Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, August 12, 2019

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Assalamualaikum semua.. harini mama nak share Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit yang mama masak untuk berbuka sempena Hari Arafah yang lalu. Daging rusa Ni dibeli dengan harga RM 50 sekilo. Sedap dimakan dengan nasi panas. Mama saja letak banyak bawang dan kacang buncis. Korang merangkap ada sayuran sebab mama Malas nak masak sayur hihi. Jom tengok Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit. Kalau nak tengok resepi Daging Kunyit Berkuah Boleh klik sini [http://www.mamapipie.com/2017/09/resepi-daging-goreng-kunyit-berkuah.html]

Daging Rusa Goreng Kunyit 

Senang je masak dia.. jom tengok resepi mama. Kalau nak guna resepi ni untuk daging lembu pun no problem.


Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit 



Bahan2

1 kg Daging rusa - dihiris nipis-nipis
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3 biji bawang Besar - dihiris kasar
1 ikat kacang buncis - dipotong serong 
3 biji cili merah - dihiris
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
1 mangkuk minyak masak
Perahan air dari 1 sudu asam jawa 
Optional (lobak Dan kentang, jika suka)


Cara memasak

1. Daging rusa dilumur dengan garam Dan kunyit Dan biarkan selama 5 minit
2. Panaskan minyak masak 
3. Tumis bawang merah Dan bawang putih sehingga garing
4. Masukkan daging Rusa yang diperap tadi. Kaup balikkan Dan biarkan seketika
5. Masukkan semangkuk air Dan tutup periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
6. Setelah Daging empuk Dan air rebusan daging sudah agak kering, Masukkan Perahan air asam jawa.
7. Masukkan hirisan bawang Besar, cili merah Dan kacang buncis. Masak sehingga kesemuanya agak layu.

Siap! Mudah saja Kan... Korang yang Ada dpat banyak Daging korban bolehlah masak guna resepi ni..


17 comments:

  1. Saya tak pernah lagi makan daging rusa. Jadi, tak tahulah rasanya macam mana.

    ReplyDelete
  2. daging rusa memang best, lembut, manis, rase die.... lain la sikit, tapi best. tahun ni saya makan daging unta, kasar daging unta, rebus pon lame 3 jam... haha mungkin sebab tak reti masak kot...

    ReplyDelete
  3. Daging rusa manis dan liat sikit kan..memang kena potong nipis kalau nak masak cepat...sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  4. lama tak nak empuk dagingnya mama? belum pernah rasa lagi ni tapi sekilo RM50 boleh tahan jugak kan

    ReplyDelete
  5. kc tak pernah rasa lagi daging rusa tapiiii fuhhh merecikss visual nya! hehehe.

    ReplyDelete
  6. Sha suka daging rusa.. tak pernah lagi masak sendiri.. selalu beli sate daging rusa je.. inipun lama tak makan.. meleleh pula air liur lepas tengok menu nie.. hehehe

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan rusa. penah makan pun dulu sekali ja. tu pun orang bagi sedekah. haha :P

    ReplyDelete
  8. Tak ingatlah pernah makan daging rusa ke tak..daging burung unta pernah lah...ngeh3😂

    ReplyDelete
  9. murah la tu rm50 sekg, mamapp.
    aida pernah kena rm80 sekg.
    sekadar nak merasa, kan. ada satu tempat tu, wajib plak beli minima 10kg.
    aduhai... tak la membeli.
    makan yg da siap masak je, mamapp.
    halus dagingnya bagi aida. aida prefer daging lembu :)
    but, worth trying lah.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya... Kalau ada rusa, boleh la di buat korban...

    ReplyDelete
  11. sejujurnya tak pernah lagi rasa daging rusa..haha

    ReplyDelete
  12. adoii terliur kita membayangkannya..macam mana la rasa daging rusa ni ekkk

    ReplyDelete
  13. pernah makan daging rusa masa outstation di sabah..yummy

    ReplyDelete
  14. seumur hidup pernah rasa daging rusa sekali je.... lps tu x pernah jumpa kat mana2 gerai yg jual masakan based daging rusa ni...

    ReplyDelete

Words of wisdom