Hukum Memakai Tampon Ketika Berpuasa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, May 15, 2019

Hukum Memakai Tampon Ketika Berpuasa

Hukum Memakai Tampon di Faraj Ketika Berpuasa. Assalamualaikum wbt, Saya seorang wanita dan ingin menunaikan umrah sewaktu bulan Ramadhan. Isunya saya kerap mengalami keputihan faraj. Saya menanganinya dengan memakai tampon untuk mengelakkan ia keluar ketika solat. Saya bercadang untuk menggunakannya ketika tawaf dalam keadaan puasa. Soalan saya, adakah batal puasa jika saya memasang tampon sebelum menunaikan tawaf?


Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Antara Perkara Yang Membatalkan Puasa
Firman Allah Taala:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
(Surah al-Baqarah, 2:187)
Menjadi kewajipan bagi orang yang berpuasa Ramadhan untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa setelah berniat puasa. Antaranya ialah tidak memasukkan dengan sengaja dan sukarela suatu ain ke dalam rongga badan melalui laluan badan yang terbuka termasuklah faraj. Justeru jika seseorang memasukkan sesuatu ke dalam batin faraj yakni bahagian faraj yang tidak zahir ketika seseorang wanita itu mencangkung dan bukan yang wajib dibasuh ketika istinja dan mandi wajib, maka batallah puasanya menurut mazhab al-Syafie. Ini jika dilakukan antara terbit fajar sadiq sehingga tenggelam matahari.
Adapun jika berlaku sebelumnya dan dikeluarkan sesuatu itu selepas fajar maka tidak batal puasa. Berkata Syeikh Nawawi al-Bintani Rahimahullah: “Jika seseorang memasukkan ke dalam duburnya atau telinganya sejenis kayu dan berpagian dalam keadaan berpuasa. Kemudian dia mengeluarkan kayu itu selepas fajar maka hal itu tidak membatalkan puasa.”
Rujuk Kasyifah al-Saja (462)
Penggunaan Tampon
Kami sertakan di sini definisi tampon. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, tampon ditakrifkan sebagai “penyumbat daripada kain tiras, kapas, dan lain-lain yang dibubuh pada luka atau ke dalam rongga badan untuk menahan darah, menyerap kumuhan, dan lain-lain.”[1]
Oleh itu, hukum memasang tampon di faraj ketika berpuasa adalah membatalkan puasa jika dimasukkan ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka (faraj). Namun jika dilakukan sebelum terbit fajar dan dikeluarkan selepasnya, maka tidak membatalkan puasa kerana berlakunya kemasukan itu sebelum imsak dan bukan ketika puasa.
Semoga Allah Taala memberikan kita kebaikan dan menerima amalan puasa kita.

Rujukan: Muftiwp

10 comments:

  1. tq utk share kak... cumanya tampon ni dana pernah sekali je pakai masa beranak dulu, tu pun nurse yg pakaikan... sbb tak sedar masa tu kan

    ReplyDelete
  2. TQ sis share pasal ini..
    Walaupun tak pernah guna tampon tapi info bagus ini..

    ReplyDelete
  3. oh baru tahu, tp saya tak selesa paaki tampon

    ReplyDelete
  4. pilih la waktu yang sesuai untuk memasang tampon terutama dalam bulan Ramsadan ini

    ReplyDelete
  5. tq for sharing! tak pernah guna tampon pun but pengetahuan kan.

    ReplyDelete
  6. maam pun tak selesa guna tampon tapi bagus info ni tu yg mama share

    ReplyDelete
  7. x penah pakai lg... terima kasih berkongsi ilmu baru

    ReplyDelete

Words of wisdom