Resepi Buah Gomok Kelantan dari Cik Nor

Resepi Buah Gomok Kelantan. Uih.. first time tau mama dengar mama kuih ni. Ada unsur kegemukan bila dengar nama dia ni. Mari mama nak share  Resepi Buah Gomok Kelantan dari Cik Nor.







Menurut Cik Nor buah gomok Ni Tak sama dgn tepung gomak. Maka mama pun jadi blur. So kesimpulan nya memang mama Tak penah jumpa pagi kuih budak gomok ni. Eh buah gomok haha..

Gambar ihsan Mr Google

Resepi Buah Gomok Kelantan


Bahan-bahan

1. Kelapa parut (anggaran dalam 1 biji kelapa)
2. 2 Cawan gula (ikut kemanisan yang korang inginkan)
3. Garam secukup rasa
4. Daun pandan
5. Guna melaka/ Nise (untuk warnakan sedikit buah gomok)
6. Tepung beras (untuk mengeraskan adunan no.1-4)
7. Beras pulut ( digoreng tanpa minyak dan di blend halus)








Cara-caranya :

1. Kelapa parut tu kalau agak kasar boleh la di blend terlebih dahulu.
2. Masukkan kelapa parut, gula, nise, garam, daun pandan dan air secukupnya untuk memasakkan kelapa.
3. Kacau sehingga sebati dan agak kering. Untuk tidak mahu adunan hangit kita masukkan tepung beras untuk mengeraskan adunan tadi. Setelah agak keras, bukan keras sangat tapi memadai boleh digentel dan budah dibentuk.
4. Biarkan ia sejuk seketika
5. Bila sudah sejuk gentel atau bentukan seperti bola pingpong atau mengikut saiz yang korang mahukan. Kemudian golekkan diatas serbuk tepung pulut yang kita buat tadi.
6. Sedia untuk dimakan

Resepi asal di sini Resepi Buah Gomak Kelantan

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Sedapnya kak, tapi dana tak pernah buat sendiri heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCM.mana ye Rasa dia akk terbayang Rasa dia MCM.onde2

      Delete
  2. Wahhhh..... golekkan saja takyah balut inti kelapa tu 🤩
    Selamat berpuasa Mama 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni resepi baru bagi mama.. mmg blur nak Cuba buat pun x pasti macam.mana hihji

      Delete
  3. First time tengok. apatah lagi makan..cam sedap je kuih ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post