Lunch di Warung Salai Port Dickson - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Saturday, July 6, 2019

Lunch di Warung Salai Port Dickson

Warung Salai Port Dickson. Semasa di Port Dickson aritu mama berpeluang makan di Warung Salai Port Dickson.. Bak kata ayah Syafi kenalah cuba makanan yang authentic untuk tempat tu. Sebelum tu mama ada beli lemang di area selepas tol Pedas-Linggi.. Memang sedap sangat lemang dia. Dan ayah Syafi gelakkan mama sebab tak pernah tau asal usul lemang rupanya dari Negeri Sembilan. Betul ke? Patutlah sedap sangat orang nogori buat lemang alahai terasa nak cari balik tempat jual lemang tu.. Kalau nak baca tentang Marina View Port Dickson Boleh klik sini http://www.mamapipie.com/2019/06/review-marina-view-villa-port-dickson.html

Inilah menu salai yang kami order, Daging, itik, ayam Dan ikan keli. Kesemuanya sedap Dan tahap kepedasannya Dan Rasa nya pun sesedap di tekak je

Setiap set didatangkan dengan Nasi putih, Sambal belacan, telur masin Dan ulam kacang botol. Gandingan mantap u ols

Ni pula menu Syafi.. dia Mana Lah nak makan lauk masak Lemak

Keadaan dalam kedai.. Tempat Ni memang ramai pengunjung.. cuma service dia mama Rasa perlu di improve lagi sebab service dia memang slow. Lama gak kami tunggu lauk sampai..

Muka orang lapar.. lauk dah sampai dulu tapi tunggu Nasi berzaman baru sampai. Tu pun ayah Syafi dah Mula panggil beberapa Kali org tu baru di bagi..hmm..

Keadaan di luar kedai.. Masa kami parking depan Ni tetiba Ada biawak Besar bawah kereta sebelah.. terkujat mama..

Ini adalah menu Harga Warung Salai.. not bad Kan..

Ada asam pedas hawau.. rare gamaknya tuh.. next time Boleh cuba

Warung di berdekatan je dengan Marina View Villa yang mama duduk. Kalau nak ke sini boleh ikut alamat di bawah. Ada beberapa branch Warung Salai kat PD ni tau. Tapi mama rasa lauk dan taste dia mesti sama kut..

Warung Salai Port Dickson

Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Dibuka setiap hari dari 10:00pagi–7:00malam


9 comments:

  1. Aroma salai tu yang buat selera nak makan kan kak..lagi kalau nasi panas kan..sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap masak lemak dia Adda..

    ReplyDelete
  3. fuhh ramainya orang dekat kedai ni. Masak lemak ikan salai makan dengan sambal belacan memang terangkat

    ReplyDelete
  4. Satu hari nanti harap dapat.mencuba menu salai ni

    ReplyDelete
  5. mmg betul salai dan sambal belacan mmg masyuk hihi

    ReplyDelete
  6. wah. aida kena ajak anak2 jalan ke pd ni.
    byk kedai baru kami lom jejaki.
    salai2 masak lemak ni, memang nismilan lah, mamapp.
    best!

    ReplyDelete

Words of wisdom