Minta yang Luar Biasa dari Allah

Diceritakan semula daripada Ustazah Norhafizah Musa daripada kuliah Dr Abdul Rahman Ashmawi dalam bahasa arab.Mintalah yang luar biasa dari Allah. Minta yang hebat hebat. Minta yang pada fikiran kita ‘mustahil’ tetapi mintalah dari Allah.



Kenapa?


Kerana… di saat kita berdoa, itu sebenarnya menterjemahkan ‘hati’ kita mengenal Allah.

Kerana hamba yang benar benar mengenal Allah Ya Wahhab (Yang Maha Mengurnia) akan upgrade doa mereka menjadi doa doa yang hebat hebat.

Ustazah Norhafizah menerangkan contoh di bawah untuk memberi gambaran yang mudah supaya orang mudah faham.

Bayangkan kita dapat pergi menunaikan ibadah umrah dan haji di Mekah. Habis berbelas belas ribu untuk ke sana. Simpan duit di Tabung Haji dari tahun pertama kerja bertahun tahun. Sampai di  sana pula perlu bersesak sesak dengan orang arab yang berbadan besar, orang negro untuk kita berdoa di Multazam di hadapan Kaabah. Tetapi apabila diberi kesempatan berdoa kita hanya berdoa, “Ya Allah… naikkanlah gaji aku setakuk lagi.”

Ustazah bertanya kepada audien.

“Berbaloi tak datang jauh dari Malaysia. Susah payah nak berdoa depan Kaabah. Siap berebut rebut jatuh. Sekali minta naik gaji naik setakuk jer…
.
(Kenapa kita berdoa minta yang biasa biasa?)

Sebenarnya….. jika kita mengenal Allah, kita akan upgrade doa doa kita. Minta hebat hebat. Doa kita menterjemahkan ‘hati’ kita mengenal Allah.

(Pembaca masih belum faham lagi? Teruskan membaca)
Ustazah Norhafizah memberikan satu contoh lagi.

Kisah hartawan yang dermawan.


Katakan ada seseorang yang sangat kaya raya. Kaya yang luar biasa. Berbillion duitnya. Simpanan duitnya banyak di luar negara. Sudahlah kaya luar biasa, sangat dermawan.
Ustazah Norhafizah datang dari jauh nak jumpa orang kaya tersebut, katakan ustazah nak minta dana pusat tahfiz.

“Ustazah nak berapa ustazah…? Tanya orang kaya itu.

Ustazah jawap “Tak lah banyak…dalam RM100 jer….”

Berbaloi tak?

 Berbaloi tak datang dari jauh berjumpa hartawan yang kaya raya berbillion ringgit duitnya tetapi Ustazah hanya minta RM100 sahaja.

Atau sebenarnya ustazah tak mengenal kedermawanan orang kaya tersebut. Atau ustazah tak tahu tentang hebatnya dan luar biasanya harta orang kaya tadi.

Sebab tak kenal, ustazah hanya minta RM100 sahaja.

Ustazah balik dan bila orang tanya bawa balik berapa ringgit?

Ustazah menjawab “RM100 jer.”

Ya Allah tak berbaloi dengan kekayaan orang kaya tadi. Patutnya minta RM1billion kerana dia adalah hartawan yang dermawan. Hartanya sangat hebat. Kekayaannya luar biasa.
.

Begitulah gambaran permintaan kita selama ini dengan Allah Yang Maha Kaya. Maha Memberi Hidayah. Maha Mengabul Doa. Maha Mengurnia.

Tak berbaloi apa yang kita minta sebelum ini. Inilah gambaran hati kita mengenal Allah.

Katakan seorang isteri mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab, tetapi mahu suaminya berubah lalu berdoa.

Ya Allah, kau jadikan suamiku laki laki yang sangat soleh, tetapi lepas tu ‘hati’ kita kata “tetapi susah Ya Allah, satu family dia memang perangai terok terok"
(Mulut doa lain, hati doa lain)

Nampak tak... kita selalu tak percaya dengan doa kita.
Kita tak yakin Allah itu Maha Pemberi Petunjuk. Menggambarkan hati kita tak mengenal Allah.

Sebab itu ramai orang tidak berdoa untuk menjadi baik dan tak upgrade doa kerana tidak yakin dengan diri sendiri.

Ustazah Norhafizah menyambung lagi…bahawa dia bersyukur kerana diberi peluang mendengar ceramah tersebut.

Hendak berdoa juga bukan satu kerja yang mudah.
Setuju atau tidak bahawa berdoa ini bukan satu kerja yang mudah?

