Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, March 15, 2019

Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk

Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk. Mari sama-sama kita jadikan peringatan..



عن عبدالله بن عمرو أن رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مرَّ بسعد وهو يتوضَّأُ فقال: ما هذا السَّرف فقال: أفي الوضوءِ إسرافٌ! قال: نعم وإن كنتَ على نهرٍ جارٍ.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah SAW melalui berhampiran Sa’d ketika beliau sedang berwuduk, lantas baginda menegurnya: “Apa pembaziran ini? Lalu Sa’d bertanya: Adakah dalam berwudhuk ada pembaziran? Sabda baginda: Ya, walaupun kamu berada dalam sungai yang mengalir” (HR Ibn Majah No 325/1) Status: Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan berlebihan (israf) daripada kadar sepatutnya adalah membazir dan dilarang dalam Islam

2.  Berlebihan menggunakan air ketika berwuduk juga adalah suatu pembaziran (sama ada menggunakan air yang lebih dari kadar biasa atau kadar waktu yang lebih ketika mengambil wuduk).

3.  Membazir dalam apa jua keadaan, termasuk ketika melakukan amalan baik seperti berwuduk  perlu dijauhi.

4.  Hendaklah kita mengambil wuduk dengan meraikan anggota wajib dan sunat serta tidak melebihi kadar air dan masa sehingga membawa kepada melewatkan solat.

5. Berlaku rahmah dan bersederhana dalam setiap amalan adalah dituntut.

Sumber: https://t.me/ahadithadayAHAD



7 comments:

  1. nice sharing, terima kasih atas ingatan, betul tu, akak pun selalu gk tu buka air kuat....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk perkongsian yang bagus nie mamapp..

    ReplyDelete
  3. betul tu, pernah baca jgk psl ini...

    air tu kn utk kegunaan bersama, sbb tu tak di bolehkan membazir, kadang klu ke surau atau ke rnr, ada yg amik wuduk air berlama2 hingga org lain kene menunggu lama

    ReplyDelete
  4. Allahu. Terima kasih ingat-mengingati tulah kadang buka air besar-besar tengok orang sebelah air slow jer malu sendiri.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian. betul tu. kadang kita tak sedar dari melakukan ibadah tetapi terlepas pandang benda kecil ni kan

    ReplyDelete
  6. Betul tu tak baik membazir. Membazir tu amalan syaitan.

    ReplyDelete
  7. betul. tapi kadang2 syiok ambil wuduk kalo air lajuuu. hehe fresh je rasa.

    ReplyDelete

Words of wisdom