Tragedi Sirap Bandung Soda Bertukar Menjadi Rutbir Bandung Soda

Minggu lepas telah terjadi Tragedi Sirap Bandung Soda Bertukar Menjadi Rutbir Bandung Soda semasa mama berbuka puasa.. Ecewah tragedi lah sangat kan.. Tragedi Sirap Bandung Soda Bertukar Menjadi Rutbir Bandung Soda ni bermula dengan hasrat kami yang pada awalnya nak buka puasa minum air sirap bandung soda..

Tak macam sirap bandung soda pun gambar ni kan.. Memang bukan sirap bandung pun sebab mama dah tersalah letak rutbir kordial masa tengah buat air tu.

Kisahnya, mama buat air macam biasa, dah letak sikir air kosong, ais dan aiskrim soda dalam jug. Selepas tu selamba je mama ambil kordial dan terus tuang dalam jug. Terlupa pula yang kat rumah ada 2 jenis kordial iaitu rutbir dan sirap. Punyalah yakin mama terus tuang. 

Pastu tetiba terasa pelik.. Aaikk, kenapa air sirap ni kaler gelap? Sambil fikir-fikir tu ayah Syafi masuk dapur dan dia pun pelik tengok mama pelik. Barulah kantoi rupanya salah letak kordial. Alahai, takkan nak buang, kan.. Ayah Syafi suruh continue aje.. Maka, jadilah air Rutbir Bandung Soda mama ni haha..

Biasalah bulan-bulan puasa ni memang kekadang ada time tu hilang ingatan sikit. Alhamdulillah OK juga rasa Rutbir Bandung Soda ni macam rasa rutbir float A&W tapi slow sikit nak habiskan. Kalau Sirap Bandung Soda sekejap je habis..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Replies
    1. kalau beli kordial F&N ada perisa rutbir pha is

      Delete
  2. hahahahahaha ni lawak. kelakar la mama ni XD. kalau ray pun mmg x peduli dah, janji ade air nak minum

    ReplyDelete
  3. mama almost buang dah air tu ray tapi ayah syafi kata go on je haha

    ReplyDelete
  4. heheheh nampak menggoda je kak, lagi2 bila aada ais tuh... time pose nih dhla panas dpt lak minum ais mmg tak ingat apa da, kira halal lah rutbir soda pun kak

    ReplyDelete
  5. terkadang boleh tersilap juga...he he he...

    ReplyDelete
  6. Silap campur pun kadang boleh jadi sedap juga, tercipta satu lagi jenis minuman!

    ReplyDelete
  7. Resepi baru yeaaay hehe betul tu kak, bulan PUASA ni mcm otak n pemikiran ada Ms tak selari

    ReplyDelete
  8. hentam saja!! mujur gak la boleh minum lagi.. kiki

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Boleh ditelan lagi hihi

    ReplyDelete
  10. x apalah mama...janji boleh diminum lagi. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. hah gara2 puasa la tu terslh kordial hehe

    ReplyDelete
  12. Tragedi sungguh nie mamapp.. Sha berjaya buat dua kali sirap bandung soda.. memang puas minum.. hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post