Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, February 7, 2020

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

Mari sama2 Kita renungkan.. semoga Kita tidak menjadi Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga. Siapakah Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga? Mari baca..








Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga




عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul








Kesimpulan hadith:


1.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut:

a.  Orang yang menipu

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).

b.  Orang yang bakhil

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu.  (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih. 



c.  Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).” (QS. Al-Baqarah: 264).

d.  Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)
Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah walaupun pemimpin terpaksa bersusah payah.

2.  Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).


Sumber: 1 Hari 1 Hadis

8 comments:

  1. Allahu semoga kita semua ditempatkan di syurga yang kekal abadi. aamiin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Tq semua semoga kit semua akan menjadi jiran di syurga nanti.. amin

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagud kak. Harap kita tidak tergolong dalam golongan yang di sebut

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua jauh drpd golongan seperti diatas..

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar.. semoga jauhla kita dari golongan macamni..
    semoga syurga buat kita semua =)

    ReplyDelete

Words of wisdom