Menang 3 Instagram Giveaway - Azlinda Alin, Shalimar & Huda Halid

Alhamdulillah baru-baru ni mama Menang 3 Instagram Giveaway - Azlinda Alin, Shalimar & Huda Halid. Syukur ada rezeki mama.. Sebenarnya mama takde mengharapkan apa-apa pun bila join semua GA sekadar untuk support kawan-kawan. Tapi kalau dah menang macam ni kira bonus la kan.. Jom kita tengok apa hadiah yang mama menang. 


Azlinda Alin

Boleh refer GA Linda kat sini.. IG GA Linda. Giveaway paranormal tuh.. tak sangka cerita yang mama kongsikan masa duduk asrama dulu terpilih.. TQ Linda & Blue Ant Extreme. Jangan lupa tengok Paranormal Survivor S4 du Unifi Channel 474 tau.

Hadiah mama.. Bestnya ada lampu suluh, sweater hoodie, cap, mask & mekap zombie

Hadiah sampai semalam sahur tadi dah orang rasmikan haha.. budak ni yang beriya benar nak buka kotak

Ni mama share cerita mama tu. Kisah benar ni tau!

Nak share salah satu dari pengalaman seram yg pernah dialami Masa di asrama dulu. Masa tu adalah tahun pertama jadi senior. Aku daftar masuk asrama dah petang so katil bawah semua dah kena book. So terpaksalah ambil katil atas double decker di tengah-tengah dorm. Itu je yang tinggal. Katil di tengah-tengah tu adalah 2 katil double decker yang dsusun rapat sebelah menyebelah

Malam tu, ntah kenapa tetiba aku terbangun dari tidur lantas mata terus terpandang katil sebelah yang sepatutnya kosong. Yang peliknya aku ternampak seorang perempuan baring disebelah. Dia tak tidur Dan kelihatan seperti membuat sesuatu. Sempat aku lihat wajahnya.. berhidung mancung, berkulit putih, berambut pendek. Cantik orangnya. Dengan pelik aku memalingkan badan sambil berfikir.. "bukan ke katil sebelah Ni takde penghuni?". Then aku palingkan semula muka mengadap katil sebelah.. alamak.. katil tu kosong!! Sambil terkumat kamit membaca ayat Quran aku terus selubungkan badan dan akhirnya tertidur kembali dalam ketakutan.. siapa perempuan itu? Sehingga sekarang masih menjadi persoalan.. #nasibbaikcantik 👻 Kisah ini sempena dengan premier Paranormal Survivor S4 pada 9 April 2019 (Selasa) jam 10.55pm di @blueantextreme (Unifi TV CH 474). @azlinda.alin #paranormalsurvivorS4 #blueantextreme#malaysiaparanormalsurvivor #indeedmyinfluencer


Shalimar

First GA dari Shalimar dan alhamdulillah mama terpilih sebagai pemenang.. Boleh refer IG Shalimar kat sini IG GA Shalimar


Name card Sha.. Sesapa belum follow Sha sila follow ye

Ni la hadiah mama.. Ada notepad comel dan pouch bag color cantik tu.. mama dah tau nak isi apa dah tu hihihi..



Huda Halid

Mama join GA Huda Halid bersama Cosmoderm. Tak sangka dapat DM dari Huda yang mama menang. Hadiah masih belum dapat lagi. Ia akan di post oleh pihak Cosmoderm.
Link IG GA Huda Halid

Bagus product ni sesuai untuk kulit sensitif macam mama


Apapun, mama nak ucap terima kasih kepada Linda, Shalimar & Huda Halid.. Semoga bertambah rezeki korang.. Amin






mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. wah, tahniah...rezeki bulan ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. tahniah tahniah tahniah, rezeki menang 3 giveaway terus ^_^

    ReplyDelete
  3. Waaa tahniah! Rezeki kannn...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah kak..😘semoga rezeki akak akan melimpah ruah lagi..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah mamapipie

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. rezeki mamapp..
    Tapi cerita yang mamapp kongsi tu memang meremang lepas sha baca.. mujurlah cantik ye mamapp..

    ReplyDelete
  7. tahniah mama. Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan ni

    ReplyDelete
  8. Tahniah mama. Semoga murah rezeki selalu...

    ReplyDelete
  9. tahniah kak. murah rezeki kak adda bulan puasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak adda, ana terguna id adi ana pulak. dah komen banyak baru perasan. hehe

      Delete
  10. Replies
    1. @addahus mimin.. Ada link socmed mama di sidebar

      Delete
  11. wow menarik semua hadiahnya. Tahniah :) Hehe

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...tahniah, murah rezeki

    ReplyDelete
Previous Post Next Post