Resepi Gulai Ayam ala Thai

Mama nak share Resepi Gulai Ayam ala Thai yang kami buat masa awal Ramadhan aritu. Sedap gulai ni. Sekali sekala perlu kelainan juga dalam memasak kan. Jom tengok Resepi Gulai Ayam ala Thai.







Korang selalu masak tak resepi ni? Ni pertama kali mama masak dan memang rasanya sedap. Sekali tengok macam masak lemak tapi rasanya berlainan.. Jom la kita tengok resepi



Resepi Gulai Ayam ala Thai

Bahan A

1 ekor ayam 
1 biji bawang besar Holland -potong bulat 
2 batang serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
Garam secukupnya
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan kisar:

3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
2 biji cili api






Cara cara:

  1. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing. 
  3. Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air. 
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa. 


Resepi asal: Azie Kitchen


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Menarik resepi ini. Nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  2. Ada sos tiram ye mama. Best juga ni boleh try nanti.

    ReplyDelete
  3. Wah macam sedap nie Adda.. boleh lah Kak Sue cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. sedap juga rasa gulai ni lebih kurang macam masak lemak tapi lagi sedap

    ReplyDelete
  5. Wah! Nampak sedap ni... tak sangka pula letak sos tiram dengan sos cili ya... nanti saya akan cuba resipi ni... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik resepi kak adda nie..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post