Cerita 2 Hari Sebelum Raya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, June 4, 2019

Cerita 2 Hari Sebelum Raya

Hai apa khabar semua.. sure semua tengah sibuk sekarang ni kan.. harini tentunya mama sangat sibuk sebab tu draf entry Ni siap-siap. Semalam yakni Cerita 2 Hari Sebelum Raya mama memang sibuk. Asalnya nak kerja tapi kena paksa cuti.. fuh nasib baik cuti boleh juga setelkan banyak menda..

Mendobi

Banyak juga mendobi sampai 2 Bakul.. mama suka pergi dobi sebab mama suka tengok buih hihii.. sebab tu suka letak sabun banyak2

 Ayah Syafi kerja so Syafi je la yang tlg mama mendobi.. kesian dia sampai tertido.. letih la tu sebab malam sebelumnya kakak ipar mama datang berbuka di rumah. Puas Lah dia main dengan sepupu-sepupunya sampai tgh malam..

Cakk..


Melawat adik ipar di ICU

Sebelum ni mama pernah bagitau yang adik ipar mama sedang sakit Kan.. kebetulan Selepas berbuka semalam kami diberitahu keadaannya sangat kritikal Dan dia dimasukkan ke ICU. Bergegas mama dn kakak serta sorang lagi adik ipar pergi hospital.. kul 4 pagi baru balik rumah, sahur Dan tido.. tolong Doakan dia ye.. keadan dia mmg kritikal Dan tenat. Doktor bagitau sel kanser Dan merebak..


Beli Baju Raya

Jgn terperanjat pula mama Ni baru nak beli baju Raya Dan tudung raya semalam Tau. Kesian mama Kan.. dah pergi depan jakel tapi masya Allah teruk betul jemnya.. ramai shopping last minute last2 mama Pergi Ole2 je.. mama xnak belanja gambar baju nanti tgk ah sendiri bila Raya nanti tema kami kaler apa. Mama beli Baju simple aje dah tu je baju yang color paling hampir dengan kurta Syafi Dan ayahnya..


Buka puasa di Texas chicken
Semalam mama Tak masak.. keletihan sebab malam tu Lah tido lambat. Then ke Sana sini last2 Tak larat nak masak.. ayah Syafi balik kerja tengok mama dah terlena so dia ajak buka di Texas chicken kebetulan dia Ada voucher...maka makan Lah kami di situ..tengok berapa cili sos kami makan 3 beranak.. repeat ambil sekali lagi Tau.. alhamdulillah terlebih kenyang..

Balik dari Texas tido pula Dlm kete.. alahai nape la anak mama Ni bukannjauh sgt pun jarak dgn rumah haha..


Kemas rumah
Mama ngemas rumah sapu sampah, mop  lantai 2 Kali Dan susun sikit perabot.. ok la buat keje ni Waktu malam Sebelum Ni mama buat Waktu siang memang letih. Bila buat malam banyak la sikit tenaga. Kalau Haus Boleh minum . Alhamdulillah setel dah Bab ngemas.. esok cuma nak memasak dan setelkan balang biskut Raya (suruh Syafi je la yang buat). 

Korang amacam? Dah setel ke semuanya?

6 comments:

  1. Kadang2 ada juga beli baju raya last2 minute. Hehe. Bz betul mama.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat dah baju raya, boleh happy sahaja nak sambut syawal yea. Selamat hari raya dari Bonde n family :)

    ReplyDelete
  3. wah.. hectic betul aktiviti mamapp..

    ReplyDelete
  4. saya sempat mengecat lagi sebelum raya tu hehehe

    ReplyDelete
  5. thn ni ramadhan, penat!
    aida pindah rumah.
    hu hu hu hu letih nyer tak boleh nak dickp :(
    tapi gembira la. beraya rumah baru.

    ReplyDelete

Words of wisdom