Perubahan Jadual Peperiksaan UPPK Tahun 2019 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, September 29, 2019

Perubahan Jadual Peperiksaan UPPK Tahun 2019

Esok sepatutnya bermula peperiksaan UPKK dan mama sangat berdebar sebab tahun ni anak mama akan menduduki peperiksaan ni. Tapi budak rilek je tak macam mama. Lagilah buat mama risau. Tapi baru tadi guru besar sekolah memaklumkan terdapat Perubahan Jadual Peperiksaan UPPK Tahun 2019. Jom tengok apa Perubahan Jadual Peperiksaan UPPK Tahun 2019 Tu.


PENANGGUHAN  UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019 PADA 30 SEPTEMBER 2019

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap KDYMM Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

2. Berikutan pengisytiharan Kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 September 2019 sebagai Cuti Peristiwa, JAKIM memutuskan  peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syari'ah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin) bagi seluruh negara.

3. Penangguhan ini bagi menghormati perkabungan  kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Sekian

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
28 September 2019



PERUBAHAN JADUAL UPKK 2019


1.10.2019 Selasa SIRAH, JAWI&KHAT

2.10.2019 Rabu  ADAB 1 & ADAB 2

3.10.2019 Khamis LUGHAH AL QUR'AN

7.10.2019 Isnin ULUM SYARIAH (IBADAH&AKIDAH)

Ibu-ibu kena alert jadual baru ni ye. Good luck kepada anak2 yang ambil UPKK

13 comments:

  1. tulah..pagi2 tadi dh dpt info terus anak dara ni ajak ammi dia buat muffin. oklah jom...mungkin ini antara cara utk dia divert stress dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. legalah sehari kan.. esok dah peksa.. goodluck buat anak sheila

      Delete
  2. Hari ni pun saya baru diberitahu oleh kawan tentang penanguhan ini..

    ReplyDelete
  3. ada masa untuk ulangkaji sikit hari lagi

    ReplyDelete
  4. Semalam petang dah ada info pasal perubahan jadual ini.. Sha baca sepintas lalu je.. rupanya sekali dengan exam PT3 ditangguhkan.. sempatlah anak-anak membuat ulang kaji tambahan..

    ReplyDelete
  5. lega sehari hari ni.. esok exam dah.. goodluck anak2 semua

    ReplyDelete
  6. all the best untuk anak2 yang ambil upkk tahun ni..mula2 ingatkan sebab jerebu jadual ni berubah, rupanya sebab kemangkatan sultan tu ek...

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan anak-anak yang menduduki peperiksaan kali ni...

    ReplyDelete
  8. Sama la dengan anak teman nie... dah la setahun MC, tak sekolah... Esok nak exam pun releks je dia...

    ReplyDelete
  9. Penangguhan yg tak di jangka.. di luar kawalan..
    anak2 rileks ja kan, yg ibu2 nervous.. hihi

    ReplyDelete
  10. Anak nak periksa, mak-mak yang sengsara... 😅 tapi tak pe... penangguhan yang tak dijangkakan... moga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  11. I really like your writing style, great information, thankyou for posting. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete
  12. perkara sebegini mmg bukan jangkaan kita yg penting anak2 dah bersedia

    ReplyDelete

Words of wisdom