Perihal Darah Tinggi, Simptom, Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, January 14, 2020

Perihal Darah Tinggi, Simptom, Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Perihal Darah Tinggi, Simptom, Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan  Darah Tinggi. Sekarang ni penyakit darah tinggi tidak mengira mangsa. Bukan saja orang tua, malahan orang muda pun dah ramai yang menghidap darah tinggi atau hipertensi. Jom ketahui Perihal Darah Tinggi, Simptom, Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan  Darah Tinggi.









Apa itu darah tinggi?

Mari kita ambil tahu terlebih dahulu serba-serbi tentang penyakit ini. Penyakit tekanan darah tinggi atau turut dikenali sebagai hipertensi ini adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi yang membahayakan.

Kira-kira 37% daripada populasi penduduk Malaysia menghidap penyakit yang berbahaya ini. Apa yang menakutkan, ia boleh jadi punca kepada kegagalan atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara baik, lantas mengakibatkan risiko serangan jantung atau strok.



Gejala tekanan darah tinggi

Penyakit ini sudah pasti akan mendatangkan igauan mimpi ngeri jika tidak dikesan dan dikawal dengan lebih awal. Namun, ia agak sukar untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit tekanan darah tinggi kerana tiada gejala yang khusus.

Pun begitu, ada beberapa tanda yang boleh anda perhatikan seperti sakit kepala dan tengkuk yang agak teruk – mungkin petanda hipertensi. Namun, untuk tahu lebih lanjut dan mendapatkan kepastian, sila berjumpa doktor segera, ya.

Punca tekanan darah tinggi








Secara umumnya, penyakit hipertensi tidak mempunyai penyebab yang khusus. Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.

Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali. Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi, termasuklah:

  • Sejarah ahli keluarga
  • Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding wanita)
  • Umur (lebih tua, lebih berisiko)
  • Stres
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Tahap kolesterol dalam badan tinggi
  • Merokok
  • Pemakanan
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Pengambilan garam & lemak secara berlebihan
  • Pola tidur tidak teratur
  • Gaya hidup sedentari


Komplikasi tekanan darah tinggi

Secara umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam badan sekali gus merosakkannya. Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan seperti:
  • Strok
  • Penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, hipertropi ventrikular kiri
  • Komplikasi pada mata
  • Komplikasi pada buah pinggang
  • Aneurisma

Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit tekanan darah tinggi ini memang berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal dengan kadar segera. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini daripada menjadi lebih teruk.

Cara menurunkan darah tinggi

Ramai beranggapan bahawa usia muda adalah waktu yang paling gemilang dalam hidup kerana ketika ini tubuh badan masih lagi sihat dan kuat. Persoalannya, mengapa ada yang menghidap darah tinggi walaupun di usia muda? Jawapannya, ia mungkin disebabkan oleh gaya hidup golongan belia zaman sekarang. Kini, budaya negatif seperti menghisap rokok sama ada tembakau atau elektronik dan minum alkohol sudah menjadi kebiasaan yang boleh dianggap norma masyarakat.

Dicampur pula dengan faktor risiko tekanan darah tinggi yang tidak boleh dielakkan seperti sejarah ahli keluarga, jantina dan umur, golongan belia kini lebih berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini. Jadi, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera. Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi. 

#1. Elakkan stres

Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini. Namun, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca utama hipertensi berlaku. 
Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.
Buat pengetahuan anda, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda yang paling utama untuk anda tahu.

#2. Kawal berat badan

Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi berlaku. Jadi, cara menurunkan darah tinggi di usia muda adalah jaga berat badan anda. Maksudnya di sini adalah anda perlu sentiasa memiliki berat badan yang ideal – seimbang BMI. 

#3. Jaga pemakanan

Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda perlu menjaga pemakanan anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng, bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet.

Dalam pada itu, hadkan pengambilan alkohol anda. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor risiko hipertensi. Selain itu, alkohol juga sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan anda. Fikir-fikirkan, ya?

#4. Melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara menurunkan darah tinggi di usia muda. Ia mungkin akan mendatangkan kesan yang perlahan namun berkesan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik kesihatan jantung. 
Dengan ini, tahap tekanan darah anda mungkin boleh diturunkan ke tahap yang optimum. Jadi, jangan lupa exercise secara berkala, ya?

#5. Berhenti merokok

Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit? Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat. Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja, ya! Perokok pasif juga turut ada risikonya.

Jika tekanan darah anda tinggi dan tidak mampu lagi dikawal, risiko berlaku penyakit strok dan penyakit jantung juga akan meningkat sama. Jadi, sila berhenti merokok dengan kadar segera. Sila klik pautan untuk tahu berapa banyak anda sudah bazirkan untuk membeli rokok

Ok itu saja mama nak share. Untuk.lihat banyak lagi fakta menarik boleh baca di hellodoktor.com


24 comments:

  1. Mama Yan ada darah tinggi... hihi

    ReplyDelete
  2. en suami ada darah tinggi..jenuh la ajak dia bersenam..susah ke main..adeh...

    ReplyDelete
  3. suami saya dulu penah kena darah tinggi, 2 tahun lepas. alhamdulillah sekarang dah ok dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana cara penyembuhannya Umi boleh bagi sikit cerita

      Delete
  4. Kalau sering makan di kedai, mudah kena darah tinggi sbb kedai makan ni banyak guna bahan perisa betul tak mama, hihi..

    ReplyDelete
  5. Memnag kena berjaga jaga kan kak. Family saya pun ada sejarah tinggi tapi tak seteruk diabetes lah. Diabetes paling utama. Memang kena berjaga2

    ReplyDelete
  6. byk kali jg dengar orang yg koma sbb blood pressure melebih 200..ada yg pecah pembuluh darah..mmg kena jaga pemakanan, bersenam selalu..beruaaha utk jaga kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersenam tuh ustadz yang susah tak ada masa lagi nak bersenam

      Delete
  7. Memang betul apa yang dikongsi.. Kalau nak makan makanan yang sedap, kena kuat buat senaman juga..

    ReplyDelete
  8. Alamak. Ena pula terbalik tekanan darah rendah smpai kena tahan wad. Huhu. Mungkin hormon masa preggy je kot sbb xpenah ada msalah pd tekanan darah. Darah tinggi lg la bahaya mcm nenek ena msalah pd mata

    ReplyDelete
  9. Darah Tinggi ni mmg penyakit yg semakin ramai hidap. Mama pun kena hatio sebab keturunan mam.mmg Ada darah Tinggi. Arwah mak dulu krna strok pun sebab Sarah tinggi

    ReplyDelete
  10. wah terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  11. abe kie memang ada darah tinggi la.

    ReplyDelete
  12. dana pun ada darah tinggi kak, sekarang memang kawal dengan ubat, kawal makan juga...
    banyak la makanan yang dah jarang makan hehehe... beringat sebelum makin teruk

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang ohsem kak Adda..

    ReplyDelete
  14. Good sharing Adda.. terima kasih. Semoga kita semua sihat-sihat aja kan, tambah macam Kak Sue nie faktor usia memang kena lebih berjaga..

    ReplyDelete
  15. kadang2 kesian juga tgk mak dan ayah yg terpaksa makan pil tekanan darah ni.. semoga kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan..

    ReplyDelete
  16. Mang takutlah sebab keluarga Ada sejarah darah tinggi.

    ReplyDelete
  17. sangat berbahaya hipertensi ini mesti perlu terapi yang benar karena ia punca segala penyakit berat

    ReplyDelete
  18. mama saya, check up bln 10 thn lps. doc ckp dah ada simptom2 darah tinggi...so dia dah mula kawal pemakanan... kalau sebelum ni dia mkn apa shj...

    ReplyDelete
  19. mak kita ada darah tinggi, jadi diri ini kena berjaga2 juga...pernah juga beberapa kali pergi medical checkup, doc detect tekanan darah agak tinggi bila demam atau tak sihat...akhir2 ni pulak kerap sakit kepala hingga ke tengkuk...

    ReplyDelete
  20. mak abah aida ada semua tu.
    aida ni so far takde. tapi ntah la.
    faktor umur, kekadang merapat semua penyakit tu.
    hu hu hu hu hu hu :(

    ReplyDelete

Words of wisdom