Cuti Seorang Mama

Assalamualaikum semua.. Rasa segar bila bekerja selepas cuti sehari sempena Birthday Sultan Selngor semalam. Yang tak bestnya ayah Syafi keje di KL maka berhuhu la mama di rumah dengan Syafi. Kami sellunya macam ni lah. Bila Tiba cuti Hari Wilayah maka turn ayah Syafi pula duduk rumah sorang2.

Setel Urusan Rumah





Bangun pagi mama terus kemas rumah dan sapu serba sedikit habuk2.. Kemudian, sediakan sarapan dan sambil tu tu sempat juga mama basuh cadar dan comforter. Mama ninsejenis Yang sukakan comforter berbau wangi sebab tu mama rajin basuh. Tak lupa juga basuh baju kami 3 beranak sambil sambil kemas dapur Dan basuh air fryer.


Lunch

Mama Dan Syafi lunch kat luar je. Saja lunch di luar sebab nak ajak Syafi pergi Mydin beli barang sekolah. Memang taktik mama, sebab kalau dah siap lunch di rumah nanti perut kenyang dah malas nak keluar pula. Sebelum keluar rumah sempat mama jemur comforter dan baju dulu

 Lunch Di Texas Chicken je.. tak teringin nak mkn nasi so kita makan ayam je la

Shopping Di  Mydin






Cuti ni memang mama nak pergi Mydin sebab nak belikan Syafi beg sekolah kebangsaan dan barangan kelengkapan sekolah seperti sepender, singlet, etc. Untuk sekolah kebangsaan memang mama akan belikan beg yang mahal dan tahan lasak sebab buku sekolah kebangsaan dia banyak. Sebepum ni mama beli di Mydin juga jenama Polo alhamdulillah boleh guna sampai 2 tahun. Tapi misi mama kurang berjaya.. Brand tu takde tapi mama berkenan dengan bagpack Swan pula. Nantilah mama datang lagi. Sambil beli barang Syafi mama beli juga barangan shopping biasa mama.


Singgah Kedai Akuarium


Xian Long Shah Alam.. Mama ni memang suka bela ikan guppy di office. Suka tengok ikan berwarna warni dan sangat menangkan bila duduk tengok ikan. Dulu boss mama sendiri selalu lepaak tengok ikan mama bila dia stress. Feng Shui katanya (dia berbangsa Cina)

 Raccoon tengah jiwa kacau haha.. dia ni memang ada di kedai Xian Long tu. Selalunya dia ni restless tapi kali ni mama dtg jadi macam ni plak

Pergi Opis Letak Ikan

 Akuarium mama di offuce. Total ada 3 akuarium. 2 untuk ikan dewasa, satu utk baby guppy. Kena singkan baby dan adults kalau tak nanti baby kena makan


Dinner

Balik rumah dah nak hampir pukul 6 petang. Alahai, letih badan. Bila tak bekerja ni lagi sibuk pula kita jadinya. Mama rehat sekejap dans ediakan dinner pula. Kami dinner simple aje, cuma baked bean, roti telur dan telur goreng mata. Setel hihi..

Kemas Barang Sekolah Syafi

Banyak lagi perkara mama nak buat tapi mama cuma sempat kemas drawer barangan sekolah Syafi aje, buang mana yang tak perlu je..

Perkara Tak Sempat Buat Lagi
Banyak lagi benda yang mama nak buat.. huhuu tapi tak berkesempatan.  Aataranya

  • Lipat baju
  • Tampal lrncana
  • Balut buku teks

Takpelah, nanti cari time untuk buat.

Korang yang nak tau macam mana cara nak tampal lencana sekolah guna gam UHU tu bolehlah refer Youtube mama:

Boleh juga baca di sini:

Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

23 Comments

Words of wisdom

  1. rajinnya mama basuh comforter.. kalo sy basuh kat dobi.. hihi..

    puas hati beli beg yg mahal kalo boleh tahan sampai 2 tahun.. lg jimat sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. bag untuk sekolah kebangsaan anak-anak ammi belikan bag laptop. tahan lasak dan selesa kat bahu, pinggang semua. mahal sikit tp boleh pakai 2 tahun kira oklah tu.

    ReplyDelete
  3. geram nengok ayam goreng tuh kak... dana pun setel dah barang sekolah aiyan lega rasa...

    aiyan suka ke kedai pets tapi dia takut tengok ikan, sbb ikan tu kan berenang-renang, dia kata ikan tu nak makan dia... hehehhe ikan gupy yang comel tu dia kata nk makan dia.. hahahha

    ReplyDelete
  4. Tu dia. Penuh aktiviti satu hari cuti tu kak. Tu pun ada yg tak selesai lagi ye.

    ReplyDelete
  5. kehidupan seorang mama dikala cuti. bestnyaaa

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan ayam tu . Bestnya pergi mydin

    ReplyDelete
  7. Bila dha tinggal berdua elok makan kat luar je kan kak. Kalau masak tu alahai rasa lemah badan. Bukan lain berjalan sakan akak dengan syafi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak mimie. kalau masak pun akak masak simple2 je

      Delete
  8. Pengorbanan seorang mama...byk tugasnya

    ReplyDelete
  9. time cuti lah mama lagi sibuk hihi

    ReplyDelete
  10. Banyak juga sebenarnya nak settlekan buku anak-anak nie..

    ReplyDelete
  11. dah nak buka sekolah
    pasti makin sebuk selepas ini.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. ibu mithali ibu sejati
    tonggak kpd keluarga bahagia..
    tahniah mama!

    ReplyDelete
  13. patut lah seorang mama cuti pekerjaan mereka amat berat

    ReplyDelete
  14. Ni la hakikat sebenat.. time cuti sebenarnya seorg ibu Tu lagi sibuk kan

    ReplyDelete
  15. Cuti pun macam-macam buat ni. Bagus juga cuti boleh settlekan apa yang perlu. Cantik akuarium dengan ikan-ikan comel tu dan hiasan dalam tu

    ReplyDelete
  16. time cutilah sebenarnya banyak kerja nak buat kan..

    ReplyDelete
  17. time cuti lagi busy.. ingatkan nak habiskan semua kerja tertangguh weekend tapi weekend lagi sibuk. kadang2 family dtg rumah lagi la x boleh buat apa

    ReplyDelete
  18. cuti sekolah ni memang banyak benda seorang mama kena buat.semoga dipermudahkan urusan. Syafi pun bagus tak banyak kerenah. senang mama

    ReplyDelete
  19. waalaikumussalam. lipat baju tu entah kan bila nak siap pun tak tau lah. haha. hari keja kata nak lipat hari cuti. hari cuti tetap jugak kadang tak sempat. huhu

    ReplyDelete
  20. nama je cuti eh.. semua nak buat.. haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post