influencer? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, September 25, 2020

Cara-cara Menjana Pendapatan Sebagai Seorang Influencer?

Bagaimana Menjana Pendapatan Sebagai Seorang Influencer? Untung bagi seorang influencer kerana mereka boleh menjana pendapatan sambil melakukan apa yang disukai. Contohnya bagi mama sendiri, mama suka menulis di blog sendiri dan mendapat kepuasan dengan menulis di blog ini. Sambil membuat apa yang mama suka, tentu seronok jika dapat menjana pendapatan melalui apa yang mama sukai ini kan. Bagaimana Menjana Pendapatan Sebagai Seorang Influencer? Nak tau rahsianya? Jom baca sampai habis. 



Zaman sekarang ini adalah zaman teknologi dimana semua orang banyak menggunakan media social dalam membuat keputusan membeli. Contohnya jika kita nak beli apa-apa selalunya kita akan survey melalui internet saja. Lebih-lebih lagi musim pandemik seperti sekarang ini kita jarang keluar rumah, kan. Sudah sepertinya kita akan menggunakan platform online untuk membeli barang. Jom, mama kenalkan korang dengan Confirmpluschop.

Apa Itu Confirmpluschop


Korang pernah dengar tak tentang Confirmpluschop? Confirmpluschop dibangunkan oleh SushiVid. Tentu ramai yang kenal SushiVid kan. Ia adalah sebuah syarikat influencer marketing dimana ramai influencer bekerjasama dan mendapat pendapatan darinya. Berdasarkan pengalaman mama, memang sangat senang berurusan dengan SushiVid. Terdapat banyak cara untuk menjana wang melalui SushiVid. Antaranya melalui penulisan artikel, GoSharelah dan yang terbaru ialah Confirmpluschop. Kalau nak tau Confirmpluschop jom baca lagi sampai bawah.



Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Confirmpluschop?



Di bawah ini mama senaraikan langkah demi langkah bagaimana untuk mengguna dan menjana pendapatan melalui ConfirmPlusChop.

1. Pertama sekali, korang kena ada akaun Sushivid. Jika belum ada sila sign up (kena menepati syarat Sushivid iaitu perlu ada sekurang-kurangnya 3000 follower) dan kemudian log in sebagai 'influencer’ di website https://go.sushivid.com 

2. Klik 'New campaigns' dan pilih ‘Sell’. Kita akan di bawa terus ke ConfirmPlusChop. Di situ ada ada list produk yang boleh dipilih. Kalau nak tengok senarai produk selanjutnya boleh klik 'view more' di bawah tu.
Dibahagian Sell, Klik View More


3. Pilih produk yang diingini dan klik 'request for sample'. Jika kita terpilih, nanti kita akan dapat notifikasi dari pihak ConfirmPlusChop dan berurusan untuk pengeposan sample product.

4. Setelah mendapat produk kita boleh mula menggunakan produk tersebut dan selepas itu berkongsi pengalaman tentang produk tersebut di media social. Kita boleh buat seberapa banyak post/stories untuk memberikan kesedaran kepada pembaca dan menimbulkan minat kepada produk tersebut. Contohnya kita boleh upload ig stories di Instagram untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk serta sertakan link di fungsi Swipe Up terus ke page ConfirmPlusChop kita.

Contoh page ConfirmPlusChop 


5. Jika ada yang berminat untuk membeli produk tersebut, segala urusan pembelian akan dilakukan di laman web ConfirmPlusChop tu. Kebaikan membeli di ConfirmPlusChop adalah harga yang lebih murah berbanding di pasaran.

6. Kita akan beroleh keuntungan melalui setiap penjualan dilakukan. Dari sinilah kita dapat menjana pendapatan, iaitu dari hasil jualan itu. Lebih banyak penjualan lebih banyak la kita mendapat keuntungan.


Kebaikan ConfirmPlusChop Kepada Influencer



Mama sudah ceritakan bagaimana untuk mengguna dan mendapatkan keuntungan melalui ConfirmPlusChop. Jadi, tentu korang dah bertambah jelas tentang ConfirmPlusChop, kan. Kenapa ConfirmPlusChop platform yang bagus untuk influencer menjana pendapatan? Antaranya mama simpulkan seperti di bawah:
  • Membolehkan kita mencuba produk yang menarik di pasaran
  • Tidak perlu mengeluarkan modal apa-apa untuk menjual barang. In fact, sample percuma akan diberikan untuk dicuba dan seterusnya market produk itu.
  • Setiap penjualan akan kita peroleh keuntungan. Bayangkan, kita tak perlu keluar modal tapi mampu menjual produk dan mendapat keuntungan. Menarik, kan!
  • Setiap urusan pembayaran dan pengeposan akan dibuat oleh pihak ConfirmPlusChop. Tak perlu bersusah payak ke pejabat pos. 
  • Urusan pemasaran bergantung kepada kreativiti kita sendiri
  • Win-win situation antara influencer dan Brand yang kita bekerjasama dimana kita dapat membina kepercayaan jangka masa panjang serta Brand tersebut juga mendapat bantuan untuk jualan produk mereka.

Mari Jana Pendapatan Dengan Confirmpluschop Sekarang!

Sememangnya mudah dan menguntungkan platform ConfirmPlusChop ni kan. Zaman sekarang ni di mana ekonomi sedang merudum masing-masing mencari jalan untuk menambah pendapatan sampingan. ConfirmPlusChop adalah cara terbaik dan selamat untuk menjana duit kerana kita tak perlu mengeluarkan modal.


So, apa tunggu lagi klik https://go.sushivid.com sekarang dan mulalah menjana pendapatan dengan ConfirmPlusChop.



12 comments:

  1. Zaman sekarang ni senang nak cari duit tepi, rajin tak rajin je hehe

    ReplyDelete
  2. great skrg kalau rajin semua bole

    ReplyDelete
  3. Menarik..tpi sy tkde 3k follower..hahaha sadis😂

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa sedang mashuk duit nii hahaha

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/09/feelingirldress-serve-best-outfit.html

    ReplyDelete
  5. jauhnya lagi nak capai min requirement utk followers tu huhu

    ReplyDelete
  6. Jenuh jugak nak dapat 3K follower tu hehehe :)

    ReplyDelete
  7. ohh under sushivid ye. lama tak jengah. huhu

    ReplyDelete

Words of wisdom