Hari Bicara Ilmu di Sekolah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, June 21, 2019

Hari Bicara Ilmu di Sekolah

Hari Jumaat yang mulia ini mama telah menghadiri Hari Bicara Ilmu di Sekolah Syafi. Hari Bicara Ilmu ni sebenarnya macam report card day masa zaman mama dulu.. so, pagi-pagi mama dah pergi ke sekolah sebab Hari Bicara Ilmu di Sekolah Syafi bermula kul 8.00pagi. Pergi awal, Syafi pun boleh balik awal nanti, kan..

 Dah ramai juga ibu bapa yg tunggu queue mama mama sampai

Ini lah kelas Syafi yang telah 8 Kali menang Tempat pertama keceriaan kelas. Macam Mana mama Tau? Sebab mama Kira collection bintang yang di tampal Kat luar kelas dia hihi

Latest pencapaian yang kelas dia terima. Tahniah cikgu Dan anak2 5 optimis


Ni yang paling best.. mama salah sorang kawan dia bagi petai dari pokok sendiri. Besar2 Mata dia.. nak buat sambal tumis nanti.. walaupun mama tak makan petai tapi ni kan feveret ayah Syafi

So far alhamdulillah mama seronok sgt dengan rakan-rakan ibu bapa dan guru-guru tahun 5 tahun ini.. Walaupun ramai ibu bapa yang mama kenal melalui grup wassup saja tapi kami semua sentiasa tlg menolong Dan sharing macam2.. Sebelum2 ni Kalau Ada bahan2 yg ticer suruh bawa, ramai juga yg bawa extra utk diberi kpd kawan2 yg x bawa.. teacher pun amat membantu atas semua kesulitan mama..  sometimes guru-guru pun ada bantu anak-anak fotostat guna duit senditi lagi.. Memang pengorbanan guru-guru ini tidak terhingga. Really appreciate it.

Ni Lah result mid term Syafi yang Tak cun haha.. merosot teruk.. mama Tak boleh nak marah sebab bila exam Masa bulan puasa Ni mmg dia takde Masa utk study.. mama pun bgtau dia buat yg mampu je.  Cuma sains tu teacher cakap mmg Ada kesilapan utk daerah Petaling perdana sebab soalan periksa tak ikut syllabus. Sebab byk oalans yg keluar budak2 Tak belajar lagi.. hmm.. takpelah nak buat macam Mana Kan..

Komen teacher? Macam biasa.. teacher Shahida cakap Syafi pendiam Dan malu2 di kelas (dari tadika dgr statement Ni).. Dan teacher suruh improve lagi nx time.. it's ok Syafi. Practice make perfect. Don't give up.. Tengah plan nak hantar dia tusyen Math dan Sains sebab nampak dia agak lemah subjek ni..



9 comments:

  1. Tq semua.. ye ray.. Syafi dah try it's ok mama taknak paksa sgt. Bukanbpjasa dia puasa penuh Dan terawih penuh alhamdulillah.. takpelah sacrifice part belajar ni

    ReplyDelete
  2. Syafi boleh..inshaAllah.Dulu zaman PC dipanggil hari terbuka..baba suka datang awal..kikiki..PC pun beryahoooooo boleh balik awal juga..

    ReplyDelete
  3. tengok dari segi position per darjah, ok lagi tu syafi, you can make it better next time, insya'Allah!

    ReplyDelete
  4. Kelas cantik, memang patut menang banyak kali. Result Syafi pun elok, congrats mama :)

    ReplyDelete
  5. aktiviti wajib ibubapa anak bersekolah
    giliran sop esok dan jumaat ini. huhuh

    ReplyDelete

Words of wisdom