Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, May 12, 2019

Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?


JAWAPAN
Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”
            Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.
            Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”
            Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.
            Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.
            Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.
            Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ
Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.”
(Surah al-Qamar: 53)
Firman-Nya lagi:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat  zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.”
(Surah al-Zalzalah: 7-8)

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
  • Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
  • Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.
Riwayat Bukhari & Muslim

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Sumber: muftiwp

22 comments:

  1. Terima kasih perkongsiannya ya Kak..sebolehnya jagalah solat..yang wajib itu tunaikan kerana Allah..lengkapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC. Solat itu tiang agama.. kalai tiang xkukuh habis roboh rumah

      Delete
  2. Sama-samalah kita mencari redha Allah ...moga kita tidak lupa kepadaNya...

    ReplyDelete
  3. Solat itu tiang agama.
    Jangan tinggal solat disamping melakukan amalan2 lainnya

    ReplyDelete
  4. nauzubillah semoga dijauhkan aamiin

    ReplyDelete
  5. Nice info. Sama² kita beringat. 😊

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua menjadi insan yang sentiasa menjaga solat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Solat tiang agama. Tak sempurna ibadah lain tanpa solat.

    ReplyDelete
  8. solat tu tiang agama. puasa tanpa solat, hanya dapat lapar dahaga je. semoga kita antara org yang menjada solatnya.

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang bagus mama...tak seronoklah puasa tapi tak solat,tak rasa kenikmatan nya..sebolehnya jagalah solat kita...

    ReplyDelete
  10. Terima kadih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  11. Muhasabah diri. terima kasih mamapp

    ReplyDelete
  12. marilah kita muhasabah sama2 ye

    ReplyDelete
  13. sebab tu, dianjurkan supaya mendidik anak2 mendirikan solat dahulu sebelum menunaikan ibadah puasa kerana solat itu lebih utama...

    ReplyDelete
  14. tq atas perkongsian dan info mama :)

    ReplyDelete
  15. Solat adalah amalan yang pertama yang akan dihisab di akhirat nanti jika solat kita tidak sempurna Macammana nak hisab ke amalan yang kedua ketiga dan lain-lain. Allahu semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan dalam ibadah..

    ReplyDelete
  17. antara puasa dan solat...

    ramai pilih puasa kerana sebulan sekali berbanding solat lima kali sehari..

    ternyata cara berfikir begini salah sebab engkar dengan perintah Allah.

    moga kita semua faham rukun Islam sepenuh hati

    ReplyDelete

Words of wisdom