Dinner di Restoran Kemaman Star Chukai Kemaman Terengganu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, July 24, 2019

Dinner di Restoran Kemaman Star Chukai Kemaman Terengganu

Semasa  kami duduk di Chukai, Kemaman last week mama sempat Dinner di Restoran Kemaman Star Chukai Kemaman Terengganu. Ia terletak hanya selang 2-3 kedai je dari Hotel 88 yang kami duduk. Sebelum tu mama Ada lalu di depan restoran Ni tapi macam confuse sikit ingatkan restoran Cina sebab ramai orang Cina lepak sini. Setelah bertanya kepada pekerja hotel 88 barulah tau Ni kedai Muslim. Keesokkan harinya baru kami Dinner di Restoran Kemaman Star Chukai Kemaman Terengganu Ni..

Bihun tomyam ayam.. memandangkan dah beberapa Hari hidung Dan badan mama Dah menunjukkan kegatalan maka takut nk order seafood hihi.. sedap tomyam Ni Dan kepedasannya memang power. Tomyam Ni pekat Dan Ayah Syafi suka sgt.. selain dari tomyam Ada juga menu goreng2 lain

Keadaan di luar kedai. Nampak hotel 88 Tak di situ.. Tak lama lepas mama ambil gambar Ni semua seat Ni penuh Tau.

Roti telur.. sedap juga Rasa roti telur Ni. Noiroti canai melayu.. bukan mamak.. memang Ada beza roti canai Dan roti canai mamak dari segi Rasa Dan lembut kan


Kalau nampak keadaan kedai Ni memang kurang memberangsangkan.. tapi restoran melayu area sini yang mama lihat memang keadaan macam Ni Tau.. tapi Makanan Kat sini memang berbaloi Dan Sedap.

Selain dari makanan di atas Ada jug dijual roti john, keropok lekor etc. Ais nescafe Dan teh tarik Kat sini sedap.. restoran ni dibuka pada waktu petang hingga pukul 5 pagi..

Ini detail restorannya..

Restoran Kemaman Star Chukai Kemaman Terengganu

Jalan Jakar, Kampung Jakar,
24000 Chukai, Terengganu
Dibuka dari petang Hingga 5 pagi

12 comments:

  1. Saya suka roti cana melayu...nak nak yang jenis pusing2..bukan yang lipat lipat...

    ReplyDelete
  2. Sesekali tukar selera best kan!

    ReplyDelete
  3. kedai tak lawa tak apa, asalkan makanan dia sedap.

    ReplyDelete
  4. kt terengganu mmg ssh sgt nk jumpa kedai mamak kak, kebanyakannya kedai melayu gini jelah yg jual roti canai... mmg pyh nk jumpa kedai yg buka 24jam

    ReplyDelete
  5. The available variety of Christian Dior Bags imitations include not just handbags but also wallets and clutches made of pure leather. For the Hermes handbags ,one can choose between the following signature product categories: Gucci Handbags,The best par about buying good quality and authentic Breitling Watches of designer handbags is that you can get almost the real deal at a less price than the actual brands in the market.

    ReplyDelete
  6. Wah! buka sampai 5 pagi agaknya kalau bulan puasa baru ramai kot.

    ReplyDelete
  7. Wahh. Bukak sampai 5 pagi?

    Ruby pernah juga sampai ke Kemaman ni Mama.

    Semoga mama cepat2 sihat dari gatal2 hidung tu ya

    ReplyDelete
  8. saya pernah makan kat kedai ni. okey la sepoi2 angin la...

    ReplyDelete
  9. Suka roti canai melayu.
    tak masuk kedai mamak.

    ReplyDelete
  10. kalau ramai orang Cina tu maksudnya memang sedap tu kak.

    ReplyDelete
  11. Saya suka kedai mcm ni hehe.. Biasanya kedai lgend, dah lma meniaga.

    ReplyDelete
  12. ni yg rs blk ni nk mkn bihun tomyam hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom