Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Wednesday, May 29, 2019

Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Kan mama ada bagi tau tahun ini kami suka makanan berasaskan kicap.. Jom tengok Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap versi mama ni. Ala.. basic je cara masak nye. saja nak share  kat blog mama ni. Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap


Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Bahan bahan:
1/2 ekor Ayam - dipotong dan dilumur serbuk kunyit dan sedikit garam
2 biji kentang - dipotong dan dilumur sedikit garam
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar kicap manis
2 batang cili merah
1 biji bawang besar - hiris

Bahan-bahan di kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara cara memasak: 
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Tak perlu goreng sehingga terlalu garing. Keluarkan ayam. Kemudian goreng kentang pula.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, dan tumis bahan kisar dan bunga lawang serta kayu manis. Tumis sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Kemudian, masukkan kicap manis.

4. Masukkan ayam dan kentang dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan biarkan ayam sebati dengan kuah.. 

5. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kaup balikkan dan boleh tambah air sehingga kepekatan kuah kicap yang diingin tercapai. Mama letak sedikit garam untuk kurangkan rasa manis kicap tu..

Siap!

11 comments:

  1. Sama la menu kita..akak masak sahur pagi tadi..hahahah....tp x banyak bahan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak.. peti ais pun dah mula kosong ni.. dah ngannga tak tau nak masak apa dah

      Delete
  2. masak kicap mmg salah satu lauk yg biasa di masak, mmg peberet semua kt umah... nk masak pun mudah hehehe

    ReplyDelete
  3. Antara fav syafi ni kak. Nampak simple tapi sedap bukan main. Hehe

    ReplyDelete
  4. my favourite jugak ni. ya Allah lamanya tak makan. boleh je nak cri kt kedai makan semua tu but nothing beats a homemade cook.

    ReplyDelete
  5. menu fav..tp ayam masak kicap tkde buat lg

    ReplyDelete
  6. ayam kicap memang menu yang mudah tapi sedappppp! semua orang suka!

    ReplyDelete
  7. basic basic pun.. sodappppp! tambah nasi hahaha.

    ReplyDelete
  8. Simple dan menyelerakan.. Kesukaan amani nie..

    ReplyDelete

Words of wisdom