Rahmah Berbuat Baik Terhadap Haiwan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, March 8, 2019

Rahmah Berbuat Baik Terhadap Haiwan

Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan kepada semua.. Ramai tak yang suka haiwan seperti kucing? Mama adalah antara yang suka sangat dengan kucing sampai dulu pernah masuk parit nak selamatkan kucing masa balik sekolah. tapi bila bawa balik dan bela kucing tu suka berak merata-rata huhu.. Haha itu antara kenangan mama. Cuma bila dah berumur ni kurang sikit nak membela kucing di Shah Alam. Sebenarnya besar rahmah buat kita jika berbuat baik dengan haiwan.. 

Rahmah Berbuat Baik Terhadap Haiwan

Rahmah Berbuat Baik Terhadap Haiwan


عَنِ ابْنِ عُمَرَ  عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ : " دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا  وَلَمْ تَسْقِهَا  وَلَمْ تَتْرُكْهَا فَتَأْكُلَ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

Dari Ibnu Umar dari Nabi SAW baginda bersabda: Seorang wanita memasuki neraka kerana dia mengikat seekor kucing, tidak memberi makan kepadanya dan tidak melepaskannya mencari makan dari sisa buangan. (HR Bukhari No: 3318) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadis:

1.  Syurga dan Neraka berkait rapat dengan amalan seseorang

2.  Balasan Syurga juga berkait rapat antara amalan peribadi (solat, puasa, zakat, baca quran dan lain-lain) dengan amalan terhadap makhluk sosial seperti binatang dan tumbuhan.

3.  Seorang yang menjaga amalan peribadinya (seperti solat, puasa, zikir) akan masuk neraka kerana tidak menjaga amal baiknya dengan makhluk lain seperti binatang.

4.  Ada orang yang masuk neraka kerana menyiksa binatang seperti tidak memberinya makanan dan mengurungnya.

Maka, Milikilah sifat RAHMAH terhadap makhluk lain.

Sumber: https://t.me/ahadithadayAHAD

12 comments:

  1. Zaman kanak-kanak dulu kak laili suka sangat kucing. Bangun pagi cari kucing dulu 😆

    ReplyDelete
  2. Sayangilah haiwan peliharaan atau pun ternakan.

    ReplyDelete
  3. Menarik perkongsian ini.
    Tahniah mama :)

    ReplyDelete
  4. Naubilla min zalik.

    mohon dijauhkan sifat kita yang suka menzalimi haiwan atau binatang

    ReplyDelete
  5. ada yang masuk syurga sebab sayang dengan binatang :)

    ReplyDelete
  6. ejulz takut kucing.. kadang2 masa nak bagi makanan paling x suka diorang berebut.. hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom