Tarikh Dan Link Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat 2020 SBP, MRSM, Sekolah Seni Malaysia & Kolej Yayasan Saad Melaka

Tarikh Dan Link Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat 2020 SBP, MRSM, Sekolah Seni Malaysia & Kolej Yayasan Saad Melaka. Assalamualaikum semua.. kepada sesiapa yang ada anak tahun 6 dan Tingkatan 3 tahun 2019 ni bolehlah start alert Tarikh Dan Link Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat 2020 SBP, MRSM, Sekolah Seni Malaysia & Kolej Yayasan Saad Melaka. Mama pun dah kena start ambil tahu juga sebab tahun depan Syafi akan ambil UPSR. Mesti timing macam ni juga mama kena start apply mana-mana sekolah bersesuaian untuk dia. Jom sama-sama lihat..


Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu BBP KPM Tahun 2020 

Permoohonan akan dibuka minggu depan. Tarikh permohonan dari 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. 

Permohonan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 6 pada tahun 2019  yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) , murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2019 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

"Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh (uksbp) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Uksbp akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hingga 18 oktober 2019. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan." 

Link laman web:

Untuk Tingkatan 1 : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/log_masuk.cfm
Panduan: https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/panduan.cfm
Website Kementerian Pendidikan : www.moe.gov.my



Permohonan MRSM Kemasukan Tingkatan 1 2020 

Tarikh permohonan September 2019 - Oktober 2019
Website untuk permohonan MRSM Tingkatan 1 online

Link laman web:

Untuk Tingkatan 1 : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Untuk Tingkatan 1 : https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp



Tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts  and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.

Syarat Kemasukan ke MRSM

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4. Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.



Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia Kemasukan ke Tingkatan 1 2020

Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia dibuka mulai 16 April sehingga 15 September untuk anak-anak yang berbakat dalam bidang Seni Muzik, Tari, Teater dan Visual & Rekabentu. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses Syarat Kemasukan

Link laman web:

https://essem.moe.gov.my


Syarat Permohonan

1.    Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
7. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
8. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat secara atas talian
(online) pada alamat URL https://essem.moe.gov.my. Pesanan SMS juga akan dihantar kepada calon yang berjaya memasuki Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.



Permohonan kemasukan ke ke Tingkatan 1 Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) bagi pengambilan tahun 2020 

Tarikh permohonan dengan tawaran biasiswa adalah pada 1 August to 18 September 2019. Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi number ini atau 06-226 3157

Link laman web:

Link Permohonan: KYSM Online Application.
Link Maklumat Permohonan: KYSM Admission Form
Students Affairs Dept at 06-226 3157 or email: admin@kysm.edu.my



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. teringat dulu2 dapat tawaran masuk mrsm, tapi tak jadi pergi sebab buku teks semua da beli kat sekolah biasa

    ReplyDelete
  2. kena bagitahu anak buah ni supaya dia alert

    ReplyDelete
  3. anak shu baru nak masuk kemas tahun depan. hehehe

    ReplyDelete
  4. aida x apply ni, mamapp.
    mcm anak sulung dulu, aida more to nak masukkan smka sini je.
    alhamdulillah, dpt si kakak smka yg dia nak.
    utk adik ni, pun sama, nak satu smka dgn kakak nyer.
    dekat.
    tiap hujung minggu balik rumah.
    senang segala urusan, mamapp.

    ReplyDelete
  5. tq mamapp, boleh share dengan pengasuh.. anak dia UPSR tahun nie..

    ReplyDelete
  6. bolehlah dipanjangkan kpd pak cik sy sbb anak dia sebaya syafi...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post