Nak jadikan kita seseorang yang sangat berhajat kepada Allah. Nak perkemaskan doa kita kepada Allah. Ini bukan kerja mudah.

Sebab itu perlu himpun doa doa tersebut mohon dengan Al Wahab.

Jangan fikir mustahil. Rasa mustahil kerana kita melihat dari mata ‘akal’ kita yang terbatas. Tetapi jika disuluh dari mata ‘hati’ yang mengenal Allah, Allah Maha Mengurnia.

[Doa Nabi Sulaiman]

Lihat Nabi Sulaiman, tanda Nabi Sulaiman mengenal Allah adalah melalui doanya yang hebat “Ya Allah ampunkan dosaku, kurniakan aku sebuah kerajaan, yang tidak akan sesiapa dapat selepas itu. Kerana engkau Maha Mengurnia”

Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
(Saad 38:35)

Doa Nabi Sulaiman yang dasyat minta kuasa, minta kerajaan, malah kuasa dan kerajaan itu tidak diberikan kepada orang lain selepasnya. Dan ditutup dengan ucapan Maha Mengurnia (Al Wahhab)

Baginda menutup semua yang mustahil itu dengan yakin bahawa Allah Maha Mengurnia.

Minta kerajaan ini macam satu perkara mustahil sebab besar betul impiannya. Tetapi kemustahilan itu ragu ragu itu ditutup terus dengan menyebut Allah Maha Mengurnia. (Jika orang sudah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, apa nak hairan Allah kan Maha Mengurnia)

Soalan ustazah? Adakah Nabi Sulaiman dapat apa yang baginda doakan?

Nabi Sulaiman dapat kerajaan yang sangat luas, malah kuasanya bukan sahaja ke atas manusia tetapi ke alam jin. Malah sampai kepada binatang binatang. Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan binatang.

Keyakinan ini sangat penting. Keyakinan ini lahir dari perasaan jauh terus di lubuk hati. Bukan dibuat buat.

Cara kita memohon doa mengikut kaedah Nabi Sulaiman.

1. Bertaubat. Nabi Sulaiman memulakan doa dengan mengakui kesilapan dan memohon keampunan.
2. Minta terus apa yang kita mahukan. (Orang bisnes boleh berdoa kurniakan kepadaku pasukan bisnes, pelanggan bisnes yang berduit)
3. Akhiri dengan menyebut Al Wahhab (rujuk al quran Antal Wahab) iaitu salah satu 99 nama Allah Al Wahhab iaitu Maha Mengurnia.

Semua tulisan di atas ditulis semua daripada program disini https://www.youtube.com/watch?v=XHPNi_PteVY

Mama dapat nindari WhatsApp keluarga. Semoga dapat manfaat.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. terima kasih mama atas perkongsian ni...kita kadang2 rasa tak layak nak meminta2 pada Allah, sedangkan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...minta lah dengan nama-nama Nya, minta lah kerana Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih Mama...kadang2 ada juga terasa macam takut doa kita ni memaksa2...sampaikan nak minta lebih tinggi pon tak berani

    sekarang saya akan lebih berani minta pada Allah.

    ReplyDelete
  3. Tq mama berkongsi.

    Ruby pun tak terkecuali juga. Kadang kadang tu datang ragu nak mintak yang besar. Hajat besar².

    Sedangkan Allah tu Maha Pengurnia ya wahhab. Boleh beri apa saja pada mahluknya.

    Cara Nabi Sulaiman tu,
    Taubat dulu. Doa sungguh²

    Upline Ruby ada bagitau untuk amalkan Ya Wahhab ni untuk zikir harian.

    Tq sekali lagi mama

    ReplyDelete
  4. tersentuh baca entri ni dan dalam masa yang sama sedih huhu rasa banyak sangat dugaan dalam hidup sy ni , lepas satu..satu.. kadang mau giveup pun ada :(

    semoga Allah kabulkan segala keinginan yg baik2 di hati kita semua.. amin

    ReplyDelete
  5. Allah.. terkena tepat di hati.. Kadang kita sendiri tak yakin dengan doa yang kita minta.. Terima kasih mamapp atas perkongsian ini.. manfaat yang sangat besar buat yang membaca..

    ReplyDelete
  6. betul tu. bila kita minta yang biasa2 maka akan dapatlah yang biasa2 tu. tp lps tu merungut. salah sendirilah sbb tak minta yg luar biasa walaupun sedar diri ni tak seberapa nk minta yg luar biasa. tp ingat, DIA kan Maha Pemurah...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